Ada
banyak kebaikan melancong bersama keluarga. Dengan cara melancong bersama
keluarga, secara tidak langsung kita dapat meluangkan masa untuk berkongsi
kegembiraan, berkongsi pengalaman baru dan sekaligus mengenali dan mempelajari kebudayaan
dan cara hidup tentang negeri yang dilawati. Dengan demikian, kita boleh
mengeratkan lagi perhubungan dengan ahli keluarga dan menenangkan fikiran
daripada melakukan aktiviti seharian.
Melancong
bersama keluarga merupakan satu cara kita boleh mengeratkan lagi perhubungan
keluarga. Dengan cara ini ahli keluarga itu boleh mengambil kesempatan ini
untuk berkumpul bersama keluarga. Cara ini bagus untuk ahli keluarga yang
selalu sibuk bekerja dan sibuk dengan aktiviti seharian dan tidak ada masa
untuk bersama keluarga.
Bukan itu
sahaja, semua ahli keluarga boleh mendapat pengalaman baru yang sama seperti
mencuba sesuatu yang tidak boleh atau tidak pernah dilakukan di negeri sendiri. Mendapatkan
pengalaman yang sama secara bersama-sama bermaksud melakukan sesuatu yang sama
secara bersama-sama. Dengan cara ini akan menambah keseronokan dan kegembiran
yang dilalui bersama-sama semasa melancong.
Mereka
juga dapat mengenali atau mempelajari tentang negeri yang dilawati. Jika kita
mempelajari tentang negeri lain dengan lebih mendalam, pengetahuan dan wawasan
kita juga bertambah. Dengan begitu kita juga boleh berkongsi pengalaman dengan orang
yang lain. Kita juga tidak akan ketinggalan jika kawan-kawan atua saudara-mara
berbual-bual tentang negeri itu lebih-lebih lagi keistimewaannya. Kita bukan
sahaja seperti katak dalam tempurung.
Selain
itu, kita boleh merasakan suasana dan permandangan di negeri lain. Kita juga
mendapat merasakan makanan tradisional mereka atau makanan yang digemari ramai.
Bukan itu sahaja kita juga boleh melihat bagaimana adat dan kehidupan mereka
yang mungkin sama atau berlainan dengan dengan cara kehidupan kita. Denga
mengenali kehidupan bangsa lain kita akan dapat memahami mereka walaupun kita
berbeza.
Akhir
sekali, kebaikan melancong bersama keluarga, kita dapat menghilangkan tekanan
dan menenangkan minda kita. Selain itu kita dapat merasakan kegembiraan
bersama-sama keluarga dan mempererat tali silahturahim di antara ahli
keluarga. Dengan demikian terwujud
keluarga yang harmoni dan bahagia.
5 comments:
why cannot copy and paste
Haiya
Do your own work
haiya y dont do urself
LMAO
Post a Comment