Showing posts with label Kemahiran hubungan seks suami isteri. Show all posts
Showing posts with label Kemahiran hubungan seks suami isteri. Show all posts

Thursday, 10 May 2012

Isteri dahagakan nafkah batin




Kebahagiaan dicari Ariana ternyata tidak kesampaian. Sangkanya, ikatan perkahwinan terjalin dan diimpikan selama ini akan menerbitkan bunga-bunga kasih yang mekar, semua itu kini layu hanya menanti menyembah bumi.
Lebih tujuh bulan memendam dan menjeruk rasa, Ariana akhirnya tidak dapat lagi membendung semua itu. Sebulan dua bulan, boleh lagi dia bertahan tetapi jika sudah memasuki lebih setengah tahun usia perkahwinan mereka, mana mungkin dapat disimpan lagi di hati.
Remuk dadanya memikirkan masalah rumah tangga di alami. Puas juga Ariana mencari di mana silapnya, tetapi tiada jawapan yang ditemui. Lebih-lebih lagi, suami lebih banyak memberi alasan dan helah mengelakkan sebarang perbincangan antara mereka berdua.
Kesabaran sebagai isteri pasti ada batasnya. Apatah lagi jiwa nurani Ariana sering saja terusik dan tersentuh, malah ada kala berasa terhina diperlakukan begitu oleh suaminya.
Pernah Ariana terfikir hendak mengadu masalah kepada orang tua. Tetapi setiap kali berdepan dengan mereka, mulutnya bagai terkunci rapat. Perasaan serba-salah, malu dan takut silih berganti. Lebih-lebih lagi apabila memikirkan, masalah yang ingin dikongsi itu boleh mengaibkan suami. Akhirnya, masalah itu terus dipendamkan.
Ariana juga ingin berkongsi masalah itu dengan kakak angkatnya, Hayati. Mana tahu, kakak angkatnya itu yang bertindak sebagai `pengatur jodoh’ antara Ariana dan suami boleh membantu merungkaikan dilema dihadapi.
Bagaimanapun, hasrat itu juga dibatalkan kerana bimbang, Hayati tersalah anggap dan paling ditakutinya, cerita `dalam kain’ menjadi bahan bualan orang lain.
Ariana berkenalan dengan suaminya melalui usaha kakak angkatnya yang juga diketahui, kenalan lama tetapi sudah lama tidak berjumpa dan berkirim khabar. Pada mulanya, Ariana menolak diperkenalkan dengan kenalan lama Hayati kerana tidak mahu pisang berbuah dua kali.
Sebelum ini Hayati pernah memperkenalkan sepupunya kepada Ariana dengan hasrat, menjodohkan mereka. Tetapi sayang, perkenalan itu tidak sampai ke penghujung apabila sepupu Hayati bertemu dan berkahwin dengan wanita lain selepas lapan bulan hubungan mereka semakin erat. Berita sepupu Hayati ingin berkahwin dengan wanita lain, benar-benar mengecewakan Ariana selepas kasih sayang kepada pemuda itu sudah bertakhta padu di hati.
Dua tahun selepas itulah, Hayati berusaha memperkenalkan Ariana dengan teman lamanya. Memikirkan teman sebaya lain hampir semua sudah mendirikan rumah tangga dan bahagia dengan kehidupan masing-masing, jiwa Ariana yang sudah tertutup bercinta akhirnya kembali sudi, menerima lelaki bergelar kekasih.
Perkenalan kali ini tidak lama, hanya dua bulan dan selepas itu masing- masing sepakat menjadikan hubungan itu ikatan suci sebagai suami isteri. Lagipun, bakal suami sudah berusia lewat 40-an manakala Ariana yang pernah gagal dalam percintaan sebelum ini pula berpendapat, lebih baik bercinta dan mengenali hati budi bakal suami selepas berkahwin kelak.
Apabila semua kata sepakat sudah tercapai dan mendapat restu keluarga masing-masing, bermulalah kehidupan baru Ariana dan bergelar isteri dengan suami yang dikenali hanya dalam perkenalan singkat itu.
Sebulan usia perkahwinan, Ariana dapat berasakan kebahagiaan hidup sebagai isteri walaupun suami belum pernah menyentuhnya. Ariana berpendapat, dia dan suami perlu diberikan sedikit masa sebelum hubungan intim berlaku antara mereka berdua. Kebetulan, tiga minggu selepas berkahwin suaminya perlu bekerja di luar daerah selama dua bulan.
Ariana mengakui, sepanjang ketiadaan suami, kesepian melanda diri. Seperti wanita lain yang sudah berkahwin, Ariana juga ingin dibelai dan merasakan kebahagiaan serta hak yang seharusnya dinikmati seorang isteri. Justeru, Ariana sabar menunggu kepulangan suami yang terpaksa bekerja di luar daerah.
Sekembali, suami tercinta dari luar daerah Ariana sudah membayangkan kali ini mereka sudah seharusnya bersedia untuk mengecapi hidup sebagai suami isteri. Ikatan yang sah sebagai suami isteri sudah tentu menghalalkan mereka untuk melakukan hubungan intim.
Tetapi sekali lagi, Ariana hampa, apabila suami memintanya masa dengan alasan penat dan tertekan sekembali bekerja dari luar daerah. Ariana walaupun kecewa cuba memahami situasi suaminya.
Namun, keadaan itu rupa-rupanya terus berlanjutan sehinggalah enam bulan usia perkahwinan mereka. Terlalu banyak alasan dan helah diberikan suami sehinggakan Ariana mula mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena pada suaminya. Namun, setiap kali diajak berbincang mengenai soal nafkah batin, suami Ariana sentiasa dingin dan bagaikan berasa tidak bersalah.
Kesabaran Ariana sudah sampai noktah. Selepas memikirkan masak-masak dan membuat segala pertimbangan, Ariana meminta dirinya dilepaskan. Sangka Ariana, suami akan cuba mempertahankan rumah tangga baru dibina itu tetapi ternyata tidak.
Tanpa banyak bicara, suami bersetuju untuk melepaskan Ariana tetapi dengan meletakkan syarat, Ariana yang perlu memfailkan ke Mahkamah Syariah dan menyatakan perceraian itu atas permintaannya sendiri dan tanpa mengungkit kegagalan suami memberikan nafkah batin. Kecewa, sedih dan sakit hati itulah yang menguasai diri Ariana.
Apa kata peguam
Jadilah suami budiman yang hargai isteri
Zalim, kejam serta dayus. Itulah yang saya boleh perkatakan mengenai watak lelaki dalam kes minggu ini.
Sememangnya dia tidak berhak `menggantung’ hak dan keistimewaan seorang isteri mengecapi nafkah batin. Malah, beliau sudah melakukan satu dosa besar kerana mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang suami.
Beliau ternyata alpa dengan pesanan Rasulullah SAW – “Takutlah kamu kepada Allah mengenai tanggungjawab terhadap isteri, kerana sesungguhnya kamu sudah mengambil mereka dengan amanah Allah dan kamu menghalalkan kehormatan mereka dengan kalimah Allah. Hendaklah kamu memberi makan dan pakaian kepada mereka dengan cara yang baik.” (Ibn Majah)
Dalam satu lagi hadis yang lebih khusus, Rasulullah berpesan kepada kalangan suami
- “Berwasiatlah kamu supaya berlaku baik terhadap isteriisteri. Sesungguhnya kamu mengambil mereka dengan amanah Allah SWT dan kamu menghalalkan persetubuhan dengan mereka dengan kalimah Allah SWT” – (riwayat At-Tirmidzi)
Berdasarkan fakta kes ini, saya membuat kesimpulan bahawa si suami tidak pernah menyentuh isteri walaupun sekali. Perbuatan itu sangat membebankan emosi si isteri kerana secara fitrahnya, selepas ijab dan kabul, naluri untuk berkasih sayang dan bermesra pastinya wujud dalam diri.
Isteri juga berasa tertekan kerana beliau percaya antara kewajipan seorang wanita adalah menyempurnakan keimanan suaminya melalui hubungan intim yang halal.
Sesungguhnya Allah SWT berfirman di dalam surah Al Baqarah ayat 187 “Isteri-isteri kamu itu adalah sebagai pakaian bagi kamu dan kamu pula pakaian bagi mereka”.
Apakah maksudnya pakaian di sini ? Dalam konteks harian, sudah tentu kita akan menjaga pakaian kita dengan baik dan berasa bangga dengannya.
Begitu jugalah halnya dengan seorang isteri. Sebagai `pakaiannya’ seorang lelaki budiman sudah pasti akan memelihara isterinya dengan baik, menggaulinya dengan kasih mesra dan berbangga pula dengan kehadirannya sebagai teman atau pendamping.
Sudah tentu kita tidak mensia-siakan atau memandang remeh akan pakaian atau harta yang menjadi sebahagian daripada kita.
Sekiranya nafkah batin tidak ditunaikan tanpa sebab yang boleh diterima oleh syarak, maka ia adalah berdosa seperti mana hadis Rasulullah yang memberi peringatan kepada suami agar melaksanakan tanggungjawabnya: “Seseorang itu adalah berdosa jika mengabaikan nafkah ke atas orang yang ditanggung”. (hadis riwayat Abu Daud)
Sesungguhnya perceraian adalah jalan terakhir setiap permasalahan selagi perkahwinan itu boleh diselamatkan, kerana dalam perkara ini antara lain yang harus dilakukan terlebih dulu adalah membuat aduan ke pejabat agama dan menghadiri sesi kaunseling bagi mendapat gambaran dan punca sebenar masalah ini.
Biarpun begitu, sekiranya tidak dapat diselamatkan lagi, dan sudah mencapai kata persetujuan, kedua-dua pihak bolehlah menuntut perceraian `secara baik’ melalui Seksyen 47 AKTA UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM (WILAYAHWILAYAH PERSEKUTUAN) 1984 dan mendaftar dengan perintah mahkamah.
Ia harus dibuat dengan persetujuan bersama tanpa sebarang syarat yang tidak munasabah seperti yang mahu dilakukan oleh suami wanita malang dalam kes ini.
Selain itu, kita juga boleh merujuk kes ini melalui perspektif taklik. Lazimnya pernikahan yang berlaku di Malaysia adalah dalam bentuk taklik, antara janji yang dilafazkan adalah sekiranya si suami mengabaikan nafkah kepada isteri untuk beberapa tempoh tertentu dan sekiranya disabitkan aduannya itu benar di Mahkamah Syariah, maka jatuhlah satu talak menurut Seksyen 50 Akta yang sama.
Saya nasihatkan pengadu membuat keputusan segera untuk mengelakkan dilema perkahwinannya terus berpanjangan. Wallahu’alam
Khairul Anwar Rahmat 
Peguambela dan peguam cara syariah/sivil
BH


Kempunan nafkah batin



 
Dalam kehidupan berumah tangga, bak kata kebanyakan pasangan, hubungan seksual antara keutamaan untuk mengecapi kebahagiaan. Lazimnya, kepuasan dalam mengadakan hubungan kelamin antara suami isteri mampu mengeratkan lagi kasih sayang dan menambah keintiman.
Bagaimanapun, kesukaran menikmati hubungan kelamin menjadi masalah kepada insan yang sememangnya memandang berat kepentingan aspek berkenaan. Akibatnya, ada yang memilih jalan keluar iaitu bercerai.
Inilah nasib yang menimpa pegawai bank, Nadia Johari, 32, (bukan nama sebenar) yang mendirikan rumah tangga lebih 10 tahun dengan suami yang juga arkitek, Zarul Iskandar, 34 (bukan nama sebenar).
Nadia yang putih gebu dan manis orangnya, mula berkenalan dengan Zarul yang juga terkenal dengan rupa yang kacak, sejak dari zaman persekolahan lagi. Keintiman mereka ketara dan ke mana saja sering berdua sehinggakan digelar `merpati dua sejoli.’
Apabila tamat sekolah, Zarul melanjutkan pelajaran ke sebuah kolej di ibu kota yang disusuli Nadia ke kolej sama, dua tahun kemudian. Sudah nama pun berkasih dan sering berdua-duaan, akhirnya mereka terjerumus dalam kancah zina.
Akibatnya, belum pun sempat menamatkan pengajian, Nadia mahukan ikatan mereka dimuktamadkan sebagai suami isteri kerana enggan lagi bergelumang dosa zina. Mujurlah keluarga memberi restu atas alasan Zarul sudah pun bekerja dan mampu berkeluarga. Perkahwinan itu juga tidak menjejaskan tumpuan Nadia terhadap pelajaran dan akhirnya berjaya menamatkan pengajian dan bekerja dengan sebuah bank di ibu negara.
Nadia mengaku, mereka sememangnya aktif melakukan hubungan seks dan bahagia. Malah, hasil perkahwinan itu, mereka turut dikurniakan tiga cahaya mata.
Malangnya, panas yang disangka hingga ke petang, hujan pula di tengah hari. Beberapa bulan selepas melahirkan anak ketiga, Nadia menghilangkan diri secara tiba-tiba dan tidak pulang ke rumah beberapa bulan lamanya.
Puas Zarul mencari, tetapi hampa. Mana saja tempat yang ada kaitan dengan Nadia, disusulinya termasuk ke rumah mentua dan pejabat tetapi Nadia enggan bertemunya. Dalam kebuntuan itu, tiba-tiba Nadia kembali ke pangkuan keluarga. Namun, kepulangannya membawa berita buruk kerana dia mahu memohon cerai.
Zarul bingung tetapi akhirnya akur untuk menyelesaikan hal itu di mahkamah biarpun di hatinya tersimpan pelbagai persoalan di manakah silapnya sehingga kasih mereka bertemu titik noktah.
Apabila ditanya pegawai Jabatan Agama, Nadia membangkitkan mengenai hak kebebasan dan menyesal kerana berkahwin pada usia muda. Lebih mengejutkan, Nadia turut berkongsi keresahan yang dia sememangnya tidak puas dengan nafkah batin diberikan Zarul. Katanya, Zarul tidak dapat melunaskan tanggungjawab sebagai pasangan di ranjang.
Sudah pasti alasan itu mengejutkan Zarul, apalagi selepas mereka dikurniakan tiga cahaya mata dan sedekad bersama sebagai suami isteri. Akibat kecewa dengan sikap Nadia, Zarul membiarkan Nadia gantung tak bertali atas alasan belum bersedia melepaskan isteri yang masih disayangi.
Namun, selepas dipujuk Nadia, Zarul mengambil keputusan melepaskan isterinya dan menuntut hak penjagaan anak. Kini, Nadia sudah pun berkahwin semula dan Zarul meneruskan kehidupan sebagai bapa tunggal dengan menjaga ketiga-tiga anaknya menerusi bantuan ibunya.
`Utamakan anak dulu, baru nafsu’
SABDA Nabi Muhammad SAW : “Wanita itu dinikahi kerana empat perkara: hartanya; keturunannya; kecantikannya dan kerana agama. Pilihlah olehmu wanita yang beragama nescaya kamu bahagia.” Demikianlah hadis riwayat Bukhari dan Muslim.
Matlamat perkahwinan dalam Islam adalah untuk mencapai kebahagiaan hidup berkeluarga yang kekal dan mendapat keredaan Allah SWT. Perkahwinan itu juga bertujuan untuk melaksanakan tuntutan agama (ibadat) selain mewujudkan ikatan kasih sayang antara suami isteri serta menambahkan zuriat.
Antara tanggungjawab dan hak mereka adalah si isteri bertanggungjawab untuk melayan suaminya dan si suami pula bertanggungjawab untuk memberi nafkah kepada isterinya. Bagi persoalan ini, adalah menjadi satu dosa sekiranya hak dan tanggungjawab ini diabaikan tanpa sebab-sebab yang munasabah.
Kisah kali ini berkisar perceraian yang berpunca daripada penyesalan seorang isteri berkahwin pada usia muda dan ketidakpuasan dalam perhubungan suami isteri. Antara tindakan yang boleh diambil adalah tuntutan perceraian secara taklik dan tuntutan fasakh.
Menurut peruntukan undang-undang, perceraian secara taklik adalah di bawah Seksyen 50 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984. Lazimnya lafaz taklik di Malaysia berbeza mengikut negeri masing-masing. Bagaimanapun secara amnya suami akan melafaz perjanjian sekiranya tidak menunaikan nafkah zahir dan batin selama tiga bulan, si isteri boleh membuat aduan ke Mahkamah Syariah dan jika sabit aduannya maka akan terjatuhlah satu talak.
Seterusnya bagi peruntukan di bawah Seksyen 52 (1)(d) akta yang sama menyatakan bahawa suami sudah tidak menunaikan, tanpa sebab yang munasabah, kewajipan perkahwinannya (nafkah batin) selama tempoh satu tahun. Begitu juga Seksyen 52(1)(l) menyatakan isteri boleh juga memohon perceraian di bawah apa-apa alasan lain yang diiktiraf sebagai sah bagi membubarkan perkahwinan atau bagi fasakh di bawah hukum syarak.
Maka dengan peruntukan undang-undang berkenaan, isteri tidak patut berkelakuan curang atau mencari lelaki lain sebelum bercerai dengan suaminya. Isteri boleh mendapatkan kaunseling dan nasihat dari Mahkamah Syariah dan juga Pejabat Agama. Oleh kerana itu, hukuman rejam sampai mati yang dianjurkan Islam kepada penzina yang sudah berkahwin sangat bersesuaian terhadap orang yang sengaja menzalimi diri sendiri dengan perbuatan terkutuk itu.
Firman Allah “Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina maka rejamlah tiaptiap mereka 100 kali rejam, dan janganlah disebabkan rasa simpati menyebabkan kamu gagal melaksanakan hukum Allah, jika kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat, dan hendaklah pelaksanaan hukum Allah disaksikan oleh sekumpulan orang” An-Nur 24:2
Seterusnya di dalam kes kali ini adalah menjadi kesalahan nusyuz apabila seorang isteri meninggalkan rumah tanpa izin suaminya. Menurut Seksyen 59 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 antara tindakan isteri yang boleh dikira sebagai nusyuz adalah apabila isteri menjauhkan diri daripada suami, meninggalkan rumah bertentangan dengan kemahuan suaminya dan enggan berpindah bersama suaminya ke rumah atau tempat lain tanpa sebab yang sah menurut hukum syarak.
Sekiranya dibawa ke muka pengadilan, dan mahkamah sudah mengesahkan si isteri adalah nusyuz terhadap suami, antara kesannya adalah mengikut seksyen 59(2) Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 isteri akan terhalang daripada menerima nafkah melainkan selepas isteri bertaubat dan kembali mentaati suaminya.
Tanggungjawab isteri terhadap suami adalah berat dan banyak yang mana Rasulullah sudah bersabda yang bermaksud “Apabila suami memanggil isterinya ke tempat tidurnya lalu isteri menolak untuk pergi (kepada suaminya), malaikat melaknatnya (isteri) sehingga (masuk) waktu pagi.” (Hadis riwayat al-Bukhari).
Seterusnya perbuatan isteri untuk meminta cerai tanpa sebab yang diharuskan oleh syarak boleh mengundang dosa. Apakah suami tidak berdosa jika meminta cerai dengan alasan yang sama?
Bagaimanapun isteri tidak berdosa apabila menolak kehendak suami ke tempat tidur dengan sebab yang munasabah, seperti jika suami tidak dapat memenuhi kehendak isteri. Suami yang tidak dalam keadaan segak, tidak rapi dan tidak bersih wajar tidak dilayan oleh isteri. Penekanan kepada tanggungjawab isteri terlalu dibuat berat oleh sebahagian besar masyarakat Islam Melayu. Seolah-olah suami itu terlalu diangkat sebagai `raja’ yang perlu dilayan selalu.
Bagi kes minggu ini, penyesalan Nadia dalam isu berkahwin muda tidak sepatutnya terjadi. Nadia dan pasangannya yang memilih untuk berkahwin pada awal usia. Selepas dikurniakan tiga orang anak Nadia tidak patut memikirkan hanya nafsu semata walaupun ianya harus bagi seorang isteri sekiranya tidak mendapat kepuasan daripada suami. Namun, fikirkanlah mengenai anak yang masih kecil kerana mereka akan terkesan daripada perceraian antara suami isteri.
Kesimpulannya dalam melayari kehidupan, setiap pasangan suami isteri akan menghadapi berbagai cabaran dan masalah rumah tangga yang boleh mengancam ketenteraman keluarga mereka. Suami isteri yang bijaksana akan berusaha menangani masalah itu dengan mengadakan perundingan dan perbincangan supaya dapat mengelak tekanan dan konflik.
~BH


Wednesday, 9 May 2012

Petua Menggoda Suami Di Usia 40an




  
ANGKA 40 membawa persepsi yang berbeza terhadap lelaki dan wanita. Bagi
lelaki usia 40 dianggap sebagai permulaan hidup baru, semangat baru, semakin
matang. Bagi wanita usia 40 dikaitkan dengan perkara-perkara negatif, dan selalu
dikaitkan dengan musim saham mula menurun.
Bukan berniat merendahkan orang perempuan, jauh sekali untuk memperlekeh
kaum wanita. Cuma saya ingin bercakap perkara yang betul di depan mata. Satu
hakikat perihal Adam dan Hawa.
Macam mana pun golongan pejuang wanita menegaskan tidak ada beza antara
lelaki dan perempuan, saya tetap berasa ada perbezaan yang jelas. Ini bukan
soal fizikal – yang memang jelas ada bezanya – tetapi ciri-ciri lain yang
menyebabkan Leha dan Leman tidak serupa.
Sebenarnya, awal-awal sudah berbeza. Dari segi tahap kematangan semua orang
mengakui perempuan lebih cepat dewasa berbanding lelaki. Anak perempuan
baligh lebih awal dari lelaki. Ada gadis yang mula haid seawal sembilan tahun.
Sebaliknya, ada lelaki yang sudah masuk usia 17 belum ada apa-apa.
Mereka yang mempunyai anak-anak lelaki dan perempuan boleh melihat hal yang
sama. Baru darjah enam anak perempuan sudah boleh diharap mengemas bilik
tidur, mencuci pinggan mangkuk, membancuh susu adik. Anak lelaki sudah
tingkatan tiga pun masih tidak tahu apa-apa.
Sebab itu orang putih kata, kehidupan seorang lelaki bermula pada usia 40 tahun.
Konon, pada usia ini lelaki menjadi lebih matang, tepat membuat keputusan,
bijak memberi cadangan, lebih penyayang, lebih prihatin, lebih itu, lebih ini.
Hanya satu yang tidak sedap, malah tidak adil: konon pada usia 40 inilah degree
kemiangan lelaki dikatakan semakin meningkat!
Miang, gatal, merenyam, gelenyar… banyak lagi istilah-istilah (maaf,
sesetengahnya tidak sesuai disiarkan sebab kedengaran kurang sopan) yang
seerti dengannya untuk menggambarkan perangai lelaki setelah melewati usia
empat puluhan.
Orang perempuan selalu memberi alasan yang serupa untuk menguatkan andaian
bahawa lelaki memang miang. Antaranya, yang paling biasa: suami mula
menjeling wanita lain, suami mula main kayu tiga, suami kahwin baru.
Bukanlah hendak menyebelah lelaki, tetapi pada hemat saya andaian seperti itu
adalah rambang, dan sekali gus tidak adil. Sebab, bilangan suami yang main kayu
tiga, atau membuka ‘cawangan’ baru adalah kecil, terlalu kecil. Mungkin yang
jeling-jeling wanita lain ramai, tetapi percayalah jelingan itu tidak membawa apaapa
mudarat. Lagi pun ada sebab suami menjeling wanita lain.
Maaf cakap, ketika suami mula ‘meriah habis’ pada usia 40, wanita pada usia
tersebut dikatakan mula mengendur dan ‘dingin’ dalam banyak hal. Sebenarnya,
ini diakui sendiri oleh ramai wanita, sebab itu mereka tidak suka usia empat
puluhan disebut.
Pendek kata, angka 40 membawa persepsi yang berbeza kepada lelaki dan
wanita. Bagi lelaki, usia tersebut dikaitkan dengan kematangan can kehebatan,
bagi perempuan, usia tersebut sering digambarkan sebagai peringkat saham
menurun.
Kalau ada suami yang mula menunjukkan tanda-tanda ‘keriangan’ luar biasa,
saya ada panduan untuk isteri menyekat suami main mata dengan orang lain.
Kaedah ini tidak ada dalam buku motivasi suami-isteri, tetapi boleh dicuba.
Pertama, layan suami seperti biasa. Hangatkan suasana dengan kata-kata yang
memberangsangkan. Contoh: “Fuhhh, misai abang sekarang tebal semacam, kita
tengok pun geram!” Atau: “Abang sejak minum kopi herba tu, kita rasa luar
biasa!”
cara-mengoda-suami
Kata-kata seperti ini boleh membangkitkan semangat, dan suami merasa
dihargai. Tetapi jangan cakap sahaja, isteri patut buktikan dengan perbuatan. Jika
hanya pandai memuji misai, tetapi di bilik tidur isteri rebah dan tidur macam
tunggul, pujian tentang misai itu tidak bererti langsung.
Tidak guna menyiapkan kopi dengan tujuh ramuan herba, sekiranya di katil isteri
berdengkur kuat seperti bom, tanpa sedikit pun menghiraukan perasaan suami
yang seperti gelora tsunami.
Masalahnya ialah wanita pada usia 40, lebih-lebih lagi yang sudah beranak ramai,
sudah mula dingin seks. Bukan putus haid, tetapi mula tidak berapa minat
mengadakan hubungan kelamin. Mungkin sebab kesibukan di pejabat, atau letih
melayan anak-anak sepanjang hari di rumah, isteri menjadi pasif di katil. Letak
sahaja kepala di bantal, terus berdengkur.
Pada hemat saya, tanpa mengira usia, isteri patut bijak melakukan reaksi-reaksi
hangat semasa berdua di kamar tidur. Mungkin boleh cuba urutan cakar harimau
yang popular itu. Sambil mencakar boleh bergurau senda, dan puji-puji tentang
misai.
Kalau cakaran harimau sudah mengena, suami yang letih menjadi segar semula.
Pasti suami akan membalas dengan cakaran kucing jantan.
Bayangkan apa akan terjadi apabila cakar berbalas cakar. Tentu harimau akan
mengaum.
Amaran: hati-hati sekiranya isteri berkuku panjang dan tajam, takut tersilap
cakar luka pula kulit belakang suami. Akibatnya, suami berasa kesakitan dan
mungkin menggunakan tendangan kambing gurun hingga isteri terpelanting
bawah katil!
Kedua, isteri mesti terus bergaya. Sebenarnya wanita pada usia 40-45, masih
cantik dan menawan. Masih anggun dan mempesona. Memanglah tidak ‘cunmelecun’
seperti gadis belasan tahun lagi ‘trang-tang-tang’. Tetapi sekiranya bijak
mendandan diri, suami pasti tidak menjeling pada orang lain.
Masalahnya ialah sesetengah isteri, terutama yang menjadi suri rumah sepenuh
masa, tidak menghiraukan soal keterampilan diri. Tidaklah selekeh, tetapi kurang
mesra alam. Rambut tidak disisir, menggerbang macam langsuir atau penunggu
pohon beringin dalam Misteri Nusantara. Dahi berkerut, bibir berkedut. Tanpa
bedak, tanpa gincu. Pipi pun berminyak semacam.
Sudahlah begitu, pakaian pun asyik kain batik lusuh dengan t-shirt Pagoda leher
bulat yang ketiaknya terkoyak sedikit. Ini sudah menjadi uniform tidak rasmi suri
rumah yang tidak berseni. Sesetengahnya langsung tidak berbaju, hanya
berkemban. Sudahlah berkemban, nampak bulu ketiak keriting, betul-betul
macam ibu si Tenggang.
Percayalah, kalau rupa seperti ini yang dilihat oleh suami setiap hari, belum
masuk usia 40 tahun pun suami sudah menjeling wanita lain. Jika hari-hari
melihat puntianak atau ibu si Tenggang, suami pun berasa muak juga. Suami pun
hendak melihat benda-benda indah.
Sebenarnya, mendandan diri bukan susah sangat. Lagi pun kebanyakan suami
tidak cerewet sangat. Suami tidak mengharapkan isteri menyambutnya dengan
pakaian berjenama antarabangsa, atau jari lentik dengan kuku berwarna, bibir
merah dan basah berkilat, rambut ikal mayang teknik rebonding, alis lentik bagai
penari Mak Yong.
Apa yang dikehendaki oleh kebanyakan suami ialah penampilan seorang isteri
yang kemas, sopan dan kelihatan manja. Jangan lentuk sangat, suami naik lemas
pula. Rambut perlu disisir kemas, pada hari-hari tertentu (petang Khamis
umpamanya!) boleh letak bunga ros di kepala. Tetapi, jangan pula terlebih hingga
pacak bunga manggar di kepala. Nanti suami ingat isteri sudah sewel.
mengoda-suami
Pipi patut dihias supaya tidak nampak berminyak macam mamak jual capati.
Kalau tidak mampu pakai bedak yang berjenama, bedak biasa pun boleh, asalkan
disapu dengan kemas. Jangan asyik lumur dengan bedak beras sejuk sehingga
wajah kelihatan seperti wayang China purba!
Tidak salah menyambut kepulangan suami dengan haruman. Semburlah pewangi
yang boleh membangkitkan semangat. Kalau tidak ada pewangi pun gunakanlah
haruman ash dari bunga cempaka, melur, kenanga atau lain-lain bunga wangi.
Kalau pun teruk memasak di dapur pastikan bau serbuk kari, sambal belacan,
budu, atau bau ikan pekasam goreng tidak melekat di tubuh. Amaran: jangan
sekali-sekali ada bau semburan ubat lipas atau kapur barus pada tubuh. Mati
selera suami.
Ketiga, mesti selalu senyum. Sambutlah suami dengan senyum paling manis.
Senyum yang ikhlas, dan bukan dibuat-buat. Ingat, orang lelaki dapat membaca
antara senyuman ikhlas dan senyum palsu. Tetapi, jangan tersengih tidak tentu
pasal, nanti suami ingat isteri tersampuk puntianak sundal malam.
Tidaklah diharapkan isteri mengurut-urut bahu atau dada suami sebaik masuk ke
rumah, lebih-lebih lagi di hadapan anak-anak. Memadailah isteri menegur, “Abang
nampak letih, boleh kita ambilkan air? Abang nak air sejuk atau air panas?”
Tetapi, jangan pula memberitahu suami benda-benda yang mungkin mematikan
semangatnya, seperti: “Tadi ada orang datang, dia kata abang dah tiga bulan tak
bayar ansuran kereta, betul ke?” Atau, “Orang sebelah tu beli TV 29 inci, boleh
tak kita beli yang 36 inci?”
Keempat, etika di bilik tidur. Ini paling penting, sebab bilik tidur adalah tempat
rehat bagi suami isteri. Tempat tidur mesti selalu kemas dan menarik.
Semburkan haruman supaya semerbak sepanjang malam. Sesekali taburkan
bunga-bunga wangi di atas tilam. Barulah bersemangat untuk cakaran harimau
atau cakaran kucing.
Malangnya, bagi isteri yang sudah melewati empat puluhan, bau haruman di
kamar beradu biasanya tidak dihiraukan lagi. Tidak ada bau minyak wangi,
seperti zaman baru-baru kahwin dulu. Apa yang memenuhi bilik tidur sekarang
hanyalah bau minyak angin.
Bilik tidur penuh dengan beraneka minyak angin. Penjuru katil ada minyak lenguh
sendi, tepi bantal ada minyak sengal tulang, atas tilam ada minyak pening kepala,
bawah katil pun ada minyak semput.
Walaupun sudah lenguh sana-sini, minyak-minyak itu bukan di kamar tidur
tempatnya. Kalau setiap malam hidung suami tersumbat bau minyak angin,
matilah seleranya untuk mencakar. Ini yang isteri kena faham.

Monday, 27 February 2012

Mati pucuk malam pertama





HUBUNGAN seksual adalah ibadah yang memainkan peranan penting dalam mengeratkan hubungan suami isteri.
Untuk menunaikan apa-apa ibadah, persediaan dan persiapan itu penting. Ini boleh dilakukan dengan mudah dan dalam keadaan selesa untuk kedua-dua pasangan.
Dalam melakukan persediaan, setiap pasangan disarankan merujuk kepada buku ilmiah yang sahih untuk mendapat panduan.
Mereka juga dinasihatkan tidak mudah terpengaruh dengan cerita yang bukan-bukan mengenai hubungan intim.
Perkara yang seronok itu sudah semestinya sempurna lebih-lebih lagi dalam keadaan bersedia.
Yang pasti, malam pertama memberi banyak cabaran kepada suami dan isteri, lebih-lebih lagi jika kedua-dua mereka jahil tentang bermain cinta.
Seandainya suatu ketika dahulu mereka hanya boleh melihat wajah walaupun dengan batasan tertentu, kini mereka boleh melihat keseluruhan tubuh badan waima aurat juga tiada batasan.
Dahulu jika berdua mereka mesti ditemani dengan mahram wanita itu, tetapi kini mereka boleh berdua-duaan dan bersentuhan seluruh badan sehingga ke peringkat persetubuhan.
Begitupun, tahukah anda, malam pertama bukan sahaja memberi penuh makna serta debaran kepada isteri, malah situasi tersebut sebenarnya turut berlaku kepada suami.
Menurut Profesor Emeritus Dr. Mohd. Ismail Tambi dalam penulisannya yang bertajuk Adab Malam Pertama, beliau menyenaraikan tiga dilema yang sering dihadapi suami ketika menghadapi malam pertamanya.
*Tekanan
Masalah boleh berlaku jika suami terasa tertekan atau cemas kerana memikirkan tanggungjawab yang hendak dilakukannya iaitu melakukan hubungan seksual.
Sekiranya suami gemuruh, dia akan kehilangan rangsangan dan ketegangan atau ereksi. Rangsangan dan ketegangan itu akan kendur dan hilang kekerasan.
Seterusnya suami akan gagal untuk melakukan penembusan faraj yang biasa dikaitkan dengan malam pertama kepada isteri.
Keadaan ini dikenali sebagai 'mati pucuk malam pertama.' Tetapi dalam keadaan penuh yakin dan bersemangat kejantanan, ereksi akan kembali segar dan hubungan seksual suami isteri akan dapat dilakukan.
l Masalah ejakulasi
Suami berasa amat teruja sehingga belum pun sempat menyalurkan ereksinya, klimaks telah pun berlaku.
Kadangkala perasaan teruja itu amat ketara sehingga ejakulasi boleh berlaku secara spontan apabila isteri memegang alat kelamin suami.
Bila suami dapat mengatasi kelemahan daya kawalan ereksi dan dapat mengawal ejakulasi maka masalah itu akan menjadi terkawal.
l Kurang keyakinan
Suami amat yakin dengan kemampuan ereksi dan kawalan ejakulasi tapi masih juga terpancut awal dan hilang daya ereksi apabila dia gagal untuk menembusi faraj isteri.
Suami terasa seperti ada sesuatu yang menghalang di depan pintu faraj dan mula berasa tidak yakin tentang kemampuannya untuk melakukan penembusan dan mengawal ejakulasi.
Perasaan kurang yakin itu akan membuatkan suami hilang kemampuan mencapai ereksi dan kesudahannya dia akan mengalami mati pucuk.
Dalam hal ini, seorang isteri yang tahu memainkan peranan dalam persetubuhan dapat berinteraksi bersama suaminya dengan selesa. Jika tiada apa-apa halangan, dia boleh mencapai klimaks atau mendapat kepuasan dalam hubungan intim itu.
Ini secara tidak langsung, isteri dapat membantu suami mengatasi masalah malam pertamanya.

Friday, 27 January 2012

Bila Anak Lihat Aksi Seks Anda




Lazimnya pasangan mengambil kesempatan menikmati hubungan intim setelah anak-anak masuk tidur. Ada di antara pasangan yang tidak memisahkan tempat tidur dengan anak lantaran dirasakan si anak masih terlalu kecil untuk tidur sendirian atau kekurangan ruang, makanya ada di antara pasangan yang berkongsi bilik tidur dengan anak, malah tidur sekatil terutama dengan anak dibawah umur lima tahun. Bagi masyarakat barat situsi begini jarang berlaku lantaran gaya hidup dan penerapan nilai individualiti, umumnya anak tidur berasingan dalam bilik lain sejak bayi lagi.

Suasana malam yang senyap menimbulkan suasana romantis. Ghairah mula membara dan pasangan segera memulakan aksi namun waktu hampir mengecap kenikmatan tiba-tiba pasangan dikejutkan dengan suara kecil memanggil "mama, papa..." si kecil yang disangkakan telah lena meluru ke arah pasangan 
dengan seribu pertanyaan dan kekeliruan dengan apa yang dipandangnya di depan mata. 


Apakah yang perlu dilakukan andainya anak menjadi saksi 'aksi terlampau'? 


Antara langkah yang boleh dilakukan adalah :-

 
1. Menurut pakar psikologi andainya aksi hubungan intim pasangan ditonton oleh anak sebaiknya pasangan tidak panik. Jangan sesekali memarahi anak atau menjerit meminta si anak keluar dari bilik tidur kerana apa yang dilakukan oleh anda sudah cukup membingungkan dirinya.

Janganlah lagi menambah kebingungan dan kekeliruannya dengan jeritan dan kemarahan. Sekiranya yang tertonton aksi anda adalah anak remaja, tegurlah secara lembut dan minta dirinya menunggu diluar bilik sebentar.


2. Andai yang menyaksikan adegan panas adalah anak bawah 7 tahun atau yang bersekolah rendah sebaiknya hentikan segera kegiatan anda, berpakaian dengan pantas dan tenangkan dirinya. Jika anak belum berusia satu tahun lazimnya tayangan panas yang dilihatnya tidak memberikan apa-apa kesan pada dirinya meskipun begitu sebaiknya hentikan segera aksi, berpakaian dengan 
cepat dan temani anak sehingga ia tidur lena semula sebelum meneruskan
kegiatan anda.


3. Perlu ajak anak berbicara mengenai apa yang dilihatnya. Usahakanlah menjelaskan apa yang dilihatnya dengan bahasa yang paling mudah difahami. Cuba terangkan padanya bahawa apa yang dilihat olehnya adalah ekspresi kasih sayang anda berdua sebagai suami isteri. Fahamkan padanya bahawa yang dilihat olehnya hanya wajar dilakukan oleh wanita dan lelaki yang sudah berkahwin. 

Jelaskan pada anak dengan fikiran terbuka beserta nada suara lembut tanpa meninggikan suara dan jangan sesekali memarahi dan membuat anak merasa bersalah seolah-olah dia telah melakukan kesilapan yang besar. Ketahuilah bahawa anak yang terlihat adegan panas anda sedang ketakutan dimarahi dan keliru dengan yang dilihatinya. Jelaskan padanya bahawa situasi yang dilihatnya 
adalah menyenangkan dan tidak menyakiti ibu.

Menjadi tanggungjawab ibubapa untuk menerangkan serta membincangkan tentang penderaan seksual pada anak remaja supaya anak lebih mengetahui perbezaan mengenai aktiviti seksual yang sihat dengan tingkah laku penyimpangan seksual dan penderaan seksual supaya anak remaja ini lebih memahami situasi yang dilihatnya dan dapat membuat perbandingan.Ini dapat mengelakkan anakremaja dari mendapatkan maklumat apa yang dilihatnya dari sumber lain yang pastinya memberikan kefahaman yang berbeza tentang aktiviti 
seksual yang sihat.


4. Pastikan anak anda tidak mengalami trauma dengan apa yang dilihatnya. Pastikan anak mendapat penjelasan yang wajar dengan apa yang dilihatnya supaya anak tidak mengalami gangguan psikologi kesan dari melihat adegan panas ibubapanya. Terdapat kes dimana berlaku si anak terus-terusan membenci ayahnya kerana tidak mendapat penjelasan wajar dari ibubapa terbabit. Setelah disoalsiasat, anak mengaku terlihat adegan panas ibubapanya. 

Diakhir sessi kaunseling didapati si anak tersalah erti aktiviti seksual dan mengaitkan dengan 

sesuatu yang mengerikan dan menakuntukan bila melihat ibunya terbaring dibawah tubuh siayah. Anak tersebut menganggap ayahnya sedang melakukan kekerasan terhadap ibu dengan disokong jeritan dan erangan serta tangisan kecil ibu yang dilihatnya seolah-olah sedang dalam kesakitan.


5. Elakkan situasi 'ulang tayang'. Perkara ini mungkin akan berulang terutama bagi pasangan yang tidak memisahkan tempat tidur anak. Walaupun diakui tidur bersama anak merapatkan lagi hubungan namun sedikit sebanyak mengganggu saat intim ibu dan ayah. Seringkali hubungan seksual dilakukan dalam suasana tergesa-gesa dan tidak fokus kerana khuatir anak akan terjaga. 

Antara tips bagi mengelakkan berlakunya ulang tayang adegan panas anda adalah: 


• Pastikan pintu bilik berkunci setiap kali anda mahu bermesra bagi 
mengelakkan anak memasuki bilik secara tidak sengaja.
 
• Sekiranya tidur bersama si kecil, pastikan dia benar-benar telah lena. Paling selamat adalah selepas jam 10 malam ketika situasi sudah aman.
 
• Jika perlu lakukanlah dibilik atau ruangan berasingan daripada anak anda
 
• Sediakan selimut ataupun pakaian berhampiran untuk menutup bahagian tubuh yang tidak sepatutnya dilihat sekiranya anak terjaga.
 
• Usakan menempatkan anak tidur dibilik berasingan setelah umurnya meningkat 5 tahun.
 
• Wujudkan family rules atau undang-undang sefahaman dalam rumah dimana anak diajar supaya mengetuk pintu dahulu sebelum masuk ke bilik.


6. Pastikan anak kecil yang tertonton aksi ghairah anda tidak meniru segala aksi yang andalakukan. Terdapat sebilangan anak kecil dibawah umur 7 tahun yang meniru aksi ghairah ibubapanya, seringkali anak ini melakukannya sendirian! atau bersama rakan dan terdapat juga yang menggunakan anak patung serta bantal bagi mengulangi aksi panas yang dilihatnya dan ibubapa terbabit sering merah muka menahan malu bila aksi mereka diulang tayang oleh anak kepada kaum keluarga yang berkumpul atau jiran dan teman-teman yang berkunjung kerumah. Disesetengah kes pula terdapat guru taska yang mengadu kepada ibubapa atau penjaga bahawa melihat anak meniru aksi ghairah yang dilihatnya keatas teman sepermainan atau kepada objek sebagai menggantikan pasangannya.

Bukan itu sahaja terdapat juga ibubapa bergaduh dengan keluarga teman sepermainan anak mereka gara-gara si anak meniru aksi ghairah dan disalah erti oleh keluarga teman anak itu bahawa si anak tadi mahu mencabul kehormatan anak mereka. Seharusnya perbuatan meniru aksi ini ditegur dengan lembut dan penuh pengertian supaya anak tahu bahawa perbuatannya itu tidak sepatutnya 
dilakukannya.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More