Showing posts with label tip membina hubungan dalam perkahwinan. Show all posts
Showing posts with label tip membina hubungan dalam perkahwinan. Show all posts

Thursday, 10 May 2012

40 Sebab LELAKI Tidak Layak Jadi SUAMI (Buat renungan)




40 Sebab LELAKI Tidak Layak Jadi SUAMI
1. Sepanjang pertunangan, dia tidak pernah ajak berbincang cara nak bentuk keluarga solehah. Tetapi, asyik fikir mana nak bulan madu. Nak buat teknik macam2. Saya putuskan pertunangan kerana merasakan dia tidak boleh bimbing saya soal agama.
2. Malam pertama saya berendam airmata kerana suami melarikan diri selepas akad nikah. Dia bergaduh dengan ibubapa saya kerana soal wang hantaran dan mas kahwin. Malam itu, dia keluar kononnya nak pergi beli rokok, tetapi sampai subuh tak pulang. Kami bercerai 3 bulan kemudian.
3. Selepas 3 bulan nikah baru saya berpeluang ikut suami yang bertugas di Sabah. Saya hairan tengok rumahnya nampak kemas dan berhias cantik.Apabila saya gelidah satu almari di bilik tetamu, penuh baju perempuan.Puas ditanya baru dia mengaku selama ini dia duduk serumah dengan kekasihnya. Saya lari balik Semenanjung. Dia tidak pujuk. Lepas pantang saya terima surat cerai. Dia tidak pernah tahu macam mana rupa anaknya.
4. Beli cincin pertunangan duit saya, belanja hantaran pun duit saya.Sekarang duit ansuran rumah, kereta, susu anak, belanja dapur semua di bahu saya. Dia cuma beri “benih” sahaja.
5. Suami mahu anak ramai dan tidak benarkan saya makan pil. Tetapi, belum pernah sekali pun dia mahu bangun malam buat susu anak/tukar lampin. Kalau alasan penat di pejabat, saya pun bekerja juga.
6. Bapa tak pernah mengajar saya sembahyang dan puasa. Suami pun sama juga. Terpulanglah kepada saya nak dalami ilmu agama sendiri.
7. Ramai menuduh saya jahat apabila bercerai dahulu. Bekas suami memang nampak warak, tetapi siapa pun tidak tahu saya merana kerana suami mahu seks tiap2 malam dan suka liwat saya.
9. Suami tetap ‘mahu’ walaupun ketika saya datang bulan. Jika tidak dituruti dia mengancam mahu cari perempuan lain.
10. Saya dipukul suami ketika mengandung anak kedua dahulu kerana saya tidak mahu beri dia duit yang saya kumpul untuk belanja bersalin. Dia penganggur dan gila main muzik sahaja. Duit tu dia nak beli gitar.
11. Bekas suami saya dahulu memang kacak, kaya dan berkedudukan. Namun, saya lebih rela bercerai kerana dia ketagih hubungan seks sesama jenis.
12. Saya rasa benar-benar terhina kerana suami mengabaikan keluarga apabila asyik bercinta dengan “maknyah”.
13. Hancur hati saya apabila terserempak suami memakai coli dan seluar dalam saya… Rupa2nya dahulu dia “maknyah” dan berkahwin dengan saya kerana menuruti kehendak emaknya.
14. Suami tidak pernah azan atau qamatkan kedua-dua anak kami sebaik sahaja dilahirkan dahulu.
15. Suami tidak mengaku anak lelaki bongsu zuriatnya, walaupun muka si anak 99.9% muka dia. Semua kerana suami cemburu sangat pada bos saya. Biarlah dia terus menfitnah saya kalau itu memberi kepuasan kepadanya.
16. Saya dah tak larat menasihati suami supaya sembahyang. Bulan puasa dia suruh saya masak macam biasa. Anak2 keliru melihat gelagat bapa mereka. Saya didik lain, si bapa tunjuk “contoh” lain.
17. Apabila marah, suami suka mengungkit setiap sen yang dibelanjaa untuk saya, sampaikan tambang haji saya ke Makkah yang dia bayarkan 3 tahun dahulu masih terus diungkit setiapkali bergaduh..
18. Suami tetap mahu saya masak macam biasa, hubungan seks 2-3 x seminggu dan rumah tidak boleh bersepah… walaupun saya sedang sarat mengandung..
19. Setiap kali mengandung, pandai2lah saya berjimat cermat untuk belanja bersalin. Apabila dah sampai waktu nak beranak, kemas kain baju sendiri, tahan teksi, pergi hospital sendiri. Jika nasib baik, suami jemput, kalau tidak pandai2lah saya balik rumah dengan anak.
20. Memang saya bengkak kerana suami sanggup memaki hamun saya depan anak kerana tidak memandu berhati2 sehingga kemalangan dan merosakkan kereta kesayangannya.
21. Siapa tidak sayang emak. Tetapi, saya tidak boleh tahan kalau suami sanggup bergolok-bergadai semata2 mahu penuhi hajat emaknya yg berselera besar. Duit gajinya tak pernah cukup sebab bayar hutang kad. Terpaksalah saya menyara anak2.
22. Kalau anak nak minta duit beli buku sekolah, suami asyik kata ‘takde duit’. Kalau nak beli joran dan umpan, ada pula. Saya perhatikan saja gelagat. Nak tengok sampai setakat mana ‘lemaknya’.
23. Suami gila beli nombor ekor. Biasanya, dia suka tulis angka 1-10,letak di dalam mangkuk buat cabutan. lepas tu kalau ada nombor yg mengena, 2-3 hari tak keluar bawak teksi.
24. Tabiat suami saya memang pelik. Kalau ada masalah saja mesti cari bomoh, lepas itu tanam macam2 jenis tangkal, mesti dia nak pergi ‘bersangkak’ .
25. Sewaktu bercinta mmg saya tahu suami kaki judi tetapi dia berjanji nak berhenti lepas kahwin. Tak cukup gaji, barang kemas saya digadaikan. Orang datang tuntut hutang perkara biasa ~ pernah rumah kami dibaling tahi.
26. Ketika bapa meninggal dunia dulu, baru kami tahu dia ada 3 isteri lain dan anak masih kecil. Rupa2nya selama ini emak tahu arwah suka kahwin cerai di merata2 tempat. Emak tidak peduli, asal arwah tidak menganggu hidupnya.
27. 3-4 bulan suami ‘hilang’ itu perkara biasa. Kadang2 sampai setahun. Saya tak perlu cari kerana tahu mesti dia di Serenti.
Biasanya, dia kena ‘serkup’ waktu tengah tarik ganja dengan kawan2.
28. Anak ke-3 kami terencat sedikit. Suami penagih kronik dan sekarang dah ada tanda2 HIV.
29. Suami saya memang warak. Sembahyang tak pernah tinggal. Tetapi, saya tidak boleh tahan panas barannya. Kalau marah, habis dibaling barang2 rumah. Kalau pukul, anak dibaling macam bola.
30. Pernah saya nasihat suami jangan suka terima rasuah. Dia degil. Mula2 cuma hamper, kemudian barang kemas. Akhir sekali duit berpuluh2 ribu. Apabila dia kena cekup polis saya nak kata apa? Terpaksalah saya sara anak sementara dia di dalam penjara.
31. Sejak berniaga, suami gila karaoke. Kononnya nak rai pelanggan. Kesudahannya dia yang sangkut dengan GRO Filipina di situ. Sekarang perniagaanya lingkup dan dia dah ikut perempuan Filipina tu balik negeri. Dengar khabar dah dapat anak luar nikah.
32. Dulu hidup kami senang juga. Tetapi, selepas suami kena buang kerja sebab ketagih dadah dan selalu ponteng kerja, terpaksalah saya kerja kilang nak sara anak2.
33. Kalau seronok beristeri muda, mengapa mesti nak banding2kan kehebatan si madu di ranjang dengan saya? Tak puas lagi menyakitkan hati saya selama ini?
suami isteri
34. Kami memang miskin. Saya buat macam2 benda untuk tambah pendapatan. Jualan langsung, buat kuih, jual nasi lemak, jaga anak orang, upah sembat baju kurung. Suami saya lain pula ceritanya. Malam jadi “jaga”.. siang dia kerja tidur atau melangut di kedai kopi.
35. Bab duit ringgit saya tak nafikan suami memang bertanggungjawab. Saya dapat banglo besar, kereta besar, belanja mewah. Tetapi jiwa saya kering. Suami sayang anak, tetapi masih membiarkan saya melihat “gigitan cinta” perempuan lain di badannya.
36. Pakcik saya memang hebat sewaktu muda. Kacak, bijak dan kerja besar. Isteri 2-3 orang, kekasih keliling pinggang. Anak ramai. Tetapi selepas pencen, dia papa kedana sebab duit KWSP habis bayar hutang. Kesudahannya, semua isteri minta cerai dan anak lenyap. Akhirnya dia mati seorang diri di katil hospital wad kelas tiga. Jenazahnya di urus abang saya dan pihak hospital.
37. Saya bekerja, suami bekerja. Tetapi, apabila pulang dari pejabat, suami terus capai kunci motor besarnya, merambu dengan kawan2 macam orang muda… sampai tergadai Maghrib dan Isyak. Tinggallah saya di rumah sorang diri terkial-kial menguruskan anak.
38. Walaupun sudah lama masuk Islam… mandi hadas? Saya masuk Islam kerana mahu kahwin dengan suami. Tetapi dia tidak pernah sekali pun beritahu saya perlu mandi hadas selepas bersetubuh atau datang bulan. Dia sendiri pun tak pernah buat.
39. Bagi saya perkahwinan sebenarnya lebih menguntungkan lelaki kerana mereka dapat buktikan kejantanan kepada kawan2 apabila isteri hamil, dapat pengurus tetap menjaga kain baju mereka, dapat tukang masak percuma, dapat joli lebih sebab isteri juga bekerja dan bantu sara keluarga serta dapat seks halal. Isteri dapat apa? Tugas bertambah dan silap haribulan berendam airmata…
40. Selepas 15 tahun berkahwin, rasa2nya gelaran saya sudah berubah. Dahulu ‘isteri’ sekarang ‘pengurus anak-anak’. Hubungan dengan suami amat dingin. Kami hanya bercakap perkara penting sahaja. Hubungan seks hanya 2-3 bulan sekali. Itupun saya yang ‘terhegeh-hegeh’ . Saya pelik benar kerana dia bukan kaki perempuan dan memang confirm tiada isteri lain.


Wednesday, 9 May 2012

Tips melayari alam rumahtangga dengan duda



Assalamualaikum warahmatullah dan salam sejahtera,

Cinta itu buta, tidak kira usia mahupun status. Biarpun ramai gadis membayangkan bertemu jodoh dengan pasangan seusia, tetapi bukan hak kita untuk menentukannya. Segala-galanya ditentukan yang Maha Kuasa. Biar bujang teruna jadi pilihan, namun siapa tahu, rupa-rupanya jodoh anda dengan duda atau bekas suami orang!

Apapun jika itu ketentuan-Nya, terimalah dengan hati terbuka dan pelajarilah bagaimana cara berhadapan dengan lelaki berstatus duda ini. Mungkin tiada banyak masalah jika suami, duda tanpa anak. Tetapi situasi yang berbeza jika si duda yang jadi pilihan anda punya anak yang dipeliharanya sendiri. Ði sinilah kebijaksanaan, kesabaran dan kematangan diperlukan.

 kali ini memberikan sedikit sebanyak tips bagi wanita yang mungkin dalam dilema melayari alam rumahtangga bersama pasangan hidup yang bergelar duda.

1 – Bersedia atau tidak

Inilah pokok persoalan utama yang harus anda hadapi. Ia bukan berkaitan dengan tentangan yang mungkin bakal anda hadapi dari keluarga, sebaliknya diri anda sendiri. Mungkin pada dasarnya anda mencintainya, tetapi agak sukar untuk anda menerima dirinya kerana anda perlu berkongsi dengan anak-anaknya juga.

Tepuk dada, tanyalah selera. Kalau anda bersedia untuk mengharungi semua dugaan dalam memilih hidup, maka teruskanlah niat anda untuk memilih duda sebagai calon hidup anda.

2 – Belajar menyayangi anaknya

Berkahwin dengan duda mungkin menjadikan ada ibu ‘segera’ dan memberikan anda gelaran ibu tiri. Namun jangan sesekali bersikap seperti ibu tiri dalam drama Bawang Putih Bawang Goreng Merah. Biarpun bukan dari darah daging sendiri, tetapi anda juga perlu belajar menyayangi atau setidak-tidaknya belajar menyenangi anak-anaknya.

Anak yang diasuh anda berdua telah kematian atau perceraian dengan isteri terdahulu bukan mudah untuk menerima anda sebagai pengganti ibunya. Seeloknya, hadirlah dalam kehidupan anak-anaknya sebagai teman atau rakan karib. Cuba bersikap santai dengan mereka sehingga anda dapat diterima dalam hidup mereka. Jelaskan kepada si anak, anda memang bukan ibunya dan tidak mungkin dapat menggantikan tempat ibunya, tetapi berikan keyakinan bahawa anda akan menyayanginya sebagaimana ibunya menyayanginya.

Begitu juga apabila anda sudah mempunyai anak sendiri bersama ayah mereka. Jangan sesekali membezakan layanan anak anda dengan anak tiri. Bahagikan kasih sayang anda sama rata, agar anak menghormati dan menyayangi anda.

3 – Jangan putuskan ikatan

Sebenarnya ada dua situasi duda yang mungkin salah satunya sudahpun menjadi sebab (bakal) pasangan anda bergelar duda. Pertama, duda bercerai mati dan kedua, duda bercerai hidup. Perkahwinan anda dengan dua situasi duda ini akan menimbulkan konflik yang berbeza.

Sekiranya pasangan yang anda pilih adalah duda yang ditinggalkan isteri disebabkan kematian, maka bolehlah dikatakan dia tidak gagal dalam perkahwinan. Ia juga selalunya tidak membawa trauma tertentu dalam perkahwinan anda dengannya. Hanya kenangan yang ditinggalkan oleh isterinya yang mampu membayangi hubungan anda dan suami. Sebagai contoh, suami mungkin akan membanding-bandingkan anda dengan arwah isterinya.

Memang dapat difahami sekiranya seorang duda bercerai mati masih memiliki ikatan emosi dengan arwah isterinya. Bayangkan bagaimana perasaan anda jika ditinggalkan oleh orang yang dicintai secara tiba-tiba. Sudah pasti sedih, bukan? Beginilah dengan keadaan duda yang bercerai mati.

Sebagai isteri yang terlebih dahulu sudah maklum dengan status suami ini, anda sebaiknya tidak memaksa dirinya secara serta-merta memutuskan ikatan dan kenangannya bersama arwah isterinya. Ini bukan satu tindakan yang bijak. Anda seharusnya berkongsi diri suami dengan arwah isterinya. Tetapi sekiranya kenangan dan bayangan suami terhadap isteri yang telah meninggal berlangsung terlalu mendalam dan lama, sebaiknya ada lakukanlah sesuatu. Ajak pasangan anda untuk berfikir secara realistik ke hadapan. Jangan terlalu terbawa dengan kenangan masa lalu. Ajak dirinya merancang masa depan rumahtangga anda bersama dengan dirinya.

Tetapi sebenarnya anda juga boleh memilih untuk berterus-terang. Katakan bahawa anda tidak selesa bila dibandingkan dengan bekas isterinya yang telah tiada. Jangan dipendamkan perkara sebegini, kerana pasangan anda menganggap perkara ini tidak memberi masalah kepada anda.

4 – Curiga dengan bekas isteri

Berbeza dengan duda bercerai mati, lelaki yang bercerai hidup dengan bekas isteri selalunya tidak mempunyai ikatan emosional yang terlalu mendalam dengan wanita tersebut. Anda mungkin boleh merasa lega kerana tidak punyai saingan ini.

Tetapi sudut kurang menariknya adalah, anda cenderung untuk berasa curiga tentang hubungan suami dengan bekas isterinya. Masalah juga sering kali timbul kerana anda secara sengaja atau tidak, ‘dipaksa’ terlibat dengan masalah perkahwinannya yang terdahulu. Misalnya suami anda sibuk dengan bekas isterinya gara-gara masalah menyekolahkan anak dari perkahwinan mereka.

Masalah dalam perkahwinan dengan duda yang bercerai hidup ini juga akan jadi lebih berat jika bekas isterinya kerap membayangi hubungan anda. Ia sudah semestinya amat mengganggu, tapi jangan terus marah-marah. Sebaiknya bincangkan dengan suami cara menghadapi gangguan dari bekas iserinya. Bukan dalam bentuk pergaduhan, tetapi minta nasihat daripadanya tentang apa yang sebaiknya anda lakukan.

Selain itu, pembahagian kewangan antara suami anda dan bekas isternya juga tidak dinafikan akan menjadi masalah besar jika tidak ditangani dengan bijak. Selagi anak-anak dari bekas isterinya (jika diperlihara oleh bekas isterinya) belum boleh berdikari atau berumahtangga (bagi anak perempuan), maka suami anda wajib menyara mereka. Tidak jadi masalah jika suami bergaji besar, tetapi jika sekadar cukup makan, bagaimana suami hendak menyara anda pula? Keadaan sebegini pasti mengundang masalah dalam rumahtangga anda berdua di kemudian hari. Sebagai isteri, anda harus memikirkan dan cuba memahai situasi yang bakal anda tempuhi kerana anda juga terbabit sama dalam permasalahan ini.

Kelebihan berkahwin dengan duda :

1. Lelaki ini sudah memahami selok-belok rumahtangga. Mereka akan lebih memahami masalah yang bakal ditempuhi dalam hubungan suami isteri dan punya pengalaman tentang bagaimana mahu mengatasinya.

2. Kesalahan dan kesilapan yang telah dilakukan dalam perkahwinan sebelumnya, sudah pasti akan menjadi rujukan berguna buat dirinya. Ðia pasti tidak mahu mengulanginya dalam rumahtangga yang baru dibina.

3. Kebiasaannya keadaan kewangan lelaki bergelar duda sudah pun cukup mantap. Inilah yang membuatkan ada wanita yang tidak kisah jika jodoh mereka bersama duda.

Kekurangan berkahwin dengan duda :

Laman-Seri tidak mempunyai pengalaman tentang hal ini, walau bagaimanapun, apa yang terlintas di fikiran ialah : Kalau berkawan dengan duda, kita patut ikhtiar mencari sedikit info (mungkin bertanya kepada ahli keluarga atau bekas isterinya), mengapa mereka bercerai. Bukanlah tujuannya untuk mencari aib orang, sebaliknya sebagai langkah berjaga-jaga. Jika dia niat baik, dia akan ceritakan tentang keburukan dia juga dan bukan hanya keburukan bekas suaminya sahaja. Agak sukar bagi seseorang itu menceritakan tentang keburukannya secara terang-terangan, jatuhlah saham, beb! Amatlah sukar untuk kita 'scan' keikhlasan manusia, betul tak?

Kesalahan dan kesilapan yang telah dilakukan dalam perkahwinan sebelumnya, tidak mustahil akan diulanginya dalam perkahwinan yang baru, contohnya jika dia seorang yang panas baran dan berpisah dengan bekas isteri akibat perangainya yang hodoh ini, ada kemungkinan dia akan mengulanginya, sekiranya dia tidak mengambil langkah untuk mengawal sikap buruknya.

~ Sila kongsikan point anda, jika ada ~




Sumber : MW#1373

10 tip untuk mencegah masalah perkahwinan





  

Menghadapi masalah perkahwinan?

Seringkali dalam berumah tangga, ada masanya keadaan tidak seperti yang kita kehendaki iaitu kebahagiaan yang menjadi idaman. Ada ketikanya keadaan boleh tiba-tiba menjadi keruh disebabkan sesuatu yang tidak diduga berlaku dan menyebabkan terjadinya masalah perkahwinan itu yang menjadi suram. Namun harus diingat, ini adalah asam garam dalam hidup setiap pasangan. Apa yang perlu diketahui adalah mempersiapkan diri untuk menghadapi situasi yang tidak diduga ini akan berlaku baik dari tindakan suami atau isteri. Kunci utama dalam menghadapi masalah perkahwinan ini adalah sifat sabar dan tolak ansur. Berikut adalah beberapa tip yang boleh membantu anda untuk menilai setiap tindakan yang dilakukan pada ketika situasi keruh itu.
  1. Ada pergaduhan terjadi kerana masalah komunikasi berlaku antara suami dan isteri. Untuk itu,  anda perlu terlebih dahulu berterus terang mengenai perasaan anda. Apabila anda berterus terang, pasangan anda juga akan berbuat demikian. Bersikap terus terang adalah jalan menuju perbincangan dan tolak ansur. Tindakan ini dapat membendung masalah perkahwinan anda.
  2. Kawal dan urus perbelanjaan dalam rumah tangga anda secara berhemah dan bijak. Jika pengurusan wang  keluarga anda teruk, kemungkinan untuk anda bergaduh kerana wang adalah besar. Statistik tinggi menunjukan penceraian dalam rumah tangga berlaku disebabkan masalah kewangan yang memuncak dan menular. Dalam menangani masalah ini, perkara pertama yang perlu dilakukan adalah berbincang dan seterusnya merancang perbelanjaan keluarga dengan berhemah. Dalam zaman kini, ramai suami isteri yang bijak menggunakan khidmat nasihat kaunseling dan pakar kewangan untuk mendapatkan panduan kewangan. Nampak seperti kelakar sehinggakan perbelanjaan dalam rumah tangga perlu mendapatkan nasihat pakar, tetapi sedarlah dalam arus kemodenan, duit menjadi perkara yang rutin dan penting sekarang ini. Elakan masalah perkahwinan berpunca dari kewangan.masalah perkahwinan
  3. Kongsi tanggungjawab dengan pasangan anda.Anda perlu jaga pasangan anda dan pasangan anda perlu jaga diri anda. Peranan dan tanggungjawab suami isteri haruslah seimbang. Masing-masing perlu mengagihkan tugas sebaik mungkin bagi menjamin kerja dalam rumahtangga kosisten. Apabila sesuatu kerja kurang diberi perhatian oleh suami isteri, hal ini juga menyebabkan tercetusnya masalah perkahwinan anda. Walaupun suami merupakan ketua keluarga, isteri haruslah menjadi ‘setiausaha’ yang setia dan selalu membantu meringankan tanggunjawab suami.
  4. Sentiasa semai kasih sayang pada rumah tangga anda. Berikan pasangan anda kasih sayang, kegembiraan dan cinta. Anda beri tanpa ada niat untuk menerima balasan. Beri dengan ikhlas. Walaupun anda seorang yang proffesional dalam melakukan setiap tugas dan tanggngjawab, kasih sayang harus juga disertakan. Apabila anda berlaku mesra terhadap keluarga anda, masalah perkahwinan sukar timbul kerana kasih sayang merupakan penyejuk suasana rumahtangga.
  5. Ambil tahu kelemahan dan kekuatan diri anda dan pasangan anda. Hargai kelebihan pasangan anda dan terima kelemahan dia seadanya. Belajar untuk memaafkan pasangan anda. Berbalik kepada sikap tolak ansur, kelebihan dan kelemahan yang ada pada suami isteri akan dapat disingkap secara tidak langsung apabila anda mengamalkan sikap tolak ansur. Apabila anda bersabar, dan mengalah, anda akan mudah berfikir dan menilai kelemahan anda dan pasangan anda. Seterusnya, anda akan mudah untuk memperbaiki kelemahan itu. Sikap tolak ansur mencegah masalah perkahwinan anda.
  6. Sentiasa luangkan masa bersama – sama dengan pasangan anda. Berhenti utamakan kawan – kawan dan urusan tidak penting. Utamakan masa untuk keluarga anda. Berlaku adil lah dalam bersosial. Utamakan sosial terhadap keluarga terlebih dahulu, kemudian barulah orang lain. Sebagai contoh, janganlah membuang masa dengan ‘berFacebook’ dan mengabaikan rumahtangga anda, selesaikan dahulu tanggunjawab utama untuk keluarga barulah anda melakukan perkara yang selainnya. hindari masalah perkahwinan berlaku dari perkara-perkara remeh ini.
  7. Sentasa puji dan beri galakan pada pasangan anda. Apabila dia berbuat sesautu yang baik, anda berikan dia pujian. Jika dia terbuat silap, anda berikan dia galakan dan dorongan untuk mengubah kesilapannya. Sentiasa memberi peringatan lebih baik dari menasihati. Berusahalah untuk meminati perkara yang disukai pasangan anda, kerana dengan ini anda akan mudah memahami perasaan dan tindakannya.
  8. Sentiasa ingat tarikh penting  dalam hubungan anda. Apabila tiba masa bagi peristiwa penting, anda sambutlah ia dengan pasangan anda. Ramai yang cuai dan tidak mengambil kisah tentang tarikh-tarikh penting ini seperti ulang tahun perkahwinan atau hari jadinya. Kadang-kadang, sikap tak acuh ini boleh mendatangkan masalah perkahwinan. Tindakan anda yang sedikit boleh mencetuskan kebahagian dan kegembiraan pada tarikh-tarih ini.isu masalah perkahwinan
  9. Berbuat baik dengan keluarga pasangan anda kerana keluarga selalunya ada pengaruh yang kuat. Hal ini penting bagi menjamin kebahagian kekeluargaan bagi mana – mana pihak berterusan. Kadang-kadang masalah perkahwinan boleh berlaku dari luar dan kebiasaanya juga berpunca dari talian kekeluargaan bagi mana-mana pihak baik suami atau isteri.
  10. Jangan melakukan perkara jahat seperti menerima rahsuah, pinjam dari ceti haram dan sebagainya. Apabila anda melakukan perkara jahat, anda akan rasa tertekan dan pasti ia akan menganggu  kebahagiaan perkahwinan anda. Berbalik kepada tip kedua tadi, sering berlakunya masalah kewangan berpunca dari pinjaman dan penyelewangan melibatkan wang dan akhirnya merebak ke dalam rumahtangga anda. Seriusnya dalam hal ini, sering kali apabila masalah kewangan melanda, suami isteri akan mula membuat pinjaman tanpa memikirkan risikonya. Umpama ‘gali lubang untuk tutup lubang”. Elakan meminjam apabila masalah melanda kecuali pada situasi yang sangat kritikal sahaja dan jangan sesekali meminjam dari ceti haram atau sewaktu dengannya. Hindari masalah perkahwinan anda dari kewangan teruk yang boleh memusnahkan kebahagiaan anda.

“tip mencegah masalah perkahwinan”

Rumahtangga dan cara mengurangkan tekanan apabila menguruskannya





  

Rumahtangga dan tekanan

Tekanan sentiasa menghantui ibu bapa untuk menjalankan tugas mereka dengan baik. Tugas sebagai ibu bapa bukanlah mudah kerana ia penuh dengan tekanan dan kejutan pada setiap hari. Setiap anak mempunyai perangai yang berbeza dan menyebabkan anda pening untuk melayan mereka. Tekanan datang apabila anda rasa putus asa. Jangan putus asa kerana tugas sebagai ibu bapa adalah rahmat yang besar.
Rumahku syurgaku adalah ungkapan yang tepat untuk menggambarkan sumber kebahagiaan adalah datang dari rumahtangga anda sendiri. Jika hubungan antara ahli keluarga adalah bagus, anda pasti akan bahagia. Lagipun menguruskan rumahtangga bukanlah satu beban tetapi adalah tanggungjawab yang penuh dengan kebahagiaan.

Berikut adalah tujuh tip untuk mengurangkan tekanan apabila menguruskan rumahtangga:

rumahtangga
  • Apabila ada antara anak anda buat hal atau buat masalah, cepat – cepat anda selesaikan masalah tersebut. Jika anda biar ia melarat, ia pasti akan menyusahkan anda di kemudian hari dan ketika itu, tekanan anda mungkin bertambah – tambah.
  • Apabila anda rasa tertekan sehingga tidak tertahan, anda ambil langkah selamat dan keluar dari rumah untuk sementara. Anda bawa anak anda keluar dan berjalan  bersama – sama sambil bersiar d taman atau di kawasan perumahan anda. Apabila anda melihat suasana baru, hati anda akan kembali  sejuk dan otak akan jadi waras untuk menjalankan tugas sebagai ibu bapa. Bergaul dengan alam sekitar dan memberikan anda suatu tenaga yang baru dan menyegarkan anda.
  • Jika anak anda sudah cukup besar, anda beri tugasan rumahtangga kepada mereka seperti membersihkan lantai, basuh pinggan, menyapu dan lain-lain. Tugas – tugas yang telah anda agihkan ini boleh mengurankan tekanan anda sebagai ibu bapa sekaligus memupuk semangat kerjasama dalam rumahtangga.
  • Susun jadual hidup anda supaya anda dapat menjalankan urusan rumahtangga dan peribadi dengan tenang. Melalui rekod jadual, anda sentiasa dapat memastikan masa anda digunakan dengan betul sekaligus memberi anda ruang dan masa untuk bersama dengan keluarga pada waktu yang berkualiti.
  • Anggap setiap anak adalah unik dengan perangai masing – masing. Gunakan teknik komunikasi yang berbeza bagi setiap anak memandangkan mereka mempunyai minat yang berlainan. Apabila anda memahami anak anda, anda akan lebih tenang apabila mereka membuat masalah kerana anda tahu bagaimana hendak menyelesaikannya.
  • Sentiasa ada masa untuk diri sendiri. Selepas penat menguruskan rumahtangga, lakukan perkara yang anda suka seperti melayari internet, membaca atau membuat kerja.
  • Sentiasa positif dan sentiasa bersangka baik pada seluruh ahli keluarga. Jika anda umat islam, serikan rumahtangga dengan aktiviti membaca Al-Quran untuk mewujudkan suasana yang tenang.

Empat faktor kebahagiaan rumahtangga





  

Mengecapi kebahagiaan rumahtangga

Dalam hidup berumahtangga ia ibarat mengharungi ombak di lautan yang pada ketikanya tenang dan ada ketikannya ia bergelora. Kerjasama dalam hidup berumahtangga amatlah penting bagi memastikan nahkoda yang dilayari terus kehadapan. Dalam hidup berumahtangga juga amat penting untuk setiap pasangan mengenali diri masing-masing dari masa ke semasa. Manusia mudah berubah mengikut peredaran zaman dan begitu juga pasangan yang berumahtangga haruslah peka pada perekembangan ini.
Jika diamati, faktor kebahagiaan dalam rumahtangga amat mementingkan sinergi antara kedua pasangan. Jika salah satunya menunjukkan tanda kelemahan dan tidak konsisten ia akan melumpuhkan kebahagiaan itu. Ada beberapa faktor yang harus diamati dan dititik beratkan iaitu:
rumahtangga-bahagia
Faktor pertama : Tahap komunikasi dengan pasangan anda
Jika komunikasi antara anda dan pasangan dalam keadaan tidak terurus dan teruk, hubungan rumahtangga anda juga sudah pastinya mungkin terjejas. Untuk mewujudkan rasa bahagia melalui perkahwinan, anda perlu ada komunikasi yang baik dengan pasangan anda. Melalui komunikasi, anda tahu apa yang pasangan anda mahu dan apa yang dia tidak mahu. Kenali pasti bentuk komunikasi anda berdua seiringan dengan topik yang dibincangkan dalam setiap perkara. Melalui komunikasi juga perlu adanya  sifat saling bertolak ansur. Apabila wujudnya perdebatan dalam komunikasi pastikan emosi tidak menguasai diri dan jadikan kesabaran sebagai pengukur dalam komunikasi kerana jika berlakunya komunikasi yang hambar sudah pastinya ia akan memburukkan lagi hubungan rumahtangga.
Faktor kedua ; Adakah anda mempunyai persamaan ?
Lagi banyak persamaan dengan pasangan anda, lagi bahagia rumahtangga anda akan terbina. Ini adalah konsep yang mudah diaplikasikan. Namun, jika tidak banyak persamaan dalam ciri diri masing-masing, anda jangan mudah berputus asa pula. Sebaliknya anda harus sentiasa bersedia untuk menerima perkara yang disukakannya dan dan secara tidak langsung tindakan anda akan memberikan impak kepada dirinya bahawa dia amat dihargai. Lambat laun, keserasian akan wujud walaupun ia mungkin mengambil masa yang lama,bersabar adalah kunci kejayaannya. Untuk dapatkan persefahaman yang jelas dengan pasangan anda, anda boleh latih diri dengan melakukan perkasa bersama secara sepontan setiap masa dalam aktiviti rumahtangga.
Faktor ketiga : Tarikan fizikal
Anda akan tertarik pada pasangan anda melalui hati dan fizikalnya. Jika anda mantapkan fizikal anda, sudah tentu anda berdua akan lebih bahagia. Memang benar kebahagiaan wujud dari dalam hati dan perasaan. Namun rupa bentuk fizikal yang dijaga dan dihargai akan memberikan gambaran yang baik pada diri pasangan anda dan akan lebih membuatkannya mencintai diri anda. Kajian juga mendapati, penampilan yang bersih dan segar pada diri akan mempengaruhi ‘mood’ pasangan untuk mendekati anda. Oleh itu, walaupun anda sudah lanjut usia, usah mengabaikan tanggunjawab ini kerana ia akan mempengaruhi kehidupan rumahtangga anda berdua.
Faktor keempat: Komitmen
Komitmen secara langsung tidak menampakkan anda bahagia tetapi memastikan anda berdua terus bersama. Jika anda berdua komitmen dengan perkahwinan anda, anda berdua akan terus bersama dan itulah kebahagiaan bagi diri anda berdua. Jangan berasa  malas dan lesu untuk memberi komitmen kerana ia akan mempengaruhi rumahtangga anda berdua. Hati manusia mudah terasa dan sensitif dan pengukur tahap komitmen anda pasti dapat dikenalpasti oleh pasangan rumahtangga kerana naluri manusia memang wujud seperti itu. Oleh itu, jangan anda mudah lupa untuk memberikan momentum komitmen yang berterusan kerana ia akan mempengaruhi rumahtangga anda berdua.
Jelas sekali, perkara yang mudah jika dilakukan secara berterusan dan konsisten akan menampakkan hasil yang positif. Kebahagiaan hanya akan boleh dicapai jika anda berdua berkerjasama dan melakukannya seiringan dengan persefahaman.

Friday, 27 January 2012

Anak Sendiri vs Anak Angkat

famili
Sudah lama berkahwin tetapi masih belum ada anak? Penyelesaiannya, ambil sahaja anak angkat. Jawapan yang cukup mudah. Tapi pernahkah anda fikirkan implikasinya? Membawa masuk individu bukan darah daging ke dalam rumah kita sebenarnya tidak semudah yang disangka.

Bagi ramai orang, setiap kali ingin mengambil anak angkat, mereka selalunya berjanji akan menjaga anak angkat tersebut sebaik mungkin. Berusaha memberi kasih sayang yang tidak berbelah bahagi walaupun lahir anak sendiri selepas kehadiran anak angkat.

Hakikatnya, siapa pun anak itu, anak angkat, anak sendiri waima anak saudara, mereka adalah insan sama seperti kita. Berhak untuk dikasihi dan disayangi. Daripada Anas bin Malik bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Tidak beriman seseorang itu melainkan apabila dia kasih kepada saudaranya sebagaimana kasihnya pada dirinya sendiri,” (Riwayat Bukhari dan Muslim). Ya, betul, ibu bapa angkat perlu memberikan kasih sayang dan penjagaan yang sewajarnya kepada anak angkat tersebut termasuklah memberi perhatian kepada keperluan fizikal, emosi dan keselamatan.

Pada masa yang sama, tanggungjawab pendidikan ke atas anak angkat juga tidak boleh diabaikan. Pendidikan yang diberikan mestilah sama seperti mendidik anak sendiri bersesuaian dengan hadis yang bermaksud, “Tidak ada seorang bayi melainkan dilahirkan dalam keadaan suci (fitrah), maka kedua-dua ibu bapanya yang bertanggungjawab menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi,” (Riwayat Bukhari dan Muslim). Jadi, sebagai ibu bapa walaupun bukan ibu bapa sebenar anak tersebut, kitalah yang bertanggung jawab mendidiknya setelah dia sah menjadi anak angkat kita.

Ketahuilah bahawa sebenarnya dalam hal memelihara anak angkat, bab agama paling utama. Islam tidak menggalakkan mengambil anak angkat tanpa sebarang ikatan kerana mereka dianggap sebagai orang asing di dalam rumah. Maka, segala batasan termasuk aurat perlu dijaga dengan sempurna kerana mereka bukan muhrim. Dari segi pembahagian harta pula, Islam telah menetapkan bahawa anak angkat tidak berhak mewarisi harta pusaka. Jika ibu bapa angkat masih ingin memberi mereka harta, hendaklah diberi secara hibah.

Walau bagaimanapun, anak angkat boleh dijadikan mahram dengan cara ibu angkat menyusukan anak tersebut jika anak tersebut diambil sejak lahir. Harus diingat, anak angkat tetap bukan anak kita sekali pun kita sayang sangat padanya. Hukumnya tetap tidak sama dengan anak sendiri. Anak angkat adalah ajnabi (bukan anak sendiri) manakala anak sendiri adalah mahram.

Dalam keadaan tertentu, hukum mengambil anak angkat ini boleh menjadi wajib apabila timbulnya ketakutan anak itu akan jatuh ke tangan orang kafir. Justeru bagi mengelakkan akidah anak itu terpesong, Islam mewajibkan anak berkenaan diambil serta dijadikan anak angkat.

Perkara Yang Perlu Diketahui Jika Mengambil Anak Angkat.
Selidik latar belakang bayi atau kanak-kanak tersebut terlebih dahulu.

Faktor latar belakang ini penting supaya keluarga angkat dapat membuat persediaan mental dan fizikal semasa membesarkan anak tersebut kerana anak tersebut berpotensi mengikut tingkah laku ibu bapa kandungnya.

Beritahu Status Sebenar Anak Seawal Mungkin.
Agar hubungan antara keluarga angkat dengan anak angkat tidak terjejas, seelok-eloknya janganlah berahsia. Beritahu anak angkat siapa dia yang sebenarnya apabila dia sudah boleh faham. Misalnya, ketika dia sudah mula bersekolah. Kebenaran ini perlu diberitahu secara berperingkat-peringkat dengan cara bijak lagi berhemah. Hal ini supaya anak angkat tersebut dapat menilai sendiri kasih sayang yang dicurahkan oleh keluarga angkat kepada dirinya. Selain itu, hal ini juga akan memudahkan urusan perkahwinan (bagi anak angkat perempuan) untuk mencari wali yang sebenar dalam urusan pernikahan apabila tiba masanya kelak.

Bataskan Pergaulan.
Batas pergaulan dan aurat antara keluarga angkat dengan anak angkat perlulah dijaga kerana mereka bukan mahram.

Nafkah Kepada Anak Angkat
Pemberian nafkah kepada anak angkat dan anak sendiri serta keperluan-keperluan lain tetap tertakluk pada ibu bapanya. Tiada perbezaan di antara anak sendiri dan anak angkat. Akan tetapi sekiranya ibu bapa angkat tidak mahu lagi menanggung anak angkat tersebut maka hendaklah menyerahkan semula anak angkat itu kepada ibu bapanya atau warisnya yang sah atau mana-mana individu atau pertubuhan yang bertanggungjawab ke atas anak angkat tersebut.

Tip Goda Suami Dengan Penampilan Menawan


Cara Goda Suami
Bimbang suami memandang wanita lain yang lebih cantik jelita, para isteri sanggup berbuat apa saja untuk menarik perhatian suami kepada diri mereka. Ada yang menghabiskan wang beribu ringgit untuk rawatan kecantikan dan juga pelangsingan badan.
Tak kurang juga yang sanggup mengamalkan ilmu-ilmu tertentu termasuklah yang bertentangan dengan agama untuk memastikan dirinya kelihatan cantik dan menggoda di mata suami.
Hakikat sebenarnya bagi memastikan diri tampil menarik dan berahi di pandangan suami, isteri hanya perlu bermodalkan apa yang ada pada tubuh badan mereka saja. Ini cara yang perlu anda lakukan.
Rambut Terurus
Bermulalah daripada bahagian paling atas tubuh. Rapikan rambut walaupun anda duduk di rumah. Jangan biarkan rambut yang panjang kusut dan menggerbang sebaliknya dandanlah rambut agar menawan.
Selain itu rawat rambut agar sihat, berkilat dan halus. Biarkan rambut yang panjang melurut ke bahu. Melihat rambut yang cantik halus dan berbau harum ada kalanya mampu mengundang nafsu suami.
Bibir Merah Menggoda
Bibir mungil sememangnya tarikan mata lelaki. Namun jika anda tidak memiliki bentuk bibir sebegini, ada cara untuk menjadikan bahagian ini sebagai tarikan suami. Oles gincu merah ketika anda mendampinginya, lebih berkesan jika anda mengenakan gincu di hadapannya kerana ia dilihat seksi oleh lelaki.
Pamerkan Kulit
Pamerkan kulit tubuh anda yang bersih dan putih pada suami. Jika anda tidak memilikinya maka belajarlah mengenakan losen. Dalam pada itu ambil kesempatan menyapu losen ini di hadapan suami. Gerakan anda membelai tangan, badan dan kaki sebenarnya cukup erotis buat suami malah lebih erotis dari menonton adegan cumbu-cumbuan dalam filem.
Bayangan Menggiurkan
Bangunkan suami di pagi hari dengan pandangan yang menggiurkan. Pakailah baju tidur yang jarang dari kain yang lembut halus seperti sutera. Biarkan rambut anda mengurai tapi bukannya menggerbang. Melihat tubuh anda sebegini akan membangkitkan nafsu suami.
Tukar Gaya
Jika selalu anda berbaju T dan berkain batik ketika di rumah, apa kata tukar gaya tersebut. Ketika di rumah bersama suami tak salah kalau anda mengenakan sesuatu yang lebih cantik dan seksi untuk tontonannya. Sekali sekala, kenakan skirt pendek atau baju tanpa lengan yang seksi untuk tatapan suami. Perubahan gaya selalunya akan menyemarakkan keinginan suami apatah lagi jika ia dikenakan di malam hari.
Pelihara Organ Intim
Dalam banyak-banyak bahagian tubuh wanita yang dianggap seksi oleh lelaki, organ kewanitaan adalah bahagian yang paling seksi. Oleh itu para isteri disarankan menjaganya dengan baik. Pastikan vagina bersih, tidak berbau dan terhindar dari sebarang penyakit kelamin. Jangan biar suami mengadu apa-apa perkara tentang organ intim ini.

Saturday, 20 August 2011

kebosanan rumah tangga

Allah SWT telah mensyari’atkan pernikahan. Dan menjadikan sebagian dari tujuannya adalah pemenuhan berbagai keperluan jiwa, fizikal, sosial dan ruhani. Pernikahan adalah sumber penumbuhan kesihatan jiwa dan fizikal dan benteng penjaga berbagai penyakit jiwa, penyimpangan perilaku dan akhlak.
keluarga bahagia 300x207 Rumahtangga, bosan dan futur
Sebuah kewajaran bila kehidupan berumah tangga telah melalui 5 tahun mengalami masa futur, dapat pula kurang dari itu atau lebih. Tidak mengapa pula terjadi masa-masa bosan yang bersifat sementara dan sepintas lalu. Yang penting jangan berkepanjangan, dan jangan sampai menghancurkan kehidupan berumah tangga.
  • Kebosanan Umum: iaitu kebosanan yang terjadi akibat rutin kehidupan sehari-hari

  • Kebosanan Emosional: iaitu hilangnya rasa cinta kasih di antara suami isteri.

  • Kebosanan Seksual: iaitu Menjalankan hubungan seksual seakan-akan merupakan sebuah kewajipan atau tidak ada pembaharuan di dalamnya.

Gejala dan Bahaya
Ada banyak dampak, tanda dan gejala adanya futur dalam kehidupan berumah tangga, di antaranya:
  1. Pengaduan isteri bahawa suaminya tidak memberi perhatian dan berpaling darinya, sering keluar dan begadang di luar rumah, memperlakukannya secara kasar, kering, tanpa penghargaan. Suami juga mengadu bahawa isterinya mengabaikannya dan beralasan kerana faktor anak, banyak meminta anggaran belanja, tidak berhias di hadapannya, dan pengaduan-pengaduan lainnya.

  2. Futur dan rutin dalam berbagai hubungan suami isteri, diantaranya: futur dalam hubungan emosional dan seksual

  3. Antara suami dan isteri merasa ada jarak dan barier psikologi, padahal keduanya hidup satu atap.

  4. Membesar-besarkan berbagai kesalahan, buruk sangka, buruk dalam menafsirkan ucapan dan perbuatan.

  5. Sering terjadi perbezaan pendapat, dan suara meninggi untuk urusan ringan.

  6. GTM (Gerakan Tutup Mulut) di antara suami isteri, minimum atau tidak ada dialog di antara keduanya sama sekali.

  7. Penderitaan pihak wanita lebih banyak, sehingga kita mendapatinya bolak balik ke klinik jiwa yang jarang sekali dimasuki oleh lelaki. Hal ini kerana lelaki mempunyai berbagai cara untuk berekspresi dan mencari hiburan. Berbeza dengan perempuan yang tenggelam dalam masalah dan deritanya. Hal ini melahirkan berbagai rasa sakit, cemas, mengeluh sakit kepala, sakit perut, tidak ceria, tidak mampu lagi menikmati hal-hal yang biasanya dia nikmati.

  8. Demi meringankan rasa bosan atau masalah rumah tangga dan seksual, sebahagian suami atau isteri lari ke cara-cara yang menyimpang, seperti narkotik dengan segala bentuknya, atau menjalin hubungan haram, atau suntuk kepada pekerjaan secara berlebihan.

  9. Sebagian suami mencari isteri kedua, atau ketiga atau keempat. Sebagian lainnya bersabar dan menanggung deritanya. Sebagian isteri bersabar dan mencuba mensiasati urusannya. Sebagian lainnya berusaha mencari kompensasi atas kegalauannya dengan membeli berbagai kebutuhan sekunder, atau menyibukkan diri dengan anak, atau melakukan penyimpangan dalam berbagai bentuk dan tingkatannya.

  10. Keluarga: suami isteri dan anak-anak hidup dalam berbagai perasaan negatif.

  11. Bisa berakibat terjadinya berbagai pengkhianatan suami isteri

  12. Bisa berakibat terjadinya perceraian

Sebab
Sebagaimana futur berakibat pada munculnya gejala atau problem yang lebih besar, futur juga terjadi akibat satu atau beberapa problem yang bertumpuk. Di antara sebab-sebab terjadinya futur dalam kehidupan rumah tangga adalah:
  1. Memasuki kehidupan berumah tangga dengan berbagai prediksi dan obsesi ideal (jauh dari fakta). Bisa jadi suami atau isteri tidak merasakan idealismenya, lalu ia hidup dalam kenyataan yang bisa jadi membuatnya kecewa berat, lalu merasa futur, lalu meyakini bahawa kehidupan rumah tangganya telah gagal, dan bahawasanya solusinya adalah mengakhiri kehidupan rumahtangga tersebut dengan perceraian.

  2. Pengulangan dan rutin harian yang membosankan.

  3. Masing-masing pihak tidak berusaha dengan sungguh-sungguh untuk meningkatkan level kehidupan rumah tangganya ke tingkat yang lebih baik, juga tidak sungguh-sungguh dalam mencari solusi atas setiap problem yang dihadapinya.

  4. Kecurigaan dan kecemburuan secara berlebih dari salah satu suami atau isteri, dan hal ini menanamkan bibit futur dalam hubungan di antara keduanya.

  5. Bisa jadi sebagian penyakit fizikal atau jiwa berakibat munculnya futur dengan segala bentuknya, misalnya: tekanan, cemas dan schizophrenia atau split personality.

  6. Hilangnya cinta kasih diantara suami dan isteri dalam tempo yang lama.

Antisipasi dan Solusi
  1. Penguatan hubungan dengan Allah SWT. Di antaranya, kebersamaan suami isteri dalam berbagai aktiviti; seperti mengkhususkan waktu untuk melakukan wirid harian dalam menghafal Al-Qur’an, membaca istighfar, shalat sunah, bersedekah, umrah dan amal soleh lainnya.

  2. Masing-masing pihak suami dan isteri hendaklah merasa bertanggung jawab atas terjadinya futur di antara keduanya, kerananya, hendaklah masing-masing berperan dalam meng-’ilaj

  3. Pihak isteri peranannya lebih besar dalam hal ini. Hendaklah ia memperbaharui dan mengembangkan cara memperlakukan suaminya, dalam melakukan sentuhan-sentuhan lembut dalam rumah, khususnya kamar tidur, masakan, penataan ruang dan perabot, menerapkan hobi-hobi baru, melakukan berbagai aktiviti keluarga di dalam rumah, refreshing keluarga, membuat berbagai kejutan, memberi hadiah secara periodik. Semua hal ini hendaklah suami juga melakukannya, sesuai dengan bidangnya.

  4. Suami atau isteri hendaklah mengambil inisiatif falam dialog dengan pihak lainnya, memunculkan tema untuk didialogkan. Hal ini membantu suami isteri untuk melalui jurang yang muncul sebelum menganga lebar.

  5. Hendaklah suami isteri saling memahami, bagusnya semenjak awal pernikahan. Caranya, masing-masing berterus terang tentang apa yang disukai dan yang tidak disukai. Bersepakat bahawa masing-masing pihak akan berusaha memenuhi keperluan pihak lainnya, baik psikologi mahupun fizikal, seperti: menghargai, menghormati, saling menerima, khususnya saling menerima fizikal, lalu menerjemahkan kesepakatan ini dalam bentuk perilaku dan ucapan … sepanjang kehidupan suami isteri yang panjang, dengan seijin Allah.

  6. Menghindari rutin dalam hubungan keluarga dan seks di antara suami isteri

  7. Hendaklah masing-masing suami dan isteri  mempelajari kemahiran berinteraksi dengan orang lain

  8. Pengendalian diri saat emosi atau saat terjadi krisis

  9. Kehidupan suami isteri tidak lain adalah partnership dalam pemikiran, emosi dan fizikal, dan semua kesertaan ini menjadikan kehidupan suami isteri memiliki cita rasa yang khas yang menjauhkannya dari hantu kebosanan dan futur.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More