Showing posts with label keselamatan keluarga. Show all posts
Showing posts with label keselamatan keluarga. Show all posts

Thursday, 10 May 2012

Tips menjaga keselamatan anak di ruang tamu


Anda mungkin sibuk bekerja di dapur atau melakukan pelbagai kerja rumah yang lain dan sering membiarkan anak bermain sendiri di ruang tamu. Untuk itu, pastikan persekitaran di ruang tamu adalah tempat yang selamat untuk anak anda bermain sendirian. Berikut adalah antara langkah-langkah keselamatan yang boleh diambil:
1. Tutup pind dan kunci ke arah tangga dan hadang dengan pagar. Pastikan pagar teguh dan tidak mudah roboh.
2. Wayar telefon, televisyen dan sebagainya adalah berbahaya. Oleh itu ikat dengan pita pelekat atau getah dan gunakan alat memendekkan wayar bagi mengubahsuai kepanjangan wayar.
3. Terdapat banyak bucu yang tajam di dalam ruang tamu seperti meja dan rak. Bagi menghindarkan anak tercedera disebabkan bucu berkenaan, gunakan penghadang bucu atau apa saja bahan sesuai untuk mengelakkan kecederaan pada kepala, lebam dan benjol
4. Permaidani atau tikar yang tidak melekap pada lantai adalah merbahaya kerana kanak-kanak yang baru berjalan boleh tergelincir dan terjatuh. Letakkan alas getah di bawah permaidani.
5. Jika anak masih kecil, elakkan menggunakan perabot yang berkaca atau mempunyai permukaan kaca. Seandainya ada meja kaca salut bahagian kaca dengan plastik kejap bagi mengelakkan kaca berkenaan pecah dan melukai anak sekiranya berlaku kemalangan.
6. Kunci pintu gelas longsor. Letak pelekat atau tampalan di pintu gelas searas mata kanak-kanak supaya dia tidak berlari menerusi pintu dengan tidak sengaja.


Friday, 27 January 2012

Selamatkan anak-anak dari pornografi



Realitinya hari ini di kalangan anak- anak muda atau remaja dengan mudah melihat dan mengumpul koleksi gambar atau majalah pornografi yang didapati dengan mudah di kedai-kedai atau dari Internet. Bayangkanlah jika hal ini terjadi kepada anak-anak kita. Kita boleh berbeza pendapat mengenai definisi pornografi dan perlu atau tidaknya hal seumpama ini diuruskan oleh undang-undang. Tetapi setidak-tidaknya kita sepakat untuk menyatakan bahawa pornografi itu adalah satu kesalahan dari peraturan Allah SWT.
Dilihat daripada perspektif Islam, jelas sekali pornografi merupakan perbuatan yang bersalahan dengan hukum syariat kerana ia mendorong seseorang lelaki atau perempuan kepada perbuatan yang tidak bermoral. Pengaruh pornorafi yang boleh mengakibatkan berlakunya perbuatan zina cukup besar implikasinya sehingga melahirkan penyakit yang tidak ditemui penyembuhannya iaitu AIDS. Di kalangan sesetengah anak-anak muda kita, kegilaan melihat gambar-gambar pornografi adalah merupakan tanda- tanda awal penyerapan kearah penzinaan. Titik tolak untuk memahami pornografi dalam Islam ialah melalui firman Allah SWT yang bermaksud:
Katakanlah kepada lelaki yang beriman, hendaklah mereka menahan pandangannya dan menjaga kemaluannya. Yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat. Katakanlah pula kepada perempuan yang beriman, hendaklah mereka menahan pandangannya dan menjaga kemaluannya. Dan janganlah mereka menampakan perhiasannya, kecuali yang biasa nampak padanya… (An-Nur: 30-31)
Ayat di atas berbicara dalam konteks pedoman pergaulan antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram, iaitu mereka yang dibolehkan berkahwin. Menarik dikaji bahawa dalam pergaulan antara lelaki dengan perempuan, Tuhan menekankan kepada dua perkara pokok, iaitu menahan pandangan dan menjaga organ seksual. Dalam kaitan dengan pornografi, terlihat bahawa aktiviti pornografi ini sangat berkait erat dengan soal menjaga mata dan memelihara organ seksual.
Melalui firman Allah SWT di atas, jelas bahawa perintah untuk menjaga pandangan dan organ seksual hanya ditujukan kepada kelompok tertentu, iaitu orang-orang yang beriman, tanpa membezakan lelaki dan perempuan, bukan kepada semua manusia, bahkan juga bukan kepada semua yang mengaku Muslim. Mengapa perintah Tuhan itu hanya ditujukan pada orang beriman? Sebabnya, hanya orang beriman sahaja yang mematuhi dan melaksanakan perintah Tuhan.
Perintah itu tidak ditujukan kepada mereka yang tidak beriman kerana ia adalah sia-sia sahaja. Mereka pasti tidak akan mematuhinya. Kepatuhan seseorang kepada Tuhan adalah kerana dia beriman kepada-Nya, demikian sebaliknya, kerana itu perintah dan larangan Tuhan hanya ditujukan kepada hamba- Nya yang beriman, bukan kepada selainnya. Dalam konteks ini, kita perlu melakukan introspeksi (proses penilaian) diri apakah kita masih tergolong sebagai orang beriman atau bukan. Sebab yang tahu hanya diri kita sendiri dan Tuhan sahaja.
Apa yang lebih penting pada ketika ini kita harus bahu membahu untuk menyelamatkan anak-anak muda dari terus terjerumus dalam kancah kegilaan pornografi ini.Usaha untuk mencegah merebaknya pengaruh pornografi dari perspektif agama haruslah bermula daripada keluarga. Bukan hal yang kebetulan jika dalam al-Quran ditemukan sekitar 70 ayat yang berbicara mengenai pentingnya institusi keluarga. Keluarga harus menjadi tonggak awal dalam membangun masyarakat dan selanjutnya bangsa yang bermoral.
Nilai-nilai moral yang sangat ditekankan dalam setiap agama harus dimulai pelaksanaannya dalam kehidupan berkeluarga. Keluarga adalah unit terkecil dalam masyarakat yang memiliki banyak fungsi, dan di antara fungsinya yang sangat strategik adalah fungsi pendidikan dan agama. Pendidikan agama harus dimulai daripada keluarga. Pendidikan agama di luar keluarga hanya bersifat pelengkap kepada nilai-nilai yang sudah ditanamkan di dalam sesebuah keluarga.
Pendidikan agama
Perlu ditegaskan di sini bahawa pendidikan agama yang hendak ditanamkan kepada anak-anak sejak awal adalah pendidikan agama yang mengajarkan nilai-nilai kemanusiaan sehingga mereka terdorong menjadi manusia yang bertanggungjawab dan berguna. Bukankah ada hadis Nabi SAW yang bermaksud: “Sebaik-baik manusia adalah yang paling berguna bagi sesamanya.”
Daripada hadis tersebut difahami bahawa sejahat-jahat manusia adalah yang mengeksploitasi sesamanya. Oleh yang demikian itu, apa yang dituntut bukanlah pendidikan agama yang hanya menekankan pada hal-hal yang bersifat peraturan formal semata-mata, sebaliknya pendidikan agama yang menekankan tiga aspek penting dalam diri manusia, iaitu aspek pemikiran, jiwa dan minda sehingga dapat membangun moral yang kukuh dalam diri seseorang.
Tujuan akhir daripada semua ajaran Islam sesungguhnya adalah menjadikan manusia itu berakhlak karimah atau berbudi luhur sebagaimana dalam hadis Rasulullah SAW yang bermaksud: “Aku diutus semata-mata untuk menyempurnakan akhlak mulia.”
Impak kepada kehidupan beragama seseorang itu adalah menjadi manusia yang berakhlak mulia. Salah satu penunjuk utama daripada akhlak mulia adalah menjauhi perbuatan, perkataan dan perilaku yang keji serta kotor termasuklah bahan-bahan pornografi. Bahkan, salah satu ciri orang yang beriman adalah mampu mengawal syahwat seperti yang dinyatakan dalam surah Al-Mukmin ayat 5. Justeru, pengurusan syahwat atau nafsu itu penting bahkan mungkin juga lebih penting daripada pengurusan hati.
Dalam rangka melaksanakan tugas sebagai khalifah, manusia harus menjaga kesucian diri dan keturunan termasuk memelihara diri daripada mendekati bahaya zina seperti pornografi sendiri. Zina adalah perbuatan paling keji dan jalan yang sesat (Al-Isra’, ayat 32).
Zina memberikan kesan yang sangat buruk bukan hanya kepada si pelaku itu sendiri juga kepada anak-anak yang lahir akibat perbuatan zina itu. Dalam konteks zina, ajaran Islam menekankan unsur-unsur pencegahan. Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang amat buruk.” (Al- Isra’: 32)
Sebahagian ulama menjelaskan bahawa yang dimaksudkan dengan mendekati zina salah satunya adalah dengan melihat bahan-bahan pornografi (mempertontonkan gambar-gambar bahagian tubuh yang membangkitkan nafsu berahi) baik secara langsung ataupun tidak. Ini bermakna, semua perbuatan keji yang boleh membawa kepada zina adalah haram sebagaimana haramnya zina itu sendiri. Sehubungan ini Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Umatku masih dalam keadaan baik selagi perbuatan zina tidak melanda mereka. Apabila perbuatan zina sudah merajalela di antara mereka, Allah akan menurunkan seksa-Nya kepada mereka semua (Hadis Riwayat Ahmad).

Wednesday, 4 January 2012

Tips Elak Kecurian Harta Benda dan Keselamatan Keluarga



Credits to : Ct Nafisa Facebook (sekiranya dia bukan pemilik asal maaf)

Banyak kes pecah rumah dan ada ahli keluarga dibunuh atau dirogol oleh perompak. Muhasabahkan diri kita. Adakah kita pernah mengabaikan tanggungjawab sebagai ketua dalam keluarga menentukan anak-anak dan isteri kita selamat ketika tidur waktu malam hari? Adakah kita pernah memagar rumah kita secara fisikal dan dipagari dengan pendinding ayat Al-Quran.

Sambung baca lagi dibawah yer..


Rumah yang dipagar dengan keluli atau mangga solex, sekiranya perompak menggunakan ilmu sihir boleh membuka semua kunci. Kerana ilmu sihir itu kerja iblis dan syaitan. Terutama perompak dari Indonesia yang mahir menggunakan ilmu sihir memukau dan pembuka kunci. Hanya dengan menepok mangga ia terbuka tanpa kunci. Jadi mari kita pagar rumah kita dengan ayat suci Al-Quran dan baca tip pencegahan ini.

Tips menghalang kecurian.
  1. Jangan biarkan anak-anak tidur di ruang tamu seorang diri (Mereka mungkin menggunakan anak sebagai tebusan).
  2. Kunci atau sorokkan semua pisau-pisau yang terdapat di dapur sebelum tidur (Kesemua kes kecurian di dapati pisau hilang dan menurut polis mereka akan mencari pisau dahulu sebelum mencuri bertujuan untuk melindungi diri mereka).
  3. Sekiranya terdengar/terlihat paip air di luar rumah terbuka pada tengah malam (pukul 12:00 ke atas), jangan keluar rumah untuk menutup paip tersebut kerana ini adalah taktik terbaru mereka di mana mereka telah menunggu diluar pintu rumah untuk masuk (Kes terbaru berlaku di Dungun dan Petaling Jaya).
  4. Beritahu anak-anak sekiranya hendak ke tandas (jika tandas jauh) di waktu tengah malam, kejutkan ibubapa untuk bersama mereka.
  5. Jangan simpan barang-barang kemas di dalam almari baju (Cara lama ...).
  6. Bawa alarm kereta bersama semasa tidur, in case terjaga tengah malam, cuba on and off kan balik untuk menakutkan pencuri (Menandakan kita sentiasa alert).
  7. Tekan button merah alarm kereta anda jika anda suspect pencuri sudah masuk ke dalam rumah.
  8. Sekiranya terlihat orang-orang yang agak aneh dan asing di kawasan rumah anda, sila dapatkan plet no motor/kereta mereka (Selalunya naik motor dan mereka ni biasanya berdua, setiap kali kita lalu depan mereka, mereka akan menundukkan kepala).
  9. Pesan kepada jiran, sekiranya ada sesiapa yang datang ke rumah kita dan mengaku saudara kita bertujuan untuk mengambil barang-barang, jangan benarkan, beri nombor telefor pejabat anda kepada jiran supaya mereka boleh double check dengan kita.
  10. Semasa tidur, pastikan handphone anda berada di sisi atau pastikan juga Cordless Phone anda berada di sisi anda ataupun sambungkan satu extension dalam bilek tidur anda. Ini memudahkan anda membuat panggilan kecemasan sekiranya anda terasa kehadiran pencuri di dalam rumah anda.
  11. Adakan senarai nombor telefon kecemasan seperti polis kawasan anda, bomba kawasan anda, 999 atau sebagainya. Pastikan nombor-nombor ini disimpan dalam handphone anda. Kalau boleh, hafalkan nombor tersebut. Ini memudahkan anda membuat panggilan telefon.
  12. Kalau berkemampuan, pasangkan alat pengesan kecurian di rumah atau automatik alarm.
  13. Lampu porch & lampu belakang rumah sepatutnya terpasang secara automatik bila malam, baik semasa kita ada di rumah atau pergi bercuti.
  14. Kalau cuti lama, pesan jiran kutip surat-surat dalam peti surat. Peti surat yang penuh membantu pencuri menghidu ketiadaan tuan rumah.
  15. Kalau kawasan anda kerap berlaku kecurian, buat permohonan rasmi dari Balai Polis berdekatan supaya ada anggota polis buat rondaan yang kerap di kawasan anda.
  16. Kereta Proton adalah paling mudah dicuri. Kalau kereta anda brand new, sekurang-kurangnya anda perlu lock gear & steering sebelum tidur (Sebenarnya masih boleh dicuri, tetapi akan berjaya melambatkan pencuri).
  17. Kalau ada anak-anak perempuan, sebaik-baiknya pintu biliknya dikunci dari dalam (Sebab ada pencuri yg mengambil kesempatan seksual) dan anda perlu ada kunci pendua in case berlaku kebakaran.
  18. Sekurang-kurangnya simpan kayu hoki atau baseball di bawah katil anda buat mempertahankan diri dari pencuri yang ganas.
  19. Jangan letak kunci bawah pasu bunga/mail box/alang pintu/tepi tingkap bila keluar (Pencuri dah lama tau taktik ni...). Lebih selamat beri pada jiran yang kita kenal rapat.
  20. Kalau sewa rumah baru pastikan anda tukar padlock baru, mana tau bekas-bekas penyewa lama simpan kunci pendua.
  21. Kurangkan pendedahan dan pergaulan anda dengan pekerja asing.
  22. Pastikan keadaan selamat sebelum buka pintu rumah (Tak kira siang atau malam, terutamanya balik lepas 11:00lam).
Tips yang dikongsi ini Lanun dapat di facebook jadi Lanun kongsikan di blog Lanunsepet nih. Lanun nak terimakasih kepada penulis asal kerana menulis satu artikel yang cukup baik, Terimakasih banyak banyak. Mohon ampun dan izin menampalnya di Blog Lanun ini.

"Ya Allah lindungilah harta benda kami dan keluarga kami dari makhluk yang berniat jahat terhadap kami, Kami berlindung hanya pada Mu Ya Allah"

DNA selamatkan kanak-kanak diperdagang


KANAK-KANAK merupakan harta yang tidak ternilai harganya. namun masih ada sesetengah manusia berhati binatang, sanggup meletakkan harga ke atas mereka yang tidak berdosa itu.
Mereka disuruh memegang senjata untuk membunuh orang lain, dipaksa menjual tubuh di lorong-lorong gelap, bekerja tanpa mengenal erti penat lelah di kilang serta ladang - dalam erti kata lain, menjadi hamba pada zaman yang serba moden ini.
Persoalannya, bagaimana untuk menghentikan perhambaan zaman moden kanak-kanak ini dan seterusnya memastikan manusia berhati binatang yang menganiaya mereka itu dibawa ke muka pengadilan?
"Sungguh pun mereka ini bukan anak kandung kita, sanggupkah kita melihat mereka diperlakukan sedemikian?" soal Dr. Jose A. Lorente, Pengarah Makmal Pengenalan Genetic, University of Granada di Sepanyol.
Dr. Lorente ditemubual Bernama selepas bengkel DNA-Prokids: The Use of DNA to Fight Human Trafficking (Penggunaaan DNA Untuk Membanteras Pemerdagangan Manusia) di sini, satu program yang diasaskan olehnya pada tahun 2004 untuk membanteras pemerdagangan kanak-kanak.
Apa yang menarik tentang program itu ialah penggunaan DNA dalam menyelamatkan" hati-hati yang tidak berdosa" itu.
DNA penyumbang kasih keluarga
"Bagi manusia, DNA memang sesuatu yang istimewa. Semua ahli sesebuah keluarga berkongsi DNA serupa. DNA kita serupa dengan DNA anak-anak dan ibu bapa kita.
"Begitu indah ciptaan rangkaian DNA ini sehinggakan membolehkan kita mengesan balik keluarga dan asal-usul keturunan kita. Jadi, inilah asas kepada program kami yang dinamakan DNA-Prokids," katanya.
Dalam merealisasikan matlamat memerangi pemerdagangan kanak-kanak, DNA-Prokids mengumpul DNA daripada dua kumpulan iaitu DNA daripada kumpulan kanak-kanak dan DNA daripada kumpulan yang kehilangan anggota keluarga mereka.
Menurut Dr. Lorente, DNA kumpulan kanak-kanak itu diambil daripada kanak-kanak yang ditemui tinggal di jalanan, rumah perlindungan, rumah anak yatim dan pusat pengambilan anak angkat yang ditubuhkan secara haram.
"Jadi, kami lakukan padanan silang antara dua kumpulan DNA. Jika kami jumpa padanan, kami akan hubungi pihak berkuasa serta-merta untuk menghubungkan semula kanak-kanak itu dengan keluarga mereka," katanya.
DNA-Prokids juga mampu memberikan satu alat bagi pihak berkuasa membanteras aktiviti pemerdagangan kanak-kanak serta membawa mereka yang terlibat ke muka pengadilan.
"Kami sudah punyai semua teknologi yang diperlukan untuk menjayakannya.
Persoalannya, bagaimanakah cara untuk menggalakkan semua negara di dunia untuk turut terlibat dalam mencipta satu pangkalan data DNA yang besar?" katanya.
Dr. Lorente berkata masalah utama yang dihadapi DNA Prokids dalam membangunkan sebuah pangkalan data DNA seluruh dunia ialah kerahsiaan maklumat terhadap identiti pemilik DNA itu.
Sudah tentu setiap negara di dunia ini tidak mahu memberikan apa-apa maklumat berbentuk identiti rakyatnya kepada agensi asing seperti DNA-Prokids, apatah lagi maklumat identiti daripada DNA.
"Untuk mengatasi masalah ini, kami telah menyediakan dua set pangkalan data DNA. Satu disimpan oleh negara asal, di mana ia mengandungi semua maklumat identiti seperti nama, gambar dan kod DNA.
"Set kedua dipegang DNA-Prokids. Ia merupakan pangkalan data sedunia yang hanya mengandungi kod DNA dan nombor rujukan. Tiada maklumat pengenalan," katanya.
Padanan DNA akan dilakukan pada pangkalan data DNA-Prokids itu yang mengandungi dua kumpulan DNA iaitu kanak-kanak dan ibu bapa. Apabila padanan ditemui, DNA-Prokids akan memberitahu negara terlibat bagi negara itu mengambil tindakan selanjutnya.
Menurut Dr. Lorente sejak program DNA-Prokids memulakan program perintis pengumpulan DNA pada 2006 di Guatemala, program itu berjaya menemui 480 padanan dan berjaya mengelakkan sebanyak 220 pengambilan anak angkat secara haram.
"Antara pencapaian kami yang paling membanggakan adalah di Haiti, tahun lepas. Selepas gempa bumi, 25 kanak-kanak Haiti diculik ke Bolivia.
"Melalui program DNA-Prokids, kami berupaya menemui semula 13 daripada mereka yang dilaporkan hilang oleh ibu bapa mereka di Haiti.
"Pihak berkuasa di Bolivia dan Haiti berjaya menghalang pemerdagangan kanak-kanak ini menggunakan DNA-Prokids, dan akhirnya dalang di sebalik penculikan itu berjaya diberkas hasil bukti yang disediakan oleh DNA-Prokids," kata Dr. Lorente.
DNA seluruh dunia
"Kini terdapat 2,700 DNA dalam pangkalan data kami, dan kami perlu menyelamatkan lagi ramai kanak-kanak," kata Prof Dr. Arthur J. Eisenberg, Pengerusi Jabatan Forensik dan Penyiasatan Genetik dari University of North Texas, Amerika Syarikat.
Dr Eisenberg yang merupakan seorang daripada saintis utama DNA-Prokids berkata program itu akan membantu negara yang menyertainya mengumpul dan menganalisis DNA yang diperlukan.
"Ini hanya boleh dibuat dengan menghantar sampel DNA kepada DNA-Prokids.
Kami akan melakukan ujian dan menghantar balik data DNA itu kepada negara asal.
Bagi negara yang mempunyai kemudahan ujian DNA, kami akan mencari cara untuk berkongsi pangkalan data DNA bersama-sama.
"Kami juga menyediakan kit pengumpulan DNA secara percuma ke negara itu.
Perkongsian maklumat ini tidak akan membahayakan kerahsiaan genetik peribadi kerana hanya bentuk pengenalan bernombor akan digunakan," katanya.
Mengulas mengenai cadangan mengembangkan pangkalan data DNA-Prokids dengan perkongsian kod DNA daripada projek pengumpulan data penduduk dunia lain, Dr. Eisenberg berkata ia mustahil untuk dilakukan.
"DNA yang kami kumpul diberi secara sukarela, jadi kami hanya dapat menggunakannya untuk membanteras pemerdagangan kanak-kanak. Lagipun, data DNA lain tidak sesuai kerana berlainan jenis dan teknologi," katanya. - BERNAMA

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More