Saturday 24 March 2012

Apa dia seluar jeans dan cara pemakaiannya ?


IN: INFO
6Jul2010
Number of View: 2834
Mungkin anda juga seperti kebanyakan lelaki lain iaitu mempunyai beberapa helai jeans di dalam almari. Sudah tentunya jeans itu menjadi pakaian harian mahupun hujung minggu yang paling selesa. Biarpun anda menyukai jeans tersebut, namun mungkin anda pernah menghadapi masalah tidak tahu bila untuk memakainya dan apa padanan sesuai untuk digayakan. Teruskan membaca, ketahui beberapa panduan untuk menggayakan jeans kesayangan anda mengikut acara atau agenda sesuai.
1. Semua jeans tidak direka sama. Ada jeans yang direka sangat kasual dan ada yang sesuai untuk gaya smart casual. Oleh itu, pastikan anda mempunyai kedua-dua jenis jeans ini di dalam almari pakaian. Jeans kasual lebih pudar, berkedut dan mungkin juga sedikit koyak. Manakala jeans berwarna gelap dengan potongan yang kemas lebih sesuai untuk acara yang semi formal.
2. Ingat! Sehelai jeans tidak akan menyerlah tanpa padanan yang sesuai. Apa yang anda suaipadankan dengan jeans akan menonjolkan diri ataupun menjadikan anda kelihatan terlalu kasual. Padanan jeans dengan kemeja button-down jenis slim fit membuatkan anda menyerlah dan sesuai untuk temujanji kasual. Sesuai juga untuk ke pejabat jika anda bekerja di bidang kreatif dan pada sebelah malamnya, gayakan dengan jaket kasual.
3. Gayakan jeans rona gelap anda dengan blazer. Ini akan menonjolkan diri dengan gaya yang lebih kemas dan anda kelihatan sangat moden apabila digayakan dengan sepasang kasut sesuai.

Pernyataan fesyen rambut kaum Adam




SEMAKIN berusia seorang lelaki itu, semakin mereka memandang ringan kepentingan penjagaan rambut. Jadi, bukan hal yang mengejutkan apabila rata-rata lelaki mula botak menjangkau usia 30 tahun. Penjagaan dan penggayaan rambut amat penting buat lelaki. Walaupun majoriti lelaki berambut pendek, tidak bermakna rambut tidak memerlukan perhatian khusus.
Penggaya rambut profesional, Halimi Hamdan, 26, menyarankan agar lelaki berkunjung ke salon tiga minggu sekali ataupun paling lewat sebulan sekali.
“Ia sebenarnya terpulang kepada individu tersebut. Mereka yang mahu mengekalkan gaya rambut sedia ada perlu datang dalam tempoh tiga minggu sekali bagi memastikan bentuk potongan itu masih ada. Jika lebih daripada itu, kita khuatir bentuk potongan itu hilang dan menyukarkan pekerja di salon menghasilkan kembali gaya asal.
“Bagi lelaki yang mahu mencuba gaya baharu, bolehlah menyimpan rambut lebih panjang berbanding biasa bagi memudahkan penghasilan stail rambut yang diingini.
“Tetapi pastikan juga rambut yang disimpan itu kemas dan sebaik-baiknya, kemaskan rambut pada bahagian tepi telinga (sideburn) bagi mengelakkan penampilan tampak tidak terurus,” jelas Halimi yang lebih dikenali dengan panggilan Chez.
Selain merapikan potongan rambut, lelaki juga perlu celik tentang jenis-jenis produk rambut yang sesuai mengikut tekstur rambut mereka agar penampilan kekal kacak dan menarik.
Menurut Chez, lelaki sekarang disarankan menggunakan wax kerana ia membuatkan rambut kelihatan terurus secara semula jadi, senang digayakan dan mudah dibilas kerana ia tidak menyentuh kulit kepala.

CHEZ (depan) bersama tiga model yang menerima khidmat nasihatnya dalam menata gaya rias diri yang baharu.


“Lelaki perlu mengikut kesesuaian jenis rambut mereka. Bagi yang memiliki rambut kerinting, kusam dan kering, lebih sesuai menggunakan gel atau penyembur berbuih (liquid foam) agar rambut berkilat dan nampak bermaya.
“Mereka yang berambut normal pula sesuai memakai wax, namun kesemua lelaki boleh memakai krim rambut biasa untuk ke pejabat kerana ia menonjolkan gaya neutral, tidak terlalu basah ataupun kering,” tambah Chez yang sudah berkecimpung selama tujuh tahun dalam dunia penggayaan rambut.
Warna rambut
Bosan dengan warna asal rambut anda? Usah gementar tampil berbeza daripada biasa. Tidak salah bagi lelaki mewarnakan rambut mereka agar kelihatan bergaya, tetapi pastikan warna yang dipilih berpadanan dengan warna kulit.
Seperti yang dijelaskan Chez, pemilihan warna rambut perlu disesuaikan mengikut ton kulit, trend semasa, profesion dan kawasan seseorang itu tinggal.

PEMILIHAN warna rambut yang betul adalah penting untuk memastikan penampilan anda tampak menyerlah.


“Kesemua aspek tersebut perlu diambil kira sebelum mengambil keputusan untuk mewarnakan rambut. Paling penting anda perlu menyesuaikan warna dengan ton kulit.
“Lelaki berkulit cerah dalam konteks kulit Asia sesuai menggayakan rambut berwarna emas terang ataupun coklat sederhana (medium brown).
“Mereka yang berkulit gelap boleh memilih warna merah gelap, ungu gelap, coklat gelap ataupun perang gelap. Elakkan warna perang terang kerana ia agak melampau untuk digayakan lelaki Asia.
“Walaupun ada sesetengah lelaki Asia berkulit cerah, mereka tetap tampak ganjil dengan rambut perang terang, seperti ada yang tidak kena dengan warna tersebut,” terang Chez lagi.

Seluar Mempengaruhi Gaya Penampilan lelaki??

Semalam saja-saja aku temankan member aku pergi cari seluar jeans..yela kan.dah nak raya ni,mesti dah mula cari baju raya..seluar raya ..ye dak?
Semua benda nak raya je..memang demam raya betol lah..dan satu perkara pelik berlaku iaitu size seluar aku berubah…OMG!..OMG!.hehehe
Berubah kearah makin mengecil atau makin membesar rasanya tak payah bagitahula,tapi yang pasti aku kena banyakan senaman lepas ni..atau mungkin diet?..bulan puasa memang aku diet pun,sebelah siang jela..
Nak taip apa pun aku dah tak tahu dah,tapi sajalah aku nak share sikit pasal lelaki ni…”pasal apa plak ko nak share ni?”..ada perempuan cun tanya.,..
Yela,dah nama pun aku cakap aku teman member aku beli seluar,mestilah nak share pasal seluar..jom-jom,benda ni penting agaknya untuk kaum wanita nak tahu lelaki tu jenis macam mana..kita tengok pada seluar dia..laaayaan…
Seluar Baggy
Lelaki yang meminati gaya seluar ini agak keperempuanan, mengikuti perkembangan semasa, lembab kerana ragu2 dalam mengambil keputusan, lemah lembut.
Seluar Gantung / Hanger
Lelaki yang sering menggayakan fesyen seluar gantung adalah lelaki yg misteri, seleranya sukar diramal serta serba rahsia.
Seluar Jeans
Lelaki yang menggemari seluar jeans adalah seorang yang optimis & tenang, gaya tersendiri, amat mengasihi org yang disayangi, sanggup berkorban apa saja tapi sering tersilap mengambil keputusan.
Seluar Warna Terang
Lelaki yang lebih suka memakai seluar yang berwarna terang dikatakan tegas, luas pandangan dan berfikiran matang bila selesaikan masalah.
Seluar Ketat
Lelaki yang menyukai seluar ketat dikaitkan sebagai suka mencari perhatian, ego tinggi tapi baik.

6 Ciri Lelaki Yang Mampu Memikat Hati Wanita


 
Ketampanan atau kehenseman seorang lelaki itu bukan lah semata-mata yang dicari oleh wanita. Banyak lagi perkara-perkara lain selain tampan yang perlu ada pada seseorang lelaki untuk menarik hati wanita. Antaranya,
1) Kebersihan diri perlulah di jaga
Walaupun anda dilahirkan dengan wajah yang tampan tetapi anda tidak tahu menjaga kebersihan seperti contoh baju kotor, seluar kotor, rambut tak pernah syampu, selekeh, busuk dan lain lain lagi, walau anda setampan Brad Pitt sekalipun anda tidak akan dipandang oleh wanita.
2) Mempunyai gaya tersendiri
Anda tidak perlu meniru gaya Beckham, Tom Cruise mahupun Anuar Zain untuk bergaya. Percaya dengan gaya anda. Pasti akan ada yang suka jika kita tidak meniru gaya orang lain. Bagi yang bermisai dan janggut tu bawa-bawa la trim yer. Jangan sampai ada kutu pulak dalam janggut.
3) Ada sikap lucu dalam diri
Lelaki yang lucu selalunya akan diminati ramai wanita kerana wanita tidak akan bosan apabila bersama mereka. Kadang-kadang, wanita ini sudah cukup masalah, so lelaki lah menjadi tempat mereka untuk release tension.

4) Bersikap prihatin
Disamping lawak, anda perlu juga prihatin atau mengambil berat kepada wanita. Wanita adalah golongan yang lemah. Tak perlu beria-ia untuk menunjukkan prihatin anda. Cukup lah dengan membawa barang-barang jika membeli belah, mengambil makanan untuk mereka, buka pintu kereta untuk mereka, memimpin tangan mereka ketika melintas jalan dan lain-lain lagi. Bagi wanita mereka sudah terasa terharu jika anda menunjukkan sifat gentleman tersebut.
5) Selalu senyum
Senyuman adalah ‘make up’ terbaik bagi seseorang lelaki. Sejuk je setiap mata wanita yang memandang. Walaupun tak tampan tetapi anda akan kelihatan manis jika senyum. Senyum itu sedekah kan. Wanita pun lebih berani mendekati anda dari yang hensem tapi muka nak masam jer 24jam.
6) Bersikap ‘cool’
Lelaki yang cool ataupun tenang ini juga antara salah satu sifat yang disukai wanita. Tenang melambangkan matang. Jangan sampai perempuan pula yang tenang tetapi anda yang teruk menggelabah. Lelaki yang cool adalah lelaki yang dapat menghadapi segala masalah dengan tenang dan menyelesaikannya perlahan-lahan tanpa perasaan kelam kabut.

Gaya & selesa tanpa banyak belanja


RAMAI di kalangan kaum Adam yang menganggap pakaian yang direka khas pereka fesyen dan pakaian berjenama akan menampakkan gaya yang lebih menarik.
Tidak juga.
Selepas melungsuri banyak laman fesyen, dapat juga dirumuskan bahawa fesyen pakaian yang direka khas – dengan harga yang tinggi – tidak semestinya yang paling sesuai atau selesa dipakai. Di bawah ini disediakan beberapa tip fesyen yang praktikal, tetapi tidak semestinya memerlukan banyak belanja.
1) Selesa dipakai:
Perubahan paling dramatik yang boleh dibuat dalam gaya seseorang ialah memastikan semuanya selesa dipakai.
Ramai lelaki memakai pakaian yang terlalu besar. Pastikan anda mengenakan pakaian yang hampir menunjukkan bentuk tubuh, tetapi tidak terlalu ketat.
2) Biar simple:
Anda ingin almari anda kelihatan bergaya dengan fesyen menarik tetapi jangan keterlaluan. Contohnya, jangan gunakan pakaian yang mempunyai lebih daripada tiga jenis warna. Jangan gunakan pakaian seperti seorang bintang rok, melainkan anda anggota sebuah band rok. Jika ingin kelihatan bergaya, anda boleh mengenakan kemeja jalur hitam dengan jaket putih, sepasang seluar jeans berwarna gelap, tali pinggang putih, dan kasut kegemaran anda. Mungkin juga jam yang bergaya dapat ‘menyerikan’ keseluruhan keterampilan anda.

3) Ubah sikap anda terhadap kasual:
Kasual tidak semestinya membosankan. Anda boleh mengenakan kemeja berkolar, atau mungkin dapatkan sedikit inspirasi daripada mereka yang mempunyai tanggapan berlainan mengenai kasual.
4) Beri perhatian terhadap keperluan lain:
Contohnya baju kemeja. Ada yang agak ‘langsing’ tetapi ada juga yang terlalu besar. Sebaik-baiknya apa yang dikenakan pada bahagian atas tubuh perlu disesuaikan dengan seluar. Sekiranya anda mengenakan baju kemeja yang besar, pastikan anda mengenakan seluar yang kelihatan agak lasak. Jangan pakai baju yang terlalu besar dengan seluar ‘abang ofis’. Sebaliknya kenakan baju yang tidak kasual itu dengan seluar jenis kargo atau jeans.

5) Jangan percaya sepenuhnya pandangan penjual:
Anda tidak boleh mempercayai seseorang penjual 100 peratus. Sebabnya sebahagian mereka bergantung kepada komisen – lebih banyak pelanggan yang beli, lebih banyak komisen diterima mereka.

6) Pastikan anda setapak lebih atas daripada yang lain:
Kadangkala, lebih baik juga mengenakan pakaian yang agak keterlaluan. Sebenarnya apa yang perlu dipertimbangkan ialah ke mana dan dengan siapa anda akan bersama. Tetapi jangan pula kenakan pakaian yang kelihatan lebih bergaya daripada bos anda.

7) Jangan pandang rendah pada ciri-ciri tertentu:
Perkara terakhir yang biasa difikirkan biasanya perkara pertama yang dikesan seorang kaum Hawa. Justeru adalah lebih baik jika anda beri perhatian pada ciri-ciri lebih kecil – termasuk anak tudung, poket berbentuk empat segi, dan cara tali leher diikat.

8) Beli sepasang kasut yang baik:
Kasut merupakan pakaian utama yang diberi perhatian kaum Hawa terhadap kaum Adam, terutamanya kebersihan pada kasut yang dipakai itu. Mencuci dan menyeterika pakaian adalah mudah. Namun ramai kaum Adam mengabaikan kebersihan kasut mereka sehingga kelihatan berkeladak.

9) Kemeja ‘T’ berlogo:
Apabila anda memakai kemeja ‘T’ berlogo besar, anda mengambil ‘risiko’ besar. Anda kelihatan seperti papan iklan besar bergerak!

10) Usah beri perhatian pada trend:
Anda tidak sepatutnya memakai sesuatu pakaian semata-mata kerana trend. Kadangkala lebih elok dan sesuai bagi seorang Adam mengenakan pakaiannya tersendiri – yang mungkin lebih menjimatkan.

Lelaki… awas 5 petunjuk ini!



Dalam masyarakat yang semakin obses dengan kesihatan, adalah mustahil untuk melepaskan diri daripada memperkatakan tentang kisah-kisah pahit dan manis berkaitan kesihatan. Daripada pandemik kepada simptom-simptom penyakit yang menggerunkan, berita-berita mengenai penyakit selalunya diiringi dengan elemen takut dan bimbang.

Hakikatnya penyakit tidak mengenal usia, bangsa, agama mahu pun jantina. Apa yang boleh dilakukan adalah mencegah dan kemudiannya jika tidak berkesan merawat. Bagi lelaki, kesihatan mungkin bukan topik yang digemari. Namun tidak bermakna soal kesihatan dipandang ringan.
Mungkin ada perkara-perkara kecil yang mesti diberi perhatian oleh kaum lelaki untuk menentukan sama anda boleh dikategorikan sebagai lelaki sihat.
Berikut lima tanda atau petunjuk taraf kesihatan lelaki.
1. Kuku yang kuat dan berwarna merah jambu.
Penjagaan kuku mungkin tidak tersenarai sebagai perkara penting dalam diari kesihatan kaum lelaki. Tetapi percayalah kuku boleh mendedahkan banyak mengenai kesihatan seseorang. Secara umumnya, kuku individu yang sihat berwarna merah jambu, kukuh tetapi lembut. Sedikit perubahan pada kuku seperti tompok putih dan permukaan yang sedikit tidak rata adalah perkara biasa, namun sebarang perubahan besar mesti diberi perhatian.
Kuku yang tebal dan berwarna kekuningan mungkin isyarat bagi penyakit berkaitan pernafasan seperti bronkitis yang kronik. Kesan lekuk melintangi kuku yang dikenali sebagai garisan Beau pula tidak mustahil membawa maksud individu berkenaan mengidap diabetes. Kuku yang berbentuk seperti sudu yang melengkung keluar mungkin menunjukkan masalah kekurangan zat besi. Biar pun perubahan pada kuku bukan isyarat atau petunjuk pertama kepada sesuatu penyakit, tetapi adalah lebih baik rujuk masalah tersebut kepada doktor anda.
2. Warna air kencing
Pernahkah anda terfikir untuk menjalani ujian air kencing untuk melihat sama ada anda sihat atau sebaliknya? Jika tidak, mungkin sudah tiba masanya untuk anda berbuat demikian kerana ujian air kencing boleh mendedahkan petunjuk-petunjuk penting tentang kesihatan anda. Air kencing sepatutnya berwarna keperangan untuk menunjukkan seseorang itu sihat. Bagaimanapun warna perang atau kuning pada air kencing boleh berbeza bergantung kepada jumlah air yang diminum. Jika anda minum air yang banyak maka kebiasaannya air kencing selalu kelihatan jernih dan secara perubatan ia menunjukkan anda sihat. Bagaimanapun jika anda mengalami dehidrasi, air kencing anda akan berwarna perang gelap. Selain faktor warna, sentiasa berwaspada jika terdapat sebarang perubahan besar. Bau kurang menyenangkan, tompokan darah atau warna-warna lain yang tidak berkaitan dengan makanan, ubat atau suplemen yang diambil mesti dipandang berat.
3. Pancutan air mani
Lelaki pertengahan umur yang sihat sepatutnya mempunyai keupayaan untuk memancutkan antara 2 dan 5 ml air mani. Semakin berusia seseorang lelaki itu semakin kurang air mani yang dipancutkan. Justeru 2 ml air mani adalah petunjuk hypospermia – keadaan yang boleh memberi kesan kepada kesuburan seseorang lelaki. (Pertubuhan Kesihatan Sedunia menyokong kadar 2 ml). Selain daripada jumlah, warna serta konsistensi air mani juga menjadi petunjuk kepada kesihatan lelaki. Lelaki yang sihat sepatutnya mempunyai air mani yang pekat, berwarna putih atau sedikit kelabu. Air mani yang bercampur dengan darah mungkin ada kaitan dengan masalah kesihatan.
4. Kadar degupan jantung semasa berehat 70 bpm.
Kadar degupan jantung semasa berehat (RHR) atau jumlah degupan jantung seminit semasa berehat adalah indikator yang bagus untuk menentukan paras kecergasan anda. Walaupun RHR berbeza mengikut usia, bagi lelaki yang sihat jumlah RHR antara 70 dan 75 degupan seminit (bpm) adalah sasaran yang munasabah. Malah, RHR antara 60 and 100 bpm secara umumnya dianggap normal bagi lelaki dewasa. Kadar degupan jantung di luar catatan tersebut boleh menyebabkan masalah kesihatan yang serius dan boleh menjadi petunjuk kepada beberapa masalah kesihatan anda. Untuk mengukur denyut nadi, letakkan dua jari pada pergelangan tangan. Apabila merasa denyutan nadi, lihat jam dan kira denyutan selama 15 saat. Darab jumlah tersebut dengan empat untuk mendapat kadar denyutan anda seminit.
5. Kulit anjal
Ukuran keanjalan kulit biasa digunakan untuk menentukan paras dehidrasi. Cirit-birit atau muntah-muntah menyebabkan seseorang kehilangan cecair dalam badan. Kulit yang sihat kekal anjal dan akan kembali normal apabila masalah tersebut pulih. Untuk menguji keanjalan kulit anda, cubit kulit di belakang tangan anda. Kulit yang kering akan kekal terangkat dan secara perlahan kembali kepada kedudukan asal. Kulit yang sihat pula akan kembali normal dalam masa yang singkat.
Adakah anda lelaki yang sihat?
Semakin hari kita dibanjiri dengan pelbagai maklumat mengenai penyakit, tetapi jarang sekali kita disogokkan dengan makna sebenar menjadi sihat. Biar pun lima signal itu tidak lengkap namun memberi perhatian kepada petunjuk-petunjuk pada diri sendiri membantu anda mengenal pasti masalah yang mungkin anda hadapi.

Friday 23 March 2012

Cara Berpakaian Yang Betul



  • Kenalpasti etika berpakaian di tempat kerja  Sesetengah majikan di sektor swasta mempunyai etika berpakaian yang berbeza dengan sektor awam. Oleh itu, calon perlu memakai pakaian yang sesuai dengan etika berpakaian di tempat kerja tersebut untuk menghadiri temuduga.
  Adab berpakaian dan keterampilan diri untuk lelaki


Digalakkan memakai baju kemeja lengan panjang berwarna cerah (tetapi tidak “striking”) dan seluar slack berwarna gelap dan bertali leher. Walaubagaimanapun, cara berpakaian semasa temuduga ini boleh disesuaikan mengikut etika berpakaian di tempat kerja tersebut. Pemakaian seluar jeans, baju T-Shirt berleher bulat tidak dibenarkan.

Memakai kasut bertumit dan berstokin warna gelap.


Berambut pendek dan kemas, sekiranya berjanggut hendaklah dipotong rapi. 


Tali pinggang yang dipakai mesti sama warna dengan kasut yang dipakai.


Aksesori yang dibenarkan bagi lelaki adalah jam, klip tali leher dan “cuff-link”. Pemakaian cincin tidak digalakkan. Pemakaian anting-anting, bertindik dan bertatoo tidak dibenarkan sama sekali.


Adab berpakaian dan keterampilan diri untuk perempuan

Memakai pakaian yang sepadan (matching).


Tidak memakai pakaian yang berwarna terang atau ‘striking’.


Tidak memakai pakaian seperti lelaki.


Tidak memakai pakaian yang menjolok mata.


Memakai kasut bertumit.


Bagi yang tidak bertudung, rambut disisir rapi atau diikat.


Jangan mewarnakan rambut dengan menggunakan warna-warna yang menyakitkan mata seperti merah, biru, ungu dan berwarna-warni.


Jangan memakai aksesori yang berlebihan terutamanya barang kemas.


Tidak mengenakan solekan dan wangian yang berlebihan

Kesilapan fesyen lelaki terbesar





Gaya grunge sudah berlalu, masa untuk kelihatan kemas dengan memakai kasut yang tidak kotor. Anda akan nampak lebih kemas dan bersih.

1. T-shirt terlalu labuh
Tiada siapa yang mahukan t-shirt anda bertukar menjadi dress. T-shirt panjang melebihi peha adalah perlu dielakkan.

2. Tidak memakai tali pinggang
Jika anda memasukkan shirt ke dalam seluar, pastikan anda memakai tali pinggang

3. Seluar terlalu panjang
Jika anda memakai seluar terlalu panjang sehingga boleh mengemop lantai, ia bukan saja kotor malah betul-betul kelihatan classless

4. Butang kemeja hingga ke atas
Semasa zaman kanak-kanak anda, ibu anda pasti akan membutang kemeja anda hingga ke atas. Tapi, jangan sesekali mengulanginya sekarang kerana anda akan kelihatan pelik. Kemungkinan, tiada siapa yang mahu chill dengan anda lagi!

5. Kasut kotor
Gaya grunge sudah berlalu, masa untuk kelihatan kemas dengan memakai kasut yang tidak kotor. Anda akan nampak lebih ke

Boleh Ker Sauna Membakar Lemak???


Salam semuaa..
Hari ini baru sempat nak ulas tentang pertanyaan seorang sahabat ”Boleh ker Sauna Membakar Lemak dan Kuruskan Badan?” Ramai yang salah anggap Sauna ini boleh kuruskan badan terutama sekarang ini banyak syarikat MLM mempromosikan barangan sauna untuk surirumahtangga. Kehkehkeh!
Sebelum itu, apa kebenda sauna ini? Haa, meh sini saya nak terangkan serba sedikit supaya anda semua dapat lebih ilmu. Sauna ini merupakan satu bilik kecil yang tertutup direka supaya wap akan akan terperangkap dalam ruang yang dikhaskan dengan suhu tertentu.
Biasanya ada yang guna arang dan ada yang canggih sikit iaitu jenis infrared ”memanaskan objek sebesar periuk nasi”.

Sebenarnya sauna ini elok cuma konsep disalahertikan untuk keuntungan semata – mata. Sepatutnya digunakan untuk pemanasan badan dan bukannya menguruskan badan. Kehkehkeh! Boleh Ker Sauna Membakar Lemak?
Konsep tadi Sauna adalah untuk memanaskan badan iaitu menghilangkan air di dalam badan. Bayangkan anda hanya duduk setempat, otot badan semua rilek lagi santai dan hanya peluh yang keluar rasa – rasa otot badan anda bekerja atau tengah tido? Kehkehkeh!
Haa, nampak tak kenapa badan anda tak kurus? Jadi kalau setahun anda bersauna belum tentu dapat turunkan 10kg berat badan. Tertipukan? Wahahahaaha!
P/s: Nak kuruskan badan dengan sihat ini takde cara shortcut sebenarnya. Semuanya perlu ada usaha bak kata saya ”perut takkan bulat kalau rajin buat sit up” Kehkehkeh!

METABOLISME



Ma
Masalah Metabolisme
Ada orang tetap kekal kurus walaupun makan banyak, sebaliknya ramai mengalami masalah pertambahan berat badan meskipun hanya makan sekali sehari. Orang yang kekal kurus dikatakan mempunyai kadar metabolisme tinggi dan proses pencernaan bagi mendapatkan tenaga berlaku dengan cepat, manakala individu gemuk sebaliknya. Namun pendapat ini bukan 100% tepat kerna semuanya bergantung kepada gaya hidup, tabiat pemakanan dan kekerapan bersenam.







Metabolisme adalah proses badan menukarkan kalori daripada makanan kepada tenaga. Keperluan kalori atau tenaga setiap orang berbeza-beza mengikut gaya hidup masing-masing. Contohnya lelaki dewasa yang aktif yang berusia antara 20-39 tahan dengan seberat 55 kilogram memerlukan 2,530 kalori sehari, manakala wanita dewasa sederhana aktif pula memerlukan 2,000 kalori sehari. Jika anda tidak aktif, keperluan tenaga harian adalah jauh lebih rendah.

Metabolisme membabitkan tiga perkara asas:
1. kadar metabolik asas yang merangkumi keperluan untuk membolehkan badan berfungsi dengan baik. Biasanya setiap orang menggunakan sehingga 75% daripada tenaga daripada tenaga harian untuk tugas ini.
2. pencernaan dan penyerapan makanan. Kira-kira 10% daripada kalori harian digunakan untuk tugas ini.
3. aktiviti fizikal harian seperti bersenam pula akan membakar baki tenaga yang ada. Berapa banyak tenaga dibakar bergantung kepada tahap aktiviti yang dilakukan.
Faktor-faktor yang akan memperlahankan metabolisme :
UMUR : Metabolisme akan menjadi perlahan dengan peningkatan umur pada kadar 5% selepas 40 tahun. Apabila usia meningkat, keanjalan otot juga merosot dan paras lemak badan meningkat. Otot lebih aktif berbanding tisu lemak dan ini sebabnye apabila otot berkurang, kadar metabolisme juga menurun.
JANTINA : Secara umumnya, metabolisme lelaki lebih cepat berbanding wanita kerana saiz badan mereka lebih besar dan mempunyai kurang lemak.
MASALAH HIPOTIROIDISME : Kelenjar tiroid yang kurang aktif akan memperlahankan metabolisme dan masalah ini boleh menyumbang kepada pertambahan berat badan.
GENETIK : Sesetengah orang memang beruntung dilahirkan dengan kadar metabolisme cepat.

Cara meningkatkan
  • ·        Makan dalam kuantiti kecil tetapi kerap iaitu setiap 4 hingga 5 jam. Apabila ada kemasukan makanan, kadar metabolisme akan meningkat kerana badan perlu bekerja untuk mencernakan makanan. Secara tidak langsung ia juga menyebabkan kadar metabolisme akan meningkat bagi menukarkan makanan kepada tenaga.
  • ·        Pastikan anda mengambil sarapan. Kajian menunjukkan individu yang mengambil secara tetap dalam masa 2 jam selepas bangun tidur mempunyai keupayaan lebih baik untuk mengawal berat badan.
  • ·        Ada yang menyarankan supaya mengambil protein setiap kali makan. Protein dikatakan mampu meningkatkan kadar metabolisme lebih baik berbanding dengan karbohidrat dan lemak. Bahkan pengambilan protein pada kadar sederhana mampu membantu mengekalkan dan membina jisim otot.
  • ·        Buat senaman aerobik 4 hingga 5 hari seminggu; sekurang-kurangnya 20 minit satu sesi. Senaman aerobik adalah perlakuan berulang-ulang seperti berjalan cepat, berlari, berenang, berbasikal atau menari.
  • ·        Minum banyak air masak sekurang-kurangnya 8 gelas sehari. Ia membantu meningkatkan kadar metabolisme, proses pencernaan dan perkumuhan bahan toksid daripada badan.
·        Tidur yang secukupnya membuatkan badan mendapat rehat dan memperbaiki kerosakan tisu. Ia juga membuatkan kita berasa lebih bertenaga untuk melakukan tugas harian dan meneruskan senaman.

Senaman kemut Bagi Lelaki


NAMA senaman kemut mungkin agak melucukan. Namun, di dalam kesihatan, senaman ini mempunyai banyak khasiat untuk organ seksual sama ada lelaki atau wanita.
Senaman kemut membabitkan mencengkam otot pembukaan lubang najis dan lubang kencing atau otot lantai pelvis seolah-olah seperti mahu menahan kencing atau air besar dan ia harus dilakukan serentak.
Tidak dinafikan apabila seseorang melakukan senaman kemut, perasaan kurang selesa akan berlaku dengan lelaki akan berasa lubang najis tersempal dan jika membuang air besar akan mengalami sembelit.
Bagi mereka yang ada buasir pula penyakit itu menjadi ketara dan menyakitkan tetapi sebaliknya kepada wanita apabila melakukan senaman ini, mereka akan berasa terangsang, terutama jika kedua-dua paha dirapatkan.
Bagaimanapun, jika paha direnggangkan sedikit, mungkin rasa terangsang itu kurang atau tiada.
Cara melakukan senaman kemut untuk lelaki ialah dengan merapatkan kedua-dua pehanya dan mencengkam lubang najis dan lubang kencing sekali gus dengan padat serta tahan nafas seketika antara 3-5 saat sebelum legakan kemutan dan ulangi sehingga 10 kali.
Lakukannya lima kali sehari dan setiap kali, cengkam 10 kali. Ketika melakukan senaman kemut, seseorang lelaki itu perlu berada dalam keadaan selesa termasuk sudah membuang air besar dan kecil.
Antara khasiat senaman kemut ialah dapat membina otot benteng pangkal zakar yang mana jika zakar ereksi, mengemut dapat memadatkan pangkal zakar dan menolak serta memerah darah hala ke depan sekali gus menyebabkan penghujung zakar lebih padat dan kembang seolah-olah zakar kelihatan besar di depan.
Untuk wanita, amalan kemut dapat melangsing dan melegakan corong faraj sekali gus menyempitkan pembukaan faraj yang renggang.
Dengan corong faraj yang sempit dan kemas, angin tidak mudah masuk ketika wanita itu bergerak dan hubungan kelamin tidak akan berbunyi saperti angin keluar dan masuk.
Amalan mengemut dapat membantu melangsingkan otot kemutan dan membantu mengintimkan hubungan dengan pasangan kerana akan menjadikan aktiviti seksual lebih seronok dan merangsangkan.
Senaman kemut tidak akan dapat membina zakar menjadi panjang atau besar seperti mana yang dipaparkan dalam internet yang mendakwa kaedah pembesaran zakar dengan cara senaman kemut yang kononnya amalan orang Arab.
Yang pasti, senaman kemut dapat memberi tenaga dan kekuatan apabila zakar yang sedang ereksi itu dikemutkan akan mudah bergerak dengan lancar di dalam faraj.
Malah, mengemut juga mengekalkan ereksi dan dapat bergerak serta mengubah posisi sekali gus merendahkan kemungkinan darah terkeluar daripada otot zakar.
Selain itu, jika menggerakkan zakar dilakukan ke dalam faraj dengan keadaan lelaki itu sedang mengemut, pasangan akan dapat merasai nikmat yang lebih dan mudah mencapai klimaks.
Gerakan zakar juga dapat dikawal dalam keadaan kemut. Justeru, amalan dan senaman kemut dapat menjaga kekuatan ereksi sehingga ke liang lahad!

Teknik Mengurut Zakar


Sports Massage

Amalan mengurut zakar memang terdapat dalam tradisi masyarakat Melayu lama. Amalan ini dikatakan telah dibawa oleh pedagang Arab ke Tanah Melayu. Telah tersebut dalam kitab Rawd-At-Tirr karangan Sheikh Nefzawi seorang penasihat istana kerajaan Arab-Tunisia di abad ke-17, berkenaan kaedah membesarkan saiz zakar melalui urut.
Nota : penderita sakit kencing manis [ diabetes ] pada tahap kritikal tidak digalakkan untuk mengurut zakar.
1. Tujuan mengurut zakar
Terdapat beberapa pendekatan serta tujuan mengurut zakar :
* bagi mengubati tanda-tanda awal penyakit mati pucuk dan lemah tenaga batin
* untuk mengatasi masalah pancutan awal atau ejakulasi pramatang
* tujuan membesarkan dan memanjangkan zakar. Menurut ilmu tabib Cina, zakar boleh ditambah saiz sehingga 1 hingga 2 inci. Namun rawatan urut Melayu dan kitab-kitab Arab mencatat bahawa saiz boleh ditambah sehingga 4 inci. Malahan ahli Yoga India ada yang mampu memanjangkan zakar sehingga 14-inci!
* bagi meningkatkan keampuhan dan keupayaan zakar – supaya zakar menegak lebih tegar dan galak, condong ke atas dan timbul urat-urat zakar serta kepala zakar kembang dengan garang seperti singa apabila menghadapi isteri ketika perstubuhan.
* mengurut zakar untuk meredakan gejolak nafsu – terutama kepada lelaki bujang atau suami yang berjauhan dari isteri (tanpa menumpahkan air mani) serta mengelak dari maksiat zina.
* sebagai latihan untuk menghadapi situasi sebenar persetubuhan. Urut zakar dengan latihan pernafasan tertentu boleh membantu suami mengawal kepala zakar untuk mengembang dan menguncup untuk kepuasan jimak pihak isteri. Sekaligus amalan urut ini berfungsi membantu ketahanan suami dalam senggama dan jimak.
2. Kaedah Mengurut zakar
Ada pelbagai kaedah mengurut zakar yang meliputi cara mengurut, kawasan tubuh badan yang diurut, minyak atau alat yang digunakandan peraturan tempoh waktu amalan urut dilakukan, malahan ada yang menggunakan jampi serapah seperti dalam amalan dukun Melayu.
Berikut ini adalah koleksi kaedah urut zakar seperti yang diamalkan oleh masyarakat tradisi Melayu-Arab yang diturunkan kepada anak daripada bapa apabila anak lelaki mula mencapai umur baligh. Ianya adalah Rahsia yang perlu diketahui oleh setiap lelaki yang mengambil berat akan kesihatan fizikal zakarnya.
* Mengeraskan Zakar
Sebelum tidur ambil sedikit minyak urut dan gosokkan dengan laju pada tapak tangan untuk memanaskannya apabila mengurut. Letakkan sedikit minyak tersebut pada jari-jari tangan dan urut kelengkang ia itu antara dubur ke telur zakar (seakan-akan Istibra selepas kencing). Tekan sedikit dan pastikan anda urut sehala saja, yakni dari dubur mengarah ke telur zakar. Lakukan sebanyak 7 kali. Ada juga amalan yang disertai dengan zikir-zikir tetentu, seperti contohnya wafaq berikut:
Ya Qadim
Ya Daim
Ya Ahad
Ya Wahid
Ya Samad
Ya Allah – Ya Allah – Ya Allah
Ya Qahar – Ya Qahar – Ya Qahar
Lailaha il’aLlah hu Wahidul Qahar
Kesan dari amalan ini akan dapat dilihat pada malam itu juga, di mana zakar akan menegang dengan galak sekitar 3 pagi sehingga waktu solat subuh. Amalkan ia kalau boleh pada setiap malam sebelum anda tidur terutama ketika cuaca sejuk supaya ligament dan urat-urat zakar berada pada tahap kecergasan yang terbaik.
* Urut untuk Memecahkan Lemak & Angin pada batang Zakar
Semasa bangun dari tidur, selatkan pangkal batang zakar [ kawasan yang berhampiran dengan bumi zakar ] menggunakan jari telunjuk dan jari tengah tangan kanan atau tangan kiri. Hujung jari-jari itu menekan ke bumi zakar sambil mengurut-urutnya ke atas dan ke bawah.
Lakukan selama kira-kira 2 minit atau hitungan 99-kali. Lakukan pada setiap pagi kerana amalan ini akan memecahkan lemak dan angina dari berkumpul pada pangkal zakar. Ianya juga dapat mengelakkan dari berlakunya tersimpul urat buah zakar apabila usia meningkat tua.
* Menahan Mani
Menurut kitab Tajul Muluk dan Rawd-at-Tirr, mengurut menggunakan minyak urut yang khas boleh membantu lelaki bertahan lebih lama ketika bersetubuh. Caranya ialah dengan mengurut sehala dari pangkal zakar menghala ke hujung zakar, berulang-ulang kali. Tempatkan ibu jari di bahagian atas batang zakar, jari tengah di bahagian bawahnya. Lakukan urutan selama 2 minit atau 99-kali hitungan. Latihan ini boleh dilakukan pada bila-bila waktu lapang, kecuali pada waktu Zohor dan Maghrib.
* Urut Memanjangkan Zakar
Kebanyakan lelaki merasakan zakar mereka tidak menepati saiz yang sepatutnya. Purata zakar normal lelaki dewasa Malaysia ialah sekitar 4 inci hingga 6 inci, namun perlu diingatkan bahawa kebanyakan lelaki tidak mencapai saiz zakar yang optima. Maka atas sebab ini kaedah mengurut boleh meningkatkan zakar ke tahap yang lebih besar dan panjang.
Dalam satu kajiselidik di Amerika, majoriti wanita di negara tersebut menginginkan lelaki yang mempunyai zakar sekitar 7 inci dengan ukur keliling yang tebal. Alasan yang diberikan mereka ialah untuk dapat merasakan zakar penuh atau sendat di dalam vagina dan supaya kepala zakar dapat menyentuh mulut rahim (cervix atau Batu Meriyan dalam istilah perbidanan Melayu)
1. Mengurut zakar untuk memanjangkannya elok dilakukan pada awal pagi. Sapukan sedikit minyak urut pada tapak tangan dan gosok dengan laju untuk memanaskannya.
2. Tarik nafas dalam-dalam. Kemutkan dubur, genggam pangkal batang zakar dengan tangan kanan menggunakan ibu jari dan jari telunjuk.
3. Lurutkan batang zakar itu membawa tangan ke hujung zakar tapi hendaklah anda berhenti bila sampai ke takuk zakar. Dengan cara ini, anda menghantar lebih banyak darah ke dalam kepala zakar dan dikunci tenagannya oleh cengkaman tangan tadi. Tahan nafas selama 7 kiraan sambil mengekalkan cengkaman itu. Kemudian lepaskan.
4. Lenturkan batang zakar ke arah paha kanan dubur. Kemudian lepaskan lenturan itu. Lakukan sebnyak 21 kali.
5. Lenturkan batang zakar ke arah paha kiri dubur. Kemudian lepaskan lenturan itu. Lakukan sebanyak 21 kali.
6. Pegang kepala zakar, pusingkan zakar mengikut jarum jam sebanyak 21 pusingan. Kemudian lakukan yang sama pada arah berlawanan jarum jam.
Saksikan perbezaan pada zakar anda pada hari-hari ke 7, ke-14 dan pada hari ke-21 dan hari ke-40. Sebaik-baiknya anda mengukur zakar terlebih dahulu sebelum memulakan latihan ini.
Mengurut Zakar Melalui Persetubuhan
Zakar adalah anggota tubuh yang sukar dikawal oleh minda. Adalah sukar bagi lelaki normal untuk memerintahkan zakarnya menegang mengikut sesuka hati. Ereksi atau ketegangan zakar antara lain digerakkan oleh deria penglihatan, sentuhan dan bau yang menghantar mesej ke otak untuk merembes hormon jantan dan seterusnya mengeraskan zakar untuk tegak kerana terangsang atau berahi apabila bersama perempuan.
Oleh kerana saiz, tahap kekerasan dan bentuk zakar merupakan faktor-faktor bagi memudahkan isteri mencapai klimaks dan inzal, maka disebutkan bahawa teknik mengurut zakar pada liang faraj isteri adalah satu latihan yang perlu dipelajari oleh suami.
Salah satu cara bagi memuaskan isteri ialah dengan membuat faraj isteri dapat merasakan zakar mengurut dan mengusap keseluruhan liang faraj atau vagina dalam setiap dayungan. Ini akan hanya dapat dilakukan apabila suami dapat mengawal kepala zakarnya agar boleh kembang dan kuncup apabila dikehendaki.
Tekniknya ialah sepertiberikut :
dayungan masuk – kuncupkan kepala zakar apabila menusuk ke dalam faraj
dayungan keluar – kembangkan kepala zakar apabila menarik zakar dari faraj
Melalui cara yang disebutkan tadi, isteri akan merasa seluruh urat-urat di dalam farajnya dibelai dan diusap oleh zakar, dan ini akan memberi nikmat dan kelazatan seks yang tidak terhingga pada isteri.
Cara melatih zakar untuk responsif kembang-kuncup ialah melalui urutan dan perlu disertai dengan kaedah pernafasan tertentu. Ketika bangun pagi, semasa zakar masih tegang, ambil sedikit Wild-X Gen 2 dan gosokkan pada tapak tangan supaya panas. Tuam tapak tangan pada bahagian pinggang dan urut dari hala atas ke bawah.
CATATAN ISTILAH
Istibra’ (Membersihkan sisa-sisa air kencing di dalam zakar)
Istibra’ dilakukan dengan cara:
* Mengusap dengan kuat antara lubang dubur dan zakar sebanyak tiga kali . Usapan hendaklah dilakukan sehala saja dari arah dubur ke telur zakar.
* Meletakkan telunjuk di bawah batang zakar dan ibu jari di atas batang zakar dan lalu mengusapkannya dengan tekanan hingga hujung zakar sebanyak tiga kali
* Menekan ujung zakar [kepala zakar] tiga kali. Dilakukan seperti memerah kepala zakar, untuk mengeluarkan sisa-sia air kencing.
Jika setelah istibra’ keluar cairan yang meragukan apakah air kencing atau bukan maka dianggap suci dan tidak membatalkan wudhu tetapi jika tidak istibra’, maka dihukumi najis dan membatalkan
wudhu’. Antara manfaat amalan Istibra’ ialah mencegah masalah Prostate dan masalah radang jangkitan pada saluran kencing.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More