Saturday 20 August 2011

kebosanan rumah tangga

Allah SWT telah mensyari’atkan pernikahan. Dan menjadikan sebagian dari tujuannya adalah pemenuhan berbagai keperluan jiwa, fizikal, sosial dan ruhani. Pernikahan adalah sumber penumbuhan kesihatan jiwa dan fizikal dan benteng penjaga berbagai penyakit jiwa, penyimpangan perilaku dan akhlak.
keluarga bahagia 300x207 Rumahtangga, bosan dan futur
Sebuah kewajaran bila kehidupan berumah tangga telah melalui 5 tahun mengalami masa futur, dapat pula kurang dari itu atau lebih. Tidak mengapa pula terjadi masa-masa bosan yang bersifat sementara dan sepintas lalu. Yang penting jangan berkepanjangan, dan jangan sampai menghancurkan kehidupan berumah tangga.
  • Kebosanan Umum: iaitu kebosanan yang terjadi akibat rutin kehidupan sehari-hari

  • Kebosanan Emosional: iaitu hilangnya rasa cinta kasih di antara suami isteri.

  • Kebosanan Seksual: iaitu Menjalankan hubungan seksual seakan-akan merupakan sebuah kewajipan atau tidak ada pembaharuan di dalamnya.

Gejala dan Bahaya
Ada banyak dampak, tanda dan gejala adanya futur dalam kehidupan berumah tangga, di antaranya:
  1. Pengaduan isteri bahawa suaminya tidak memberi perhatian dan berpaling darinya, sering keluar dan begadang di luar rumah, memperlakukannya secara kasar, kering, tanpa penghargaan. Suami juga mengadu bahawa isterinya mengabaikannya dan beralasan kerana faktor anak, banyak meminta anggaran belanja, tidak berhias di hadapannya, dan pengaduan-pengaduan lainnya.

  2. Futur dan rutin dalam berbagai hubungan suami isteri, diantaranya: futur dalam hubungan emosional dan seksual

  3. Antara suami dan isteri merasa ada jarak dan barier psikologi, padahal keduanya hidup satu atap.

  4. Membesar-besarkan berbagai kesalahan, buruk sangka, buruk dalam menafsirkan ucapan dan perbuatan.

  5. Sering terjadi perbezaan pendapat, dan suara meninggi untuk urusan ringan.

  6. GTM (Gerakan Tutup Mulut) di antara suami isteri, minimum atau tidak ada dialog di antara keduanya sama sekali.

  7. Penderitaan pihak wanita lebih banyak, sehingga kita mendapatinya bolak balik ke klinik jiwa yang jarang sekali dimasuki oleh lelaki. Hal ini kerana lelaki mempunyai berbagai cara untuk berekspresi dan mencari hiburan. Berbeza dengan perempuan yang tenggelam dalam masalah dan deritanya. Hal ini melahirkan berbagai rasa sakit, cemas, mengeluh sakit kepala, sakit perut, tidak ceria, tidak mampu lagi menikmati hal-hal yang biasanya dia nikmati.

  8. Demi meringankan rasa bosan atau masalah rumah tangga dan seksual, sebahagian suami atau isteri lari ke cara-cara yang menyimpang, seperti narkotik dengan segala bentuknya, atau menjalin hubungan haram, atau suntuk kepada pekerjaan secara berlebihan.

  9. Sebagian suami mencari isteri kedua, atau ketiga atau keempat. Sebagian lainnya bersabar dan menanggung deritanya. Sebagian isteri bersabar dan mencuba mensiasati urusannya. Sebagian lainnya berusaha mencari kompensasi atas kegalauannya dengan membeli berbagai kebutuhan sekunder, atau menyibukkan diri dengan anak, atau melakukan penyimpangan dalam berbagai bentuk dan tingkatannya.

  10. Keluarga: suami isteri dan anak-anak hidup dalam berbagai perasaan negatif.

  11. Bisa berakibat terjadinya berbagai pengkhianatan suami isteri

  12. Bisa berakibat terjadinya perceraian

Sebab
Sebagaimana futur berakibat pada munculnya gejala atau problem yang lebih besar, futur juga terjadi akibat satu atau beberapa problem yang bertumpuk. Di antara sebab-sebab terjadinya futur dalam kehidupan rumah tangga adalah:
  1. Memasuki kehidupan berumah tangga dengan berbagai prediksi dan obsesi ideal (jauh dari fakta). Bisa jadi suami atau isteri tidak merasakan idealismenya, lalu ia hidup dalam kenyataan yang bisa jadi membuatnya kecewa berat, lalu merasa futur, lalu meyakini bahawa kehidupan rumah tangganya telah gagal, dan bahawasanya solusinya adalah mengakhiri kehidupan rumahtangga tersebut dengan perceraian.

  2. Pengulangan dan rutin harian yang membosankan.

  3. Masing-masing pihak tidak berusaha dengan sungguh-sungguh untuk meningkatkan level kehidupan rumah tangganya ke tingkat yang lebih baik, juga tidak sungguh-sungguh dalam mencari solusi atas setiap problem yang dihadapinya.

  4. Kecurigaan dan kecemburuan secara berlebih dari salah satu suami atau isteri, dan hal ini menanamkan bibit futur dalam hubungan di antara keduanya.

  5. Bisa jadi sebagian penyakit fizikal atau jiwa berakibat munculnya futur dengan segala bentuknya, misalnya: tekanan, cemas dan schizophrenia atau split personality.

  6. Hilangnya cinta kasih diantara suami dan isteri dalam tempo yang lama.

Antisipasi dan Solusi
  1. Penguatan hubungan dengan Allah SWT. Di antaranya, kebersamaan suami isteri dalam berbagai aktiviti; seperti mengkhususkan waktu untuk melakukan wirid harian dalam menghafal Al-Qur’an, membaca istighfar, shalat sunah, bersedekah, umrah dan amal soleh lainnya.

  2. Masing-masing pihak suami dan isteri hendaklah merasa bertanggung jawab atas terjadinya futur di antara keduanya, kerananya, hendaklah masing-masing berperan dalam meng-’ilaj

  3. Pihak isteri peranannya lebih besar dalam hal ini. Hendaklah ia memperbaharui dan mengembangkan cara memperlakukan suaminya, dalam melakukan sentuhan-sentuhan lembut dalam rumah, khususnya kamar tidur, masakan, penataan ruang dan perabot, menerapkan hobi-hobi baru, melakukan berbagai aktiviti keluarga di dalam rumah, refreshing keluarga, membuat berbagai kejutan, memberi hadiah secara periodik. Semua hal ini hendaklah suami juga melakukannya, sesuai dengan bidangnya.

  4. Suami atau isteri hendaklah mengambil inisiatif falam dialog dengan pihak lainnya, memunculkan tema untuk didialogkan. Hal ini membantu suami isteri untuk melalui jurang yang muncul sebelum menganga lebar.

  5. Hendaklah suami isteri saling memahami, bagusnya semenjak awal pernikahan. Caranya, masing-masing berterus terang tentang apa yang disukai dan yang tidak disukai. Bersepakat bahawa masing-masing pihak akan berusaha memenuhi keperluan pihak lainnya, baik psikologi mahupun fizikal, seperti: menghargai, menghormati, saling menerima, khususnya saling menerima fizikal, lalu menerjemahkan kesepakatan ini dalam bentuk perilaku dan ucapan … sepanjang kehidupan suami isteri yang panjang, dengan seijin Allah.

  6. Menghindari rutin dalam hubungan keluarga dan seks di antara suami isteri

  7. Hendaklah masing-masing suami dan isteri  mempelajari kemahiran berinteraksi dengan orang lain

  8. Pengendalian diri saat emosi atau saat terjadi krisis

  9. Kehidupan suami isteri tidak lain adalah partnership dalam pemikiran, emosi dan fizikal, dan semua kesertaan ini menjadikan kehidupan suami isteri memiliki cita rasa yang khas yang menjauhkannya dari hantu kebosanan dan futur.

cerai: kepentingan wujud modul keluarga bahagia elak pasangan muda cerai

Peningkatan kes perceraian di kalangan pasangan muda di negara ini wajar diberi perhatian serius oleh semua pihak. Keruntuhan rumah tangga ketika usia perkahwinan masih terlalu muda tentunya memberikan pelbagai kesan negatif, bukan saja terhadap pasangan terbabit, malah anak yang dilahirkan seterusnya masyarakat. Keadaan itu jika dibiarkan boleh menjejaskan matlamat kerajaan untuk mewujudkan keluarga bahagia sebagai institusi penting dalam membina masyarakat penyayang yang menjadi asas kepada keharmonian negara.
Kita tidak menafikan, ada pasangan sudah lama berkahwin sebahagiannya turut berakhir dengan perceraian, tetapi bilangannya kecil berbanding pasangan muda. Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) merekodkan 949 perceraian berlaku antara Januari hingga Disember tahun lalu membabitkan pasangan muda berusia antara 26 hingga 30 tahun.
Berkahwin pada usia terlalu muda, tanpa persediaan fizikal dan mental mencukupi menyebabkan mereka gagal mengemudi bahtera rumah tangga dengan sempurna. Ramai yang memilih jalan mudah bagi meleraikan kekusutan rumah tangga menerusi perceraian, walaupun mereka tahu ia amat bercanggah dengan tuntutan agama Islam.
Pakar motivasi, Datuk Dr Fadzilah Kamsah kelmarin mendedahkan antara faktor utama peningkatan kes perceraian pasangan muda ini kerana hubungan cinta tidak direstui ibu bapa serta kurang didikan agama. Kebanyakan pasangan muda tidak bersedia sepenuhnya untuk mendirikan rumah tangga menyebabkan mereka kurang matang membezakan kewajaran tindakan mereka itu.
parents Wujudkan modul khas keluarga bahagia elak pasangan muda bercerai
Berdasarkan kajian yang dijalankan Dr Fadzilah, sebanyak 80 peratus pasangan muda yang berkahwin melafazkan perceraian berikutan hubungan dihalang keluarga, malah ia menyebabkan punca pertengkaran pasangan. Manakala, 65 peratus pasangan muda lagi bercerai disebabkan asas pendidikan agama yang longgar seperti tidak bersolat, tiada pegangan agama yang betul dan kurang pengetahuan dalam membentuk keluarga berasaskan ajaran Islam.
Tentunya, ada 1,001 macam alasan mengapa perceraian berlaku. Dengan perkembangan teknologi terkini membolehkan pasangan melafazkan cerai lebih mudah seperti menggunakan khidmat pesanan ringkas (SMS), internet, e-mel, laman web sosial dan sebagainya. Pernyataan lafaz cerai melalui SMS, meskipun sah mengikut hukum syarak, akan timbul pula isu lain iaitu membabitkan kesahihan si pengirim yang boleh dipertikaikan.
Namun, undang-undang negara berhubung perceraian pasangan Islam adalah jelas, seperti termaktub dalam Akta Keluarga Islam yang diselaraskan di seluruh negara, sesiapa yang melafaz cerai tanpa kebenaran Mahkamah Syariah, boleh dikenakan tindakan undang-undang. Walaupun jodoh, ajal dan rezeki seseorang itu ditakdirkan Allah SWT, namun manusia perlu berusaha untuk menanganinya agar tidak berlaku perceraian.
Pelbagai kursus perkahwinan yang dianjurkan oleh Jabatan Agama Islam negeri dan agensi berkaitan, perlu dimantapkan lagi bagi mengurangkan kes perceraian terutama di kalangan pasangan muda. Kita percaya tempoh dua atau tiga hari berkursus tentunya tidak mencukupi untuk mengharungi kehidupan sebenar berumah tangga.
Oleh itu, satu modul khas keluarga bahagia perlu dibentuk dan diperkemaskan lagi agar menepati situasi kehidupan pasangan muda masa kini. Apa yang kita mahu pengisian dalam sesuatu kursus itu harus menepati kehendak pasangan muda agar mereka lebih sedar akan tanggungjawab selepas berkahwin. Berkahwin bukanlah untuk sehari dua atau bertujuan melepaskan nafsu serakah semata-mata. Ini bermakna mereka tidak boleh sewenang-sewenang melafazkan perkataan cerai terhadap pasangan masing-masing.

poligami: sebab mengapa wanita sanggup bermadu

Jika di buat survey pada setiap perempuan atas muka bumi ni, saya yakin 99.9% (betulke fakta ni?) mengatakan mereka sanggup bermadu dan berkongsi kasih. Tapi ini bukan bermakna wanita tidak menentang poligami. Siapalah kami, wanita untuk menentang hukum tuhan yang tidak diharamkan. Tapi ini juga tidak bermakna kami setuju bulat2 dengan sikap kebanyakkan lelaki yang ingin berpoligami.
Kenapa wanita tidak sanggup untk berpoligami? Saya yakin jika lelaki benar2 mengikut tuntutan agama danbertanggungjawab, peratus wnita yang tidak sanggup bermadu itu akan berkurang (walaupun 0.01% pun kira turun lah kan?)
poligami 300x232 Sebab Wanita SANGGUP Berpoligami
Mari kita lihat apak sebabnya wanita tidak sanggup bermadu. Jadi kepada para lelaki yang mempunyai hajat untuk beristeri lebih dari satu (poligami) penuhi dan atasi sebab2 dibawah ni. mungkin harapan anda untuk mendapat kelulusan akan lebih cerah.
Sebab2 Wanita tidak sanggup berpoligami kerana lelaki ……
1. Dulu lain, sekarang lain
Awal perkahwinan:-
Suami: Awaklah wanita terindah yang pernah hadir dalam hidup saya.
Isteri: Terima kasih abang kerana menerima saya seadanya.
Sekarang:-
Suami: Kenapalah saya tak jumpa awak dulu, jika tidak mesti saya dah memperisterikan awak
Perempuan baru: Habis tu macam mana dengan Isteri awak?
Suami: Dia tu dah la pendek, kurus, tak macam awak, cantik, menawan
Kalau dahulu dia katakan wanita yang dikahwini inilah segala2nya, satunya2 yang terindah, dan yang terbaik. Tapi sekarang semuanya salah, itu salah ini salah. Hanya mahu mencari salah si wanita untuk mengemukakan alasan untuk berpoligami. Pada awal perkahwinan mengungkapkan semua kaa2 manis, tapi bila mahu berpoligami, mula nak naek berang walau perkara kecil.
Yang menjadi mangsa ialah wanita. Walaupun ini perkara normal dihadapi oleh semua pasangan suami isteri, tetapi hal ini lebih rumit jika punca lelaki berubah adalah untuk menjadikannya satu alasan untuk mereka berpoligami.
(cara mengatasinya anda haruslah bersifat jujur semasa di alam percintaan)
2. Tidak bertanggungjawab
Jika si isteri membenarkan samada rela atau separa rela suaminya berkahwin lagi, kebanyakkan lelaki bertindak untuk mengabaikan tanggungjawabnya terhadap isteri tua. Maklumlah, Isteri muda lebih muda, lebih cantik, dan perasaan pengantin baru tu lebih apabila bersama isteri baru berbanding isteri tua yang mungkin sudah beranak ramai.
Perasaan terabai inilah yang membuatkan si isteri tidak sanggup untuk terus berpoligami dan akhirnya penceraian mungkin berlaku. Hurm..
(cara mengatasinya anda haruslah bersifat lebih bertanggungjawab)
3. Cara salah
Cara yang salah. Apa yang saya maksudkan dengan cara yang salah?. Kebanyakkan lelaki yang ingin berpoligami mula mengeluarkan nas2 ayat2 Al-Quran tentang hukum berpoligami yang dibolehkan dalam Islam. Apa yang saya katakan salah bukanlah kerana mereka merujuk kepada hukum tuhan. Tetapi percayalah, sesetengah daripada mereka mungkin merujuk ayat2 itu hanya menjurus kepada hukum berpoligami dan bukan Tanggungjawab jika berpoligami, keadilan, dan hal2 lain yang patut mereka turuti jika ingin berpoligami. Tahu tak tanggungjawab seorang suami sebagai pemimpin itu berat? jika anda sedar dan bena2 paham, anda tidak akan mengambil mudah hal ini. Jangan pandai nak kahwin je.
(cara mengatasinya anda haruslah melakukan dengan cara yang betul. Minta izin dengan baik)
4. Niat Salah
Kebanyakkan lelaki yang ingin berpoligami bukanlah dengan niat yang betul. Kebanyakan hanyalah kerana nafsu yang inginkan isteri lebih dari seorang atau ingnkan kekayaan isteri barunya itu atau senang cerita untuk kepentingan peribadi. Tak ramai yang ingin berpoligami untuk membantu wanita yang berstatus janda dan hidup susah membesarkan anak2 atau sebagainya. Berdasarkan pengalaman bertanyakan kepada seorang sahabat, beliau katakan bahawa, lelaki yang berpoligami bukanlah beerti dia sudah tidak sayangkan isterinya, tetapi itu naluri seorang lelaki yang ingin mencuba atau berkeinginan. Bukankan itu nafsu?
(cara mengatasinya anda haruslah setting semula niat anda, berpoligami adalah untuk mengikut sunnah. Tapi perkara lain juga haru ikut juga. bukan hanya dalam perkahwinan sahaja.)
5. Tidak Adil
Apabila niat berpoligami hanyalah untuk memenuhi nafsu seorang lelaki, sikap tanggungjawab, adil bukanlah menjadi satu keutamaan bagi mereka. Ini berlaku kerana tidak ramai lelaki yang ingin berpoligami itu mampu untuk berpoligami. Mampu dari segi kewangan, dan keperluan asas. Apabila tiada keadilan terhadap kedua2 belah pihak isteri (atau lebih dari dua) maka disinilah berlakunya keretakan rumah tangga.
(cara mengatasinya anda haruslah bersifat lebih adil. Tidak ada berat sebelah antara yang muda mahupun yang tua. Buat jadual giliran.)

Ingatlah, poligami bukan satu perkara main2 yang anda (lelaki) boleh buat main. Jika anda tidak adil, tunggulah balasan yang Maha Adil di akhirat kelak. Ingatlah, Isteri bukan Hak Milik, Isteri adalah anugerah.
Untuk perempuan: Sanggup anda nak bermadu? apa pendapat anda tentang artikel ini?
Untuk Lelaki: Apa pandangan anda terhadap poligami? Boleh atasi semua cabaran diatas?
Atas permintaan pemilik asal artikel ini. maka saya memberi kreadit kepada http://gadisdanwanita.com/. Terima kasih atas perkongsian ilmu yang bermanfaat. moga bersama kita mendapat kebaikan.

kekuatan ehsan asas kekuatan keluarga

IHSAN dan insan adalah asas hubungan manusia dengan Allah dan manusia sesama manusia. Hubungan menegak dan merentas ini menjadi tunggak kepada memahami fitrah hidup. Kehidupan sebagai seorang Islam tidak boleh memutuskan dirinya dengan Allah dan tidak boleh pula memutuskan dirinya dengan manusia. Ihsan Allah kepada hamba dan makhluk akan sentiasa ada dan sewajarnya ihsan insan sesama insan juga harus berlaku supaya integrasi antara kedua-duanya menepati. Manusia akan terus berada dalam fitrah sekiranya ihsan Allah itu disuburkan dalam hidup. Jiwa keihsanan apabila subur dalam kehidupan sesama insan ia menjadikan masyarakat berada dalam keadaan sejahtera dan harmoni.
Keluarga adalah unit kecil masyarakat yang menjadi tunggak kepada terbentuknya negara. Ia adalah unit asas yang boleh menjadi faktor penyumbang kepada kekuatan negara atau sebaliknya. Dalam konteks Islam asas pembinaan keluarga yang baik terletak kepada kekuatan keihsanan dan keinsanan yang dimiliki. Kualiti keihsanan yang dimiliki oleh seorang ayah dan ibu banyak menentukan proses pembentukan watak anak-anak.


Rasulullah menghubungkan pentingnya pengaruh ibu bapa (faktor sekitar) membentuk anak-anak supaya terus berada dalam keadaan fitrah atau diibaratkan sebagai kain putih. Rasulullah juga menyebut antara faktor yang menghubungkan yang sudah pergi dengan yang tinggal ialah kesolehan anak-anaknya. Terbentuknya anak-anak menjadi soleh atau toleh bergantung kepada kualiti keihsanan kedua-dua orang tuanya.
Ibu bapa yang soleh dan solehah adalah gambaran ketinggian ihsannya yang membolehkan suasana rumah tangga atau keluarga terbina dalam keadaan terbaik untuk membentuk anak-anak ke arah acuan terunggul. Keihsanan bapa dan ibu kepada Allah adalah gambaran akidahnya yang mantap, takwa tinggi dan iman kental terhadap Allah. Jiwa kehambaannya (patuh dan taat) adalah teguh, di samping menginsafi peranan kekhalifahannya (sebagai ibu dan bapa) sentiasa subur pada dirinya.
Sifat kasih dan sayang Allah kepada hamba dan makhluk sentiasa terpancar dalam dirinya. Rahmah Allah menurunkan ilmu menerusi al-Quran sentiasa menjadikan ibu dan ayah menyandarkan kitab suci itu sebagai sumber petunjuk dan maklumat. Ihsan Allah memberikan kekuatan akal dan hati kepada ibu bapa digunakan supaya anak-anak menjadi pintar dan cerdik. Ihsan Allah memberikan ibu bapa harta dan sumber dijadikan asas untuk menggerakkan kehidupan keluarga secara yang Allah reda.
Bayangkan sekiranya ihsan daripada Allah dipancarkan semula dalam bentuk watak keibubapaan yang mulia, anak-anak pasti bertuah memiliki pendidik awal di rumah. Ini kerana contoh atau qudwah yang ada dalam persekitaran awal hidupnya adalah teladan serasi dan selari dengan fitrah dirinya.
Inilah sebenarnya kekurangan dalam banyak keluarga Islam menyebabkan perkembangan naluri meneladani ibu bapa sebagai qudwah kosong. Harus diinsafi bahawa umur anak-anak pada peringkat awal lahirnya hingga akil baligh adalah tempoh hidup yang amat kritikal bagi dirinya.
Pada peringkat inilah proses membina asas sikap dan tingkah laku serta cara hidup yang asas akan berlaku. Sekiranya ibu bapa tidak memahami faktor pertumbuhan akal, jiwa dan emosi serta tingkah laku anak dengan pendekatan ilmu dan asuhan baik, ia boleh menyebabkan mereka kehilangan arah dalam memahami makna diri, persekitaran dan baik buruk sesuatu perkara. Akhirnya, akan menjadikan mereka remaja yang tidak tentu arah serta hilang pedoman dan petunjuk. Asas utama yang menjadi tunggak kekuatan keluarga ialah ilmu mengenai pendidikan dan keterampilan keibubapaan.

Friday 19 August 2011

anak yang memiliki harga diri lebih bahagia


Kita selalu mendengar tentang perkataan harga diri’ atau ‘kepercayaan diri’ tapi adakah kita memahami pentingnya sebuah harga diri bagi kehidupan anak kita di masa yang akan datang? Apakah dengan memiliki harga diri ini, mereka boleh berbahagia?
Dalam kehidupan, kita sering kali melihat orang-orang yang selalu merasa ‘kurang’ yakni kurang cantik, kurang kaya dan sebagainya sehingga mereka tidak merasa bahagia. Itulah gambaran orang-orang yang memiliki harga diri rendah sehingga mereka selalu memerlukan sokongan dan dorongan dari orang-orang sekitarnya supaya dia merasa lebih baik ke atas dirinya sendiri. Sedangkan orang dengan harga diri tinggi, dalam situasi yang sama akan belajar untuk menyelesaikan masalahnya selain berjuang untuk meningkatkan jati diri.
Orang yang memiliki harga diri, lazimnya cenderung menerima hal-hal baru dalam kehidupan mereka, lebih cepat menyelesaikan masalah jika berlaku krisis dan tidak takut mengambil risiko. Mereka biasanya tidak akan menghabiskan waktu untuk sebuah ketakutan sambil memikirkan masalah dari terus menerus.
Mereka cenderung lebih fl eksibel dan memiliki keyakinan untuk mengambil tindakan dalam mengatasi masalah yang timbul. Dapat menyesuaikan diri dengan situasi yang terjadi, dan mudah bersosial.
Dari sini dapat kita simpulkan, bahawa anak yang memiliki harga diri akan lebih bahagia, mudah beradaptasi, kreatif, lebih percaya diri dan kreatif. Sebagai orang tua tentunya kita mahukan anak membesar dengan memiliki harga diri.
Oleh itu sebagai ibu bapa yang prihatin, jangan pernah berhenti memberikan dorongan positif dan dorongan kepada anak kerana sikap anda sebagai orang tua merupakan faktor terpenting dalam mencipta rasa percaya diri dan harga diri anak. Perlakuan kita sebagai orang dewasa akan membawa pengaruh besar dalam kehidupan anak-anak selanjutnya.

siapa penjaga anak ketika anda keluar bekerja?

Penulis berhasrat untuk memulakan makalah ini dengan satu soalan yang khusus ditujukan kepada suami-isteri bekerja serta memiliki anak kecil, “Siapakah yang menjaga anak-anak anda ketika anda keluar bekerja?”
Lazimnya, suami-isteri yang bekerja akan memilih salah satu daripada bentuk penjagaan anak yang berikut: (i) pusat jagaan yang berhampiran dengan rumah atau pejabat; (ii) pengasuh yang terdiri dari mereka yang tiada pertalian darah yang mungkin terdiri dari jiran berdekatan dengan rumah atau yang tinggal dalam perjalanan ke pejabat; (iii) pengasuh yang terdiri dari saudara-mara seperti adik-beradik, makcik atau ibu pasangan suami-isteri itu; dan, (iv) pembantu rumah.
Setiap bentuk penjagaan ini dipilih setelah pasangan suami-isteri tadi menimbangkan buruk-baik bentuk-bentuk penjagaan tersebut dari semua segi. Biasanya, bentuk jagaan yang paling banyak manfaatnya kepada keluarga itu dan yang paling sikit kesan buruknya akan dipilih.
Mereka yang anak-anaknya dijaga oleh saudara-mara yang tinggal berdekatan adalah yang paling beruntung sekali. Ini kerana anak-anak mereka dijaga oleh darah daging sendiri yang tentunya akan memberi jagaan terbaik untuk anak-anak tadi. Namun, dengan berkembangnya keluarga asas yang tinggal berjauhan antara satu sama lain, tidak ramai pasangan suami-isteri yang bertuah seperti ini. Tambah pula bila semakin ramai wanita yang bekerja, jika ada adik-beradik yang tinggal berhampiran pun, mungkin tidak dapat saling membantu dalam hal ini.
Penulis sendiri, yang berasal dari Ipoh dan tinggal di Jalan Ipoh, memiliki tiga orang saudara rapat di Lembah Klang ini. Seorang kakak di Bandar Sunway, seorang sepupu di Petaling Jaya dan seorang ibu saudara di Gombak. Tidak mungkin penulis menghantar anak untuk dijaga oleh kakak penulis itu sebab beliau bekerja. Sepupu penulis pula, walaupun beliau tidak bekerja, tidak mungkin penulis mahu berulang-alik ke Petaling Jaya pada setiap pagi dan petang, sementelah pula anak penulis bersekolah di Jalan Ipoh. Rumah ibu saudara penulis, mungkin agak dekat, tetapi, adalah tidak wajar untuk penulis menyusahkan ibu saudara penulis yang berusia 67 tahun itu. Jadi, ini adalah antara keadaan-keadaan yang dihadapi oleh ramai pasangan suami-isteri bekerja di mana saudara-mara tidak lagi boleh menjadi penyelesai kepada masalah penjagaan anak mereka.
39327 141295349233339 100000586240563 304119 293978 n2 300x228 Siapa Menjaga Anak Anak Anda?
Bagi pasangan seperti ini, pusat jagaan kanak-kanak mungkin satu penyelesaian yang baik. Begitu juga, ada yang mengambil khidmat pembantu rumah kerana selain penjaga anak, pembantu rumah juga boleh mengemas rumah dan membantu di dapur.
Walaupun bentuk-bentuk jagaan ini bukanlah bentuk-bentuk jagaan yang sempurna, namun bentuk-bentuk jagaan seperti itulah yang telah membantu banyak keluarga dwi-kerja di negara kita ini.
Bentuk-bentuk jagaan ini pada asasnya bertujuan untuk memastikan anak-anak kita berada dalam jagaan dan peliharaan orang dewasa ketika kita keluar bekerja. Ini bermakna ketika dalam jagaan orang-orang ini, anak-anak kita akan terjaga makan, minum dan pakainya serta selamat dari sebarang bentuk bahaya. Dalam kata-kata lain, penekanan yang diberikan ia soal penjagaan anak-anak itu, bukan sangat soal didikannya.
Oleh itu, walau apapun bentuk jagaan yang dipilih, ibu bapa masih perlu memberi perhatian kepada soal didikan anak-anak, baik dari segi kerohaniannya, mahupun akhlaknya. Tambah pula bila agama Islam meletakkan tanggungjawab ini di bahu kedua ibu bapa sebagaimana dalam maksud hadis berikut, “Setiap anak dilahirkan atas fitrah, maka kedua ibubapanyalah yang meyahudikannya atau menasranikannya atau memajusikannya”.
mendidik anak Siapa Menjaga Anak Anak Anda?
“Baik-buruk bentuk-bentuk penjagaan anak” ini merupakan salah satu daripada perkara-perkara yang akan dibincangkan dalam Seminar “Institusi Keluarga Mendepani Cabaran Semasa” yang akan dianjurkan oleh IKIM pada 26 – 27 Mei ini. Selain cabaran dari segi menyediakan penjagaan anak yang baik, institusi keluarga juga berhadapan dengan cabaran yang dibawa oleh perkembangan teknologi terkini serta kesannya kepada anak-anak kita yang terdedah padanya. Begitu juga, seminar ini juga akan menyentuh tentang bagaimana untuk memperkasakan anak-anak kita untuk berhadapan dengan cabaran di luar rumah, baik berkaitan dengan rakan sebaya, mahupun aktiviti luar rumah yang tidak sihat. Akhirnya, seminar ini akan memperkatakan tentang “Piagam Keluarga” sebagai asas pembinaan keluarga sejahtera.
Semoga seminar ini dapat memberikan garis panduan kepada ibu bapa masa kini untuk berhadapan dengan cabaran-cabaran tadi yang jika tidak ditangani dengan baik, boleh menjejaskan kesejahteraan keluarga yang sedang mereka bina.

peranan ibu bukan sekadar melahirkan anak

Dalam pandangan hidup Islam, wanita dikhususkan kedudukan yang mulia. Kedudukan yang mulia ini menjadi lebih bermakna apabila mereka menjadi seorang ibu.
Mulianya taraf seorang ibu dalam pandangan hidup Islam tidak boleh dipertikaikan lagi. Di dalam al-Quran mahupun hadis Nabi, terdapat banyak tuntutan dan nasihat supaya memuliakan ibu. Hinggakan ke satu tahap, kelayakan insan untuk diterima ke syurga diletakkan di telapak kaki ibu.
Namun, ibu yang bagaimanakah boleh dianggap sebagai mulia? Adakah setiap wanita yang bergelar ibu, adalah ‘ibu’ yang dimaksudkan? Atau, pada ketika manakah, si ibu itu benar-benar bergelar seorang ‘ibu’?
Bagi menjawab persoalan di atas, boleh kita katakan bahawa saat awal seorang wanita bergelar ibu adalah ketika beliau melahirkan anaknya. Namun, adakah dengan hanya melahirkan si anak, seorang wanita telah benar-benar layak bergelar ibu?
Jawapan kepada persoalan ini mudah. Pastinya, ramai yang akan menjawab bahawa alam keibuan itu tidak akan lengkap dengan hanya melahirkan si anak ke dunia tetapi yang lebih penting adalah untuk memberikan anak jaminan kasih-sayang dan keselamatan, sentuhan, perhatian, jagaan serta pendidikan. Oleh itu, apabila semua tuntutan ini lengkap maka wanita itu sah bergelar seorang ibu.
Dengan jawapan yang diberi itu, maka lihat pula keadaan dunia kini. Anak-anak kita kini dijaga oleh ibunya atau lebih banyak dijaga oleh pembantu atau penjaga? Masa seorang ibu lebih banyak di rumahkah atau di luar rumah, bekerja serta berpersatuan? Pendidikan anak-anak dipikul oleh gurukah atau ibu mereka atau ibu kini hanya sekadar bertanya sama ada anak sudah selesai kerja sekolahnya?
ibu 300x275 Ibu, Bukan Hanya Sekadar Melahirkan Anak
Persoalan-persoalan yang dipaparkan di atas sebenarnya membawa kepada satu persoalan yang penting iaitu sama ada para ibu pernah terfikir bahawa adakah diri mereka sudah menjadi ibu yang sebenarnya terhadap anak-anak? Penulis pasti, tidak ramai ibu yang pernah atau benar-benar memikirkan keadaan ini. Kesibukan hidup sehari-harian kadang-kala tidak memungkinkan kita memikirkan perkara ini. Malah dalam banyak keadaan, orang mungkin menganggap perkara ini remeh dan tidak perlu difikirkan.
Namun, dalam dunia serba maju dan sibuk kini, penulis tetap yakin bahawa kadang-kala kita perlu menanyakan soalan tersebut. Ini adalah satu bentuk muhasabah diri. Dengan kata lain, para ibu menilai diri mereka sendiri demi untuk mengubah sesuatu yang telah silap dan merancang sesuatu yang lebih baik. Misalnya, jika memikirkan diri terlalu sibuk dan tiada masa untuk keluarga, maka berubahlah. Rancangkan sesuatu kegiatan yang boleh diamalkan bersama keluarga. Lanjutan dari ini tetapkan azam untuk memberi lebih perhatian kepada keluarga.
Sebenarnya, tidaklah salah untuk seorang ibu menjadi sibuk. Mereka boleh sahaja sibuk dalam urusan rumahtangga mahupun pekerjaan. Namun, apa yang menimbulkan kesedihan ialah apabila kesibukan si ibu adalah satu kesibukan yang dicipta semata-mata. Misalnya, mementingkan pertemuan dalam persatuan dihujung minggu sedangkan masa itu sepatutnya diperuntukan untuk anak-anak. Atau, berjam-jam di pusat rawatan kecantikan sedangkan anak-anak dibiar berlari-lari dan menjerit-jerit dikejar pembantu rumah.
Penulis yakin, setiap wanita yang bergelar ibu mempunyai cara yang tersendiri untuk membawa watak mereka itu. Ada yang lebih selesa menguruskan rumahtangga sendiri tanpa mengharapkan bantuan orang luar. Namun, ramai juga ibu yang memerlukan bantuan dalam menguruskan hal ehwal rumahtangga. Kedua-dua keadaan ini tidak ada salahnya. Apa yang salah adalah apabila kita menganggap kita terlalu memberikan tumpuan kepada perkara lain sehingga keluarga terabai.
Sebenarnya, seringkali orang berkata betapa penting keluarga dalam hidup mereka tetapi dalam keadaan sebenarnya, apa pula amalan kita untuk membuktikan perkara tersebut. Misalnya, bagi seorang ibu, anak sangat penting. Malah jika ditanya maka ramai yang akan berkata bahawa mereka sanggup melakukan apa sahaja untuk kesejahteraan anak. Namun dalam keadaan sebenar, selalunya berbeza. Jika dipanggil untuk menghadiri pertemuan guru dan ibu bapa, berapa ramaikah ibu bapa yang turut serta? Jika anak-anak menunjukkan hasil lukisan mereka di sekolah, berapa ramaikah ibu bapa yang benar-benar memerhatikan lukisan yang ditunjukkan itu?
ibu 2 232x300 Ibu, Bukan Hanya Sekadar Melahirkan Anak
Seringkali kita terjerat di dalam perangkap kesibukan dalam hidup. Bila ditanya, ramai yang akan berkata bahawa terlalu sibuk dengan kerja atau kegiatan yang lain hingga tidak dapat membawa anak bercuti atau menghadiri kegiatan anak di sekolah. Begitu mudah kita meletakkan kesalahan kepada kesibukan hidup. Ini mengingatkan penulis nasihat keluarga bahawa manusialah yang harus mengurus masa dan bukan sebaliknya.
Dengan penerangan-penerangan di atas maka jelas terbukti bahawa melahirkan anak bukan satu syarat utama untuk bergelar ibu. Ada banyak tanggungjawab yang perlu dipikul untuk memastikan wanita layak memegang gelaran tersebut. Namun, jika dilihat dalam dunia kita, ramai pula ‘ibu’ yang terlupa akan hakikat ini. Maka apa yang dipaparkan di dalam makalah ini adalah usaha untuk saling mengingatkan akan hakikat tanggungjawab seorang ibu. Hakikatnya, tanggungjawab utama wanita adalah kepada keluarganya. Apa-apa yang diamalkan dalam hidup, misalnya bekerja, seharusnya dikaitkan dengan keluarganya. Malah kejayaannya di dunia dan di akhirat juga akan diukur dari sudut ini dan bukannya semata-mata kejayaan sebagai pekerja terbaik atau ahli persatuan paling setia.
Apa yang pasti, setiap keistimewaan datang dengan tanggungjawab yang besar. Oleh itu, keistimewaan yang diberikan kepada wanita untuk menjadi seorang ibu juga datang dengan tanggungjawab tertentu. Sebagai perbandingan, lihat sahaja di sekeliling kita. Seorang ketua pengarah, mendapat kedudukan jawatan yang tinggi tetapi mempunyai tanggungjawab yang besar untuk memimpin orang bawahannya.
Samalah halnya dengan wanita. Keistimewaan yang dianugerahkan kepada mereka bukan sekadar mengiktiraf kedudukan mulia mereka tetapi lebih penting lagi keistimewaan itu datang dengan tugas yang besar, iaitu mendidik anak-anak menjadi insan yang berguna dan dapat berkhidmat dengan cemerlang dalam masyarakat.
Akhir sekali, ingin penulis memaparkan satu kisah berkisar tentang Sayyidati Fatimah, anakanda Rasulullah SAW. Suatu hari Saiyyidati Fatimah berjumpa dengan Rasulullah SAW untuk meminta seorang pelayan dari hasil tawanan perang. Hasratnya, agar pelayan itu dapat membantunya dalam urusan rumahtangga. Namun Rasulullah SAW menolak permintaan tersebut. Rasulullah kemudian mengajar Saiyyidati Fatimah beberapa potong doa dan menyuruhnya supaya meminta tolong kepada Allah SWT untuk mengurus rumahtangga, mendidik anak serta melayani suami.
Dalam pada itu, Rasulullah memberi nasihat kepada Saiyyidati Fatimah “Hai Fatimah, sabarlah. Sesungguhnya sebaik-baik wanita adalah yang memberi manfaat kepada keluarganya”. Oleh itu, sedarlah para ibu bahawa ukuran kejayaan seorang ibu bukan semata-mata kejayaan dalam kerjaya, pendidikan atau kedudukan dalam masyarakat tetapi yang lebih penting adalah kejayaan para ibu dalam membina keluarga bahagia.

keluarga menjadi korban kepincangan mengejar duniawi

SETIAP pasangan yang berkahwin pasti mengharapkan hubungan dibina kekal sepanjang hayat. Tidak pernah tergambar akan melalui detik sukar membawa kepada perceraian yang akan memberi kesan terhadap beberapa pihak terutama anak-anak.

Punca perceraian perlu diambil kira untuk melihat apakah bentuk masalah yang boleh menyebabkan perceraian. Ada pelbagai punca perceraian antaranya faktor kekurangan kewangan, tiada persefahaman, kegagalan memahami serta melaksanakan tanggungjawab.
Sama ada kegagalan memahami tanggungjawab berpunca daripada kekhilafan mahupun kurangnya pendedahan diberikan hingga kadangkala pihak berkenaan tidak mengetahui akan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan.
Satu lagi punca perceraian berkemungkinan kesan daripada pasca-modenisme yang tanpa disedari merubah serba sedikit budaya serta amalan masyarakat masa kini seiring kemajuan dicapai dan sekali gus memberi kesan terhadap perkara lain.
Pasca-modenisme bukanlah sesuatu yang baru, namun fahaman manusia berpegang kepada modernisme ini menyebabkan mereka yakin manusia yang berkuasa dan menentukan segala aspek kehidupan.
Pengaruh hebat ini juga berkesan ke atas pemikiran dan keyakinan umat Islam melalui pelbagai saluran seperti sistem pendidikan, ekonomi, budaya, sosial dan politik.
Oleh demikian, pemahaman terhadap konsep keluarga dan tanggungjawab penting. Keluarga hari ini pada asasnya terdiri daripada bapa, ibu dan anak-anak. Berbeza masyarakat tradisional, keluarga lebih besar kerana termasuk saudara mara sebelah suami dan isteri yang tinggal bersama.
Ini sebenarnya memberi kesan kepada kepemimpinan keluarga kerana jika berdasarkan keluarga tradisional, keluarga akan dipimpin oleh datuk yang berpengalaman berbanding keluarga asas dipimpin bapa masih muda serta kurang pengalaman.Perubahan demi perubahan menjadikan tumpuan manusia tertumpu kepada kebendaan. Kehidupan bukan lagi setakat selesa malah lebih daripada itu. Maka, berlakulah perceraian berpunca daripada kegagalan suami memberikan nafkah mengikut kehendak isteri untuk berbelanja. Pada masa sama, tanggungjawab yang sepatutnya mula diabaikan sedikit demi sedikit.
Suami adalah peneraju utama keluarga dan sebagai pembimbing kepada isteri serta anak bersesuaian kelebihan dianugerahkan Allah terhadap kaum lelaki. Suami juga bertanggungjawab memberi nafkah kepada isteri serta anak.
Firman Allah yang bermaksud: “Kaum lelaki adalah pemimpin yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan kerana Allah melebihkan kaum lelaki dengan beberapa keistimewaan daripada kaum perempuan dan kerana kaum lelaki membelanjakan sebahagian dari hartanya.” (Surah An-nisa’, ayat 34)
Dalam pada itu, tanggungjawab utama isteri adalah mentaati dan patuh kepada suruhan suami bersesuaian dengan hadis Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Sekiranya aku diperintahkan untuk menyuruh seseorang menyembah seorang yang lain, nescaya aku akan menyuruh seorang perempuan menyembah suaminya.” (Hadis riwayat Abu Daud dan Hakim)
Ini bukanlah menafikan hak atau memandang rendah peranan wanita kerana wanita mempunyai peranan tersendiri. Wanita pengurus utama keluarga dari sudut kewangan, makan minum, pakaian, pengurus kediaman serta dalam didikan terhadap anak.
Permasalahan mungkin timbul apabila suami mulai mengabaikan tanggungjawabnya. Lebih-lebih lagi jika isteri mempunyai kerjaya dan kebanyakannya mengharapkan wang hasil pendapatan isteri untuk menampung keperluan keluarga.
Akan tetapi, realitinya, suami masih lagi bertanggungjawab secara penuh dan isteri boleh membantu sekadar yang perlu, bukan menanggung sepenuhnya atau sebahagian besar keperluan.
Tuntutan kerja sekarang ada kala menyebabkan isteri tidak lagi menguruskan rumah tangga sebaliknya tugas menyediakan makanan serta keperluan keluarga dilakukan pembantu rumah. Ini belum lagi waktu kerja yang menyukarkan isteri membahagikan antara kerjaya dan rumah tangga.
Ini belum lagi kes isteri yang berjawatan lebih tinggi daripada suami yang turut mencetus kepada perbalahan. Segelintir wanita juga gagal memahami bahawa konsep ketaatan bukanlah satu budaya yang sengaja diwujudkan pada zaman dulu tetapi digariskan oleh syarak.
Kegagalan memahami tanggungjawab menyebabkan lelaki mengambil kesempatan terhadap isteri yang bekerja sementara isteri yang menyumbang kepada ekonomi keluarga pula merasakan dirinya tidak boleh dikawal oleh suami.
Kemodenan tidak bermaksud perlu mengubah semua perkara sehingga mengenepikan hukum syarak.
Pemahaman ini perlu diterapkan kepada masyarakat supaya dapat memahami apa yang dimaksudkan kemodenan sebenar mengikut Islam.
Kebahagiaan rumah tangga juga bukan melihat kepada setinggi mana ilmu seseorang dari sudut akademik mahupun ilmu agama, atau sebanyak mana masa dan wang diperuntukkan untuk keluarga.
Keluarga akan bahagian apabila semua ahlinya memenuhi tanggungjawab masing-masing serta saling menghormati selain bekerjasama menguruskan keluarga berdasarkan syariat Islam tanpa mengetepikan keperluan mengikuti perkembangan semasa.
Mohamad Isa Abd Ralip

apakah punca anak menjadi derhaka pada ibubapa?

Sabda nabi saw, “Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu
hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran).” dimana yang nak dipukul tu? tapak kakinya….. bukan muka, punggung, telinga dan ditempat-tempat yang sensitif…. itu salah….
“Jika dia bijak dan menang dalam sebarang pertandingan sekolah,ucapkan tahniah. Tidak salah kita cium atau peluk mereka sebagai tanda penghargaan.
anak derhaka 300x285 Apa punca anak derhaka pada ibu bapa???? ..
Kala umur mereka 14 hingga 21 tahun jadikan kawan. Tetapi selalunya usia beginilah ibu bapa mula merenggangkan hubungan dan ini menyebabkan anak derhaka”.
Yang penting anak-anak harus dilatih sembahyang jemaah bersama, latih cium tangan dan peluk penuh kasih dan sayang, maka mereka tidak akan
tergamak menderhaka.
“Saya pernah tinjau, anak-anak yang lari daripada rumah, berpunca daripada rasa bosan. Belum sempat letak beg sekolah, ibu dah suruh macam-macam.
Si anak rasa tertekan dan menyampah dengan persekitaran dan rumahnya. Boleh disuruh tetapi berikan hak mereka di rumah. Yang penting dia balik ke rumah suka, dan pergi sekolah pun seronok.
“Mungkin ibu bapa punya alasan tidak rapat dengan anak-anak kerana sibuk.
Kita boleh cuba cara lain, balik di tengah malam, anak-anak sudah tidur,pergi bilik dan cium dahinya. Hubungan rohani tetap subur, walaupun anak tidur tetapi jiwanya sentiasa hidup,”.
Jangan kita tunjuk sikap kita yang panas baran, pemarah dan ada kuasa veto kepada mereka, jangan suka mengherdik mereka dengan perkataan “bodoh,kurang ajar, sumpah seranah dan sebagainya yang merupakan doa kepada mereka”.. inilah yang menyebabkan mereka derhaka kepada kita…
DOA ANAK-ANAK TERMAKBUL
Lazim orang tua, pantang anak menegur walaupun tahu mereka bersalah.
Jangan rasa tercabar kerana pesan orang tua-tua, bisa ular tidak hilang walau menyusur di bawah akar.
Sayyidina Umar berkata, kanak-kanak tidak berdosa dan doa mereka mudah diterima. Begitu juga dengan Rasulullah, kalau berjumpa anak-anak
kecil,Baginda cukup hormat dan sayang sebab anak-anak tidak berdosa.
Lagipun kanak-kanak kalau menegur memang ikhlas dan jangan ambil endah tidak endah. Perasaan anak juga mesti dihargai, sesetengah orang tua kurang bercakap dengan anak-anak. Kalau menegur pun dengan ekor mata dan herdikan.
anak derhaka 300x225 Apa punca anak derhaka pada ibu bapa???? ..
Si anak rasa tersisih dan tidak dihargai. Kepada kawan tempat mereka mengadu bila jumpa kawan baik tidak mengapa, tetapi jumpa yang samseng, ia sudah tentu membawa padah.
BERTAUBAT SEBELUM MELARAT
Jika Tuhan menurunkan hidayah, segeralah insaf dan bertaubat. Tetapi apa caranya jika orang tua telah meninggal sedangkan sewaktu hidupnya kita
derhaka dan melawan mereka?
Bila insaf, selalulah ziarah kubur emak ayah kita dan bacakan ayat-ayatsuci untuknya. Jumpa semula kawan-kawan baik ibu atau jiran-jiran yang masih hidup dan buat baik dengan mereka. Sedekah ke masjid atas nama ibu ayah. Walaupun ibu ayah sudah meninggal, minta maaf berkali-kali semoga ibu redha dan Allah ampunkan dosa.
Allah maha pengampun dan luas rahmatnya. Tetapi jangan ambil kesempatan buat jahat kemudian bertaubat. Hidup tidak tenteram atau bala turun.
Cuba kita perhatikan kemalangan yang berlaku setiap hari. Misalnya tayar kereta pecah, jangan lihat dengan mata kasar, selidik apa salah yang telah kita buat hari ini. Pertama bagaimana hubungan kita dengan Tuhan,jika semuanya baik turun ke peringkat kedua, bagaimana pula hubungandengan ibu?
“Pastikan hubungan dengannya sentiasa harmoni dan lancar. Tidak rugi menjalinkan hubungan yang baik kerana hayat mereka bukanlah terlalu panjang untuk bersama kita.”
HUBUNGAN DENGAN BAPA
Lazim ibu yang dilebihkan, sedangkan bapa menjeruk perasaan kerana tidak dipedulikan anak-anak. “Hubungan dengan bapa sepatutnya sama dengan ibu tetapi dalam konteks Islam, kalau berlaku pertembungan, nabi suruh utamakan ibu dahulu. Tiga kali ibu barulah sekali kepada bapa”.
“Bagaimanapun sebaik-baiknya, kasih sayang dan perhatian biar sama agar kedua-duanya tidak berkecil hati. Begitu juga dengan nenek, walaupun kata-katanya ada yang mengarut tetapi jangan melawan di depan mereka.
“Sebenarnya golongan nyanyuk dan tua mencabar kesabaran kita.
Walaupun Allah tidak ambil kira kata-kata mereka tetapi kita wajib mentaati dan menghormati golongan tua.”
USAH DERHAKA KEPADA MENTUA
“Mentua mesti dimuliakan seperti kita menghormati orang tua sendiri.
Kalau mereka kecil hati, samalah seperti tersinggungnya hati emak. Kita sayang anaknya kenapa tidak sayang orang yang melahirkannya juga?”
“Saya tahu, ada menantu kecil hati dan pendam perasaan terhadap
mentua yang terlalu ambil berat tentang anaknya. Bersabarlah dan jalin hubungan baik kerana taraf mereka sama seperti ibu bapa kandung,” jelasnya.
Kewajipan anak lelaki, pertama kepada Allah , kedua rasul, ketiga emak dan emak mentua, keempat bapa dan bapa mentua dan kelima baru isteri.Isteri kena faham, kalau dia sayang dan melebihkan ibu bapa, itu memang wajar.
“Sebaliknya anak perempuan, yang pertama Allah, kedua rasul dan ketiga suami. Jalan pintas ke syurga bagi anak-anak selain Allah adalah emak dan ayahnya. “Perasaan mentua perlu dijunjung kerana mereka berhak ke
atas menantu. Seperti kisah Nabi Allah Ibrahim dengan anaknya Nabi Ismail,
suatu hari, Nabi Ibrahim ke rumah anaknya dan kebetulan Nabi Ismail tidak
ada di rumah isterinya pun tidak kenal dengan mentuanya. “Menantu berkasar menyebabkan Nabi Ibrahim kecil hati. Dan sebelum balik dia berpesan kepada menantunya suruh suaminya tukar alang rumah kepada yang baru. Bila Nabi Ismail balik isterinya pun menggambarkan rupa lelaki tersebut menyampaikanpesan. Nabi Ismail sedar itu adalah ayahnya.
“Nabi Ismail insaf di sebalik simbol kata-kata ayahnya, bahawa isterinya
bukan daripada kalangan wanita yang berakhlak, lalu diceraikan. “Nabi Ismali berkahwin kali kedua dan bapanya masih tidak mengenali menantu.
Sekali lagi Nabi Ibrahim melawat dan menantunya melayan dengan
bersopan santun walaupun tidak kenal siapa Nabi Ibrahim. Nabi Ibrahim tertarik hati dan sebelum balik berpesan lagi, katakan alang rumah anaknya sudah cukup baik dan jangan ditukar kepada yang lain.” bukan saya nak bawa
kisah ni untuk mudah orang nak bercerai dak pakat elok-elok….
sekian wallahua’lam….

kemahiran mendidik anak perlu sentiasa ditingkatkan

Dalam zaman serba moden kini, pelbagai masalah sosial menghambat kehidupan anak-anak muda kita. Mereka mudah terjebak dalam pelbagai masalah seperti seks bebas hingga membawa kepada pembuangan bayi, merempit yang membawa kepada kematian dan kecederaan, ponteng sekolah hingga terjebak dalam pelbagai jenayah lain termasuklah ketagihan dadah, arak dan gam. Apa yang dipaparkan ini cuma sebahagian daripada masalahnya. Hakikatnya, senarai masalah itu terlalu panjang jika ingin dimuatkan dalam penulisan ini.
Dengan berlakunya pelbagai masalah ini, masyarakat menunjukkan tindak balas yang berbeza-beza. Pada masa yang sama, jari-jari mula digerakkan ke pelbagai arah, mencari siapa yang salah. Antara pelbagai arah itu, institusi sekolah merupakan satu arah yang tidak mungkin tercicir. Kerap kali kita mendengar cadangan agar subjek “itu” dan “ini” diperkenalkan di sekolah demi menangani masalah kegersangan ilmu anak-anak muda masa kini.
Jika tidak percaya, bacalah di mana-mana. Bila ramai yang membuang bayi, maka dicadangkan sekolah memulakan pendidikan seks kepada pelajar. Bila ada masalah berkaitan kesedaran alam sekitar yang rendah maka dicadangkan pendidikan alam sekitar diajar di sekolah. Bila wujud isu kepenggunaan, maka sekali lagi dicadangkan agar pendidikan kepenggunaan diajar kepada pelajar. Dengan itu, jika sekolah ialah tempat mengajar atau mendidik tentang segala-galanya maka persoalannya, di manakah tanggungjawab ibu bapa dalam mendidik anak-anak mereka?
Dalam satu pepatah Arab ada ungkapan yang berbunyi al-Ummu al-madrasah yang membawa maksud “ibu adalah sekolah.” Pepatah yang pendek dan serba ringkas ini dengan jelas menunjukkan bahawa ibu mempunyai tanggung jawab awal mendidik anaknya. Walaupun pepatah ini menyebut tentang ibu, namun secara bijaknya dapat kita fahami bahawa pepatah ini tidak sekali-kali menyisihkan peranan bapa. Oleh itu, dalam soal memberi didikan, ibu bapalah yang seharusnya memikul tanggungjawab itu. Pendidikan yang dimaksudkan ialah pendidikan yang menyeluruh. Dengan itu, sama ada pendidikan seks, pendidikan alam sekitar mahupun pendidikan kepenggunaan, maka ibu bapalah yang harus mengajarkannya.
Sewajarnya, ibu bapa tidak memindahkan tanggungjawab mendidik anak-anak kepada sekolah semata-mata. Sekolah sepatutnya menjadi tempat untuk mengukuhkan pengetahuan anak-anak. Tetapi, ibu bapalah yang seharusnya memberi ilmu pengetahuan asas kepada anak-anak mereka. Berkaitan dengan peningkatan masalah anak muda masa kini, tidak salah jika dikatakan bahawa ibu bapa kini telah gagal mendidik anak mereka secara menyeluruh termasuklah mendidik tentang soal seks, soal kepenggunaan mahupun alam sekitar. Malah, kemungkinan besar pendidikan asas yang wajib iaitu pendidikan akidah dan akhlak juga gagal ibu bapa kukuhkan dalam jiwa anak-anak.ibubapa5cd Kemahiran Mendidik Anak anak Perlu Sentiasa Dipertingkat
Dalam sebuah hadis, disebutkan bahawa: “Setiap anak dilahirkan secara fitrah, kedua-dua ibu bapanya yang menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim). Dengan jelas, hadis ini menunjukkan bahawa ibu bapa mempunyai peranan yang besar dalam pendidikan anak-anak dan pembentukan diri yang mulia. Untuk itu, ibu bapa zaman ini mesti bersedia untuk menurunkan ilmu di dada mereka kepada anak-anak. Bermula dengan ilmu akidah dan akhlak yang baik sehinggalah kepada mendidik mereka tentang hal-hal dunia seperti perbezaan fisiologi badan lelaki-wanita, hubungan lelaki-wanita, penjagaan alam sekitar, menjadi pengguna bijak dan sebagainya.
Dalam keadaan ini, ibu bapa tidak boleh menyatakan bahawa mereka tidak mengetahui ilmu yang disebutkan di atas. Jika tidak menjadi pakar, sekurang-kurangnya mereka patut mempunyai asas dalam ilmu yang disebutkan tadi. Apatah lagi jika bercakap tentang pendidikan akidah dan akhlak. Jika ibu bapa “tempang” dalam hal ini, maka tidak hairanlah anak-anak muda kini juga hidup dalam “ketempangan.” Begitu juga dengan pendidikan seks, alam sekitar dan kepenggunaan. Sekurang-kurangnya ibu bapa mesti mempunyai asas dalam subjek-subjek tersebut dan kemudian menyampaikan atau mendidik anak-anak mereka tentangnya.
Selain mempunyai pengetahuan, satu perkara lagi yang juga tidak kurang pentingnya ialah kemahiran menyampaikan pengetahuan itu. Kadang kala, ibu bapa sememangnya mempunyai pengetahuan tetapi tidak mempunyai kemahiran untuk menyampaikannya. Mereka tidak tahu bagaimana untuk menyampaikan apa yang telah mereka pelajari kepada anak-anak. Terutamanya dalam pendidikan seks. Mereka gusar tentang kaedah terbaik dalam menyampaikan ilmu ini secara berkesan. Ditambah pula dengan kekangan budaya orang Timur yang begitu malu atau segan berbicara tentang subjek ini. Lagipun, ibu bapa dahulu tidak diajar tentang pendidikan seks di sekolah maka pastinya kini mereka kelam kabut untuk mendidik anak dalam subjek yang sama. Bagi mengatasai masalah ini, ibu bapa perlu mempersiapkan diri untuk memperoleh kemahiran menyampaikan sesuatu ilmu kepada anak-anak.
Berkaitan dengan persiapan ibu bapa untuk mendapatkan kemahiran menyampaikan ilmu, timbul pula persoalan lain iaitu wujudkah peluang untuk memperoleh kemahiran tersebut? Kita sedia maklum tentang kursus pra-perkahwinan namun kursus pasca-perkahwinan agak janggal didengar. Kursus pasca-perkahwinan sememangnya ada ditawarkan kepada para pasangan yang sudah berumah tangga. Sebagai contoh, yang disediakan oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN). Kursus-kursus sebegini tidaklah wajib sifatnya. Terpulanglah kepada mana-mana pasangan ibu bapa untuk menyertai atau tidak. Oleh itu, ibu bapa wajar mengambil peluang untuk menyertai kursus-kursus sebegini bagi meningkatkan kemahiran mendidik atau menyampaikan pengetahuan kepada anak-anak.
Sebagai kesimpulan, tanggungjawab ibu bapa adalah memberi pendidikan menyeluruh kepada anak-anaknya. Hal ini harus bermula daripada mengenal Pencipta sehinggalah kepada mengenal dunia persekitaran si anak. Sejak mula merancang untuk memiliki keluarga lagi, cara pemikiran pasangan lelaki dan wanita harus berubah dengan memberi tumpuan kepada memikirkan serta merancang kehidupan zuriat yang bakal dilahirkan. Ini termasuklah dalam soal pendidikan mereka. Tanggungjawab mendidik ini tidak boleh diberikan kepada orang lain. Sebagai ibu dan bapa, merekalah yang sewajarnya menyampaikan pendidikan asas kepada anak-anak.
Lanjutan dari itu juga, peluang-peluang untuk menambahkan ilmu dan kemahiran mendidik anak haruslah wujud. Ini bermakna, tumpuan peluang itu tidak seharusnya di kawasan bandar semata-mata tetapi turut meliputi kawasan luar bandar. Bagi kawasan bandar, peluang ini agak banyak dan mudah didapati tetapi bagi kawasan luar bandar, pendekatan lain perlu digunakan. Dalam hal ini, peranan pendidikan dalam komuniti amat digalakkan. Untuk melaksanakan pendidikan dalam komuniti ini, peranan masjid dan jawatankuasa kampung perlu digiatkan lagi. Demi menjayakan rancangan ini, sokongan pihak lain seperti agensi-agensi kerajaan dan negeri termasuklah pertubuhan bukan kerajaan amatlah dialu-alukan.
Soal pendidikan anak-anak ini sentiasa menjadi satu cabaran kepada ibu bapa. Cabaran ini pula sentiasa berbeza-beza dari satu zaman ke satu zaman yang lain. Kemungkinan besar cara ibu bapa zaman dahulu mendidik anak-anak mereka perlu diubahsuai agar selari dengan perkembangan zaman. Ini tidak bermakna kaedah lama itu salah namun tiada ruginya ibu bapa kini mempelajari ilmu moden dalam mendidik anak. Berkaitan dengan ini, nasihat Sayidina Umar al-Khattab mungkin boleh dijadikan panduan. Kata Sayidina Umar: “Didiklah anak-anakmu itu berlainan dengan keadaan kamu sekarang kerana mereka telah dijadikan Tuhan untuk zaman yang bukan zamanmu.” Jelas, usaha meningkatkan kemahiran mendidik anak sentiasa penting dan menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk mencari ilmu dan kemahiran tersebut.

Kemahiran Keibubapaan Menghadapi Cabaran


Institusi kekeluargaan di Malaysia sedang menghadapi pelbagai cabaran dan perubahan. Sejajar dengan itu, peranan institusi keluarga turut berubah dari masa ke semasa bersesuaian dengan faktor persekitaran dan situasi semasa. Antara peranannya ialah menjadi agen utama dalam proses sosialisasi anak-anak, proses perkembangan dan pembesaran mereka dan pembangunan potensi setiap ahli keluarga. Seterusnya, kefungsian keluarga dan peranannya melebar sebagai pencorak perkembangan dan kesejahteraan rakyat.

Memandang kepada fungsi dan peranan tersebut, institusi keluarga perlu berdaya tahan menangani cabaran-cabaran hidup yang sangat kompleks seperti penjagaan anak di kalangan pasangan dwi-kerja, keibubapaan anak remaja dan tanggungjawab kepada ibu bapa yang telah tua. Justeru, institusi keluarga perlu diperkukuh dan diperkasa dengan ilmu, pengetahuan dan kemahiran yang terkini secukupnya.

Kesan Kehidupan Kekeluargaan


Keupayaan keluarga untuk mengharungi arus pemodenan dan pembangunan menjadi isu utama yang perlu diberi perhatian. Oleh yang demikian, menurut Dato’ Aminah Abdul Rahman, Ketua Pengarah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), beberapa kesan kehidupan kekeluargaan perlu diambil perhatian.

Antaranya daripada aspek pendidikan kemahiran keibubapaan berteraskan tanggungjawab bersama suami isteri perlu diutamakan agar peranan yang dimainkan lebih signifikan membina keluarga yang sejahtera.

Keduanya, intervensi untuk membimbing golongan remaja perlu diperhebatkan. Penglibatan keluarga dalam program pemulihan remaja bermasalah dan hukuman seperti kerja-kerja khidmat masyarakat dan kaunseling boleh dikuatkuasakan.

Ketiganya, memberi perhatian yang khusus dan berterusan terhadap program-program yang berbentuk ‘support system’ perlu dilaksanakan. Menerusi sistem sokongan yang diwujudkan sama ada di tempat kerja atau dalam komuniti, dapat membantu keluarga untuk berkongsi masalah dan mendapatkan maklumat-maklumat terkini.

Antara cadangan yang dikemukakan oleh beliau ialah memperluaskan penyediaan pusat penjagaan anak di tempat kerja dan pemberian subsidi untuk menampung kos penjagaan anak yang semakin tinggi. Selain itu, peruntukan cuti khas kepada ibu bapa seperti membawa anak ke hospital, menghadiri mesyuarat PIBG dan menghadiri aktiviti sukan anak-anak juga wajar dipertimbangkan.

ICT – Panduan Untuk Keluarga


Hari ini kita melihat menifestasi ‘Teknologi Maklumat dan Komunikasi’ atau ringkasnya ICT begitu pelbagai.. Di pihak ibu bapa, kesedaran terhadap cabaran-cabaran menifestasi ini amat penting bagi membantu ibu bapa memastikan ICT dimanfaatkan dan anak-anak diberi perlindungan dari penyalahgunaan teknologi ini.

Dalam Seminar Intitusi Keluarga Mendepani Cabaran Semasa anjuran IKIM pada 26-27 Mei yang lalu, Tn. Shaikh Mohd Saifuddeen, Pengerusi Eksekutif Yayasan Ilmuwan telah membentangkan satu kertas kerja bertajuk Anak-anak dan Perkembangan Terkini Teknologi Maklumat: Panduan untuk keluarga.

Melalui pembentangan tersebut, dikongsikan serba sedikit maklumat lima aplikasi berasaskan internet yang popular dilayari oleh anak-anak zaman sekarang. Dahulu, kebimbangan ibu bapa adalah capaian anak-anak kepada laman-laman ponografi. Namun pada hari ini telah terdapat alternatif-alternatif lain antaranya ialah sembang internet, permainan atas talian, blog, jaringan sosial internet dan perkongsian fail.

Menifestasi ICT bukan setakat komputer dan internet. Alat seperti telefon bimbit juga merupakan salah satu manifestasi ICT. Zaman ini, telefon mudah alih boleh digunakan untuk menerima gambar, animasi dan video, tidak seperti peringkat awal penggunaannya yang menghantar dan menerima teks sahaja.

Pastinya kita selalu melihat berita di dada-dada akhbar bahawa video-video yang bersifat peribadi dan lucah diambil menggunakan kamera video pada telefon mudah alih. Kemudian, video tersebut ada yang dihantar menggunakan perkhidmatan Sistem Pesanan Multimedia (MMS) atau dimuat naik ke laman sesawang, blog atau portal. Jika kemudahan ini tidak dipandu oleh ibu bapa, ia akan membawa penyalahgunaan yang mengundang kemudaratan.

Pada waktu yang sama, pembentang juga mengusulkan kepada ibu bapa agar jangan melupakan ancaman-ancaman yang lebih kecil sifatnya. Beliau memberi contoh tentang masalah ketagihan internet apabila anak-anak menghabiskan terlalu banyak masa di hadapan komputer dengan bermain permainan internet, bersembang, memuat turun video, mengemas kini blog dan aplikasi jaringan sosial internet serta macam-macam kemudahan lagi.

Jelas beliau, ketagihan internet yang tidak dikawal boleh membawa masalah besar kepada anak-anak terutamanya dari sudut kesihatan (kurang tidur, kurang rehat dan makan tidak teratur), proses sosialisasi (lebih mudah berinteraksi dengan kawan-kawan secara siber berbanding bersemuka), aspek spiritual (lebih gemar menggunakan internet daripada menggunakan masa bagi tujuan ibadah) dan konteks pembelajaran (masa bagi mengulangkaji digunakan bagi tujuan internet).

Namun demikian, dalam kita membicarakan risiko dan ancaman yang dibawa oleh ICT, jangan dilupakan akan manfaat yang diraih daripadanya. Segalanya terletak dibahu kita untuk memberi pilihan kepada anak-anak sama ada memilih jalan selamat atau jalan yang membawa mudarat. Sebagaimana ibu bapa memberikan garis panduan kepada anak-anak untuk menjalani kehidupan nyata, begitulah panduan yang harus diberikan kepada anak-anak dalam menjalani kehidupan siber.
topik_216

Aktiviti Yang Sihat Untuk Anak-anak


Peranan keluarga sebagai agen sosialisasi utama tidak pernah berubah dengan peredaran masa. Anak-anak bergantung kepada ibu bapa untuk bimbingan dalam semua aspek kehidupan. Ibu bapa juga mempunyai tanggungjawab paling signifikan tentang minat dan nilai remaja dalam aktiviti tertentu (Shannon, 2006).

Kemahiran keibubapaan adalah peranan paling asas dan utama yang menentukan remaja berkembang secara positif dan melibatkan diri dalam aktiviti sihat atau sebaliknya. Menurut Dr. Siti Nor Yaacob, Pensyarah Kanan Jabatan Pembangunan Manusia dan Pengajian Keluarga, Fakulti Ekologi Manusia, UPM, terdapat ciri atau peranan ibu bapa yang boleh mempengaruhi perasaan positif remaja dan menghindari mereka daripada aktiviti bermasalah. Antaranya adalah:

Pengawasan ibu bapa
. Pengawasan memerlukan ibu bapa menetapkan peraturan dan batasan kepada tingkah laku remaja untuk membentuk kawalan kendiri mereka. Remaja yang mempunyai kawalan kendiri akan membuat pertimbangan kesan penglibatan mereka dalam aktiviti yang dilakukan.

Penglibatan ibu bapa
. Ibu bapa juga harus melibatkan diri dengan aktiviti di sekolah dan luar sekolah. Kekerapan berhubung dan berbincang dengan guru akan melahirkan anak yang beraspirasi tinggi dan kurang masalah tingkah laku.

Keputusan keluarga
. Ibu bapa perlu berkongsi dengan remaja apabila membuat keputusan tentang aktiviti dan tingkah laku remaja. Jangan terlalu memberi kebebasan kepada remaja dalam membuat keputusan sehingga mengabaikan aspek kesihatan dan keselamatan mereka.

Rakan kepada anak.
Ringkasnya, ibu bapa menjadi kawan kepada anak-anak untuk membina keterbukaan dan selesa untuk berkongsi pandangan, masalah dan perasaan masing-masing.

Luangkan masa
. Ibu bapa perlu berusaha untuk meluangkan masa dengan berbual, berkongsi cerita dan melakukan aktiviti bersama. Masa bersama boleh mewujudkan kemesraan dan kasih sayang.

Jadi contoh
. Apa yang dilakukan oleh ibu bapa lebih berkesan dinilai oleh anak-anak berbanding apa yang dilkta. Ibu bapa yang terlibat dengan aktiviti komuniti pula mungkin memberi mesej yang jelas kepada remaja tentang aktiviti yang sihat berbanding ibu bapa yang pasif dalam komuniti.

Isi jiwa anak dengan penghayatan agama.
Remaja yang taat kapada Tuhan akan mengawal diri daripada aktiviti yang tidak bermanfaat buat dirinya. Selain ibu bapa menjadi contoh dalam aktiviti spiritual, penerapan nilai yang sama perlu diusahakan dalam pembentukan dan perkembangan remaja. Selalulah berdoa untuk kebaikan mereka.

Poligami Sebagai Senjata Menghapuskan Miskin Tegar

Gua dengar-dengar cerita Malaysia nak hapuskan miskin tegar pada akhir tahun 2010. Maknanya pada tahun 2011, dah tak ada orang miskin tegar di Malaysia.
Gua juga tahu macam-macam yang telah dibuat untuk menghapuskan kemiskinan rakyat dan ia bukannya perkara yang senang.
Antara Dua Darjatantara dua darjat, somewhere in Yan, Kedah.
Jadi, gua tanpa segan silu menyarankan supaya poligami atau monogami (senang cerita perkahwinan) digunakan sebagai salah satu cara untuk mengurangkan kemiskinan dan meningkatkan pendapatan isi rumah keluarga miskin tegar. Seterusnya menyumbang ke arah menjayakan agenda kerajaan. Lepas ni jangan cakap gua tak menyumbang! Gua dah menyumbang idea ni!
1. Bagi keluarga miskin yang diketuai oleh ibu tunggal, gua mencadangkan supaya ibu tunggal yang masih bergetah dan berkeinginan menjalankan usaha-usaha memikat pengerusi JKK, atau Penghulu, atau Pegawai Daerah, atau ADUN, atau Ahli Parlimen, atau Menteri, atau Perdana Menteri. Mengahwini salah seorang daripada mereka ini secara automatik akan meningkatkan pendapatan perkapita keluarga dan mengeluarkan keluarga daripada kelab keluarga miskin tegar.  Uh, takkan Ahli Parlimen asyik nak kahwin artis saja!
Bung Zizie
2. Bagi keluarga miskin tegar yang mempunyai anak-anak dara yang tidak bekerja dan hanya menghabiskan beras di rumah, gua mencadangkan supaya ibu bapa mencarikan jodoh bagi anak-anak mereka dari kalangan ketua-ketua pemuda UMNO cawangan, ketua pemuda UMNO bahagian, negeri mahupun ketua pemuda UMNO Malaysia. Secara separa sedar keluarga tersebut akan kekurangan ahli keluarga dan meningkatkan pendapatan perkapita. Uh, takkan pemuda UMNO asyik nak kahwin artis saja!
3. Gua juga mencadangkan kerajaan menganjurkan  program matchmaking antara keluarga-keluarga miskin tegar ini. Program ini bolehlah menjemput ahli-ahli perniagaan, ahli-ahli UMNO, ADUN, Ahli Parlimen, kerabat-kerabat atau anak-anak menteri yang kaya raya sebagai peserta. Manalah tahu kalau-kalau ibu-ibu tunggal dan anak-anak dara keluarga miskin tegar ini bakal bertemu jodoh di program tersebut. Alah, sedikit modification dan sedikit make up boleh menceriakan suasana dan menutup cacat cela yang ada. Sedikit penatacahayaan yang cemerlang juga membantu. Lagi pun, orang kata, cinta itu buta! Uh, takkan kerabat-kerabat asyik nak kahwin artis saja?
4. Gua juga ingin mencadangkan kepada kerajaan supaya mengarahkan setiap Ketua Setiausaha, Ketua Pengarah, Ketua Jabatan, Pegawai Daerah dan lain-lain menambah kuota mereka untuk mengahwini salah satu daripada dua golongan di atas. Bagi pegawai yang dah season, baiklah mengambil golongan ibu tunggal, dan bagi pegawai yang masih mentah, anak-anak dara amat bersesuaian. Apa sangatlah menambah seorang isteri berbanding jasa mensifarkan kemiskinan tegar negara. Uh, takkanlah pegawai kerajaan pun nak kahwin artis?
Akhir sekali, gua ingin mengingatkan bahawa cadangan gua ini adalah cadangan yang Islami kerana poligami dihalalkan Islam serta tujuannya yang murni. Nabi dulu pun kahwin ramai sebab nak mengeluarkan janda-janda sahabat daripada kesusahan.
Bukannya Nabi suka-suka nak berpoligami tanpa tujuan. So, kalau betul-betul mahu ikut sunnah Nabi, inilah peluang anda! Ikut syariat punya ni!

Berkat usaha ibu tunggal





Seorang wanita tidak menyangka kerepek pisang yang diusahakan di sebuah bengkel kecil di hadapan rumah sejak tujuh tahun lalu berjaya, malah kini dijual di beberapa kawasan rehat dan rawat (R&R).

Rusilawati Arshad, 48, berkata, tempahan dari dua kawasan R&R iaitu Tapah dan Rawang yang baru diterimanya sebulan lalu menjadi penyuntik semangat kepadanya untuk terus berusaha memajukan diri ke peringkat yang lebih tinggi.

Menceritakan pembabitan awalnya dalam produk Industri Kecil Sederhana (IKS) kerepek, Rusilawati berkata, dia mengambil keputusan menceburi bidang IKS ketika bergelar ibu tunggal dan menyara seorang anaknya pada 2004.



Ahli keluarga cadang jual kerepek pisang



Katanya, ketika itu dia keliru untuk mencari jenis produk yang ingin dikembangkan dan dipasarkan untuk menambah pendapatan tetapi mujur ahli keluarga memberi jalan supaya menjual kerepek pisang.

“Banyak produk yang saya ingin cuba pasarkan tetapi kebanyakannya sudah diusahakan rakan-rakan dalam Peladang Nita di bawah Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Bintong, di sini.

“Sehinggalah ahli keluarga menasihatkan untuk saya mengkomersialkan kerepek pisang memandangkan keluarga ada mempunyai kebun pisang dan bahan mentah pisang boleh diambil dari situ,” katanya ketika ditemui di bengkel kerepeknya di Kampung Nesam, di sini.

Pembinaan bengkel itu ditanggung Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) dan beberapa peralatan dan mesin di situ sebahagian besarnya adalah hasil sumbangan Pejabat Pembangunan Wanita (PPW) Perlis dan LPP.

Rosilawati Mei lalu turut menerima bantuan RM5,000 dari PPW untuk membeli mesin uli tepung dan beberapa perkakas memasak yang diperlukannya untuk mengembangkan lagi perniagaan.

Menurutnya, jika sebelum ini dia hanya memasarkan satu jenis kerepek pisang, tetapi kini permintaan terhadap kerepeknya semakin meningkat sehingga dia mempelajari lagi beberapa jenis kerepek pelbagai perasa.



Kembangkan perniagaan



Antara kerepek yang paling mendapat sambutan ialah kerepek pisang berempah di samping kerepek pisang manis dan kerepek pisang masin. Selain mengikuti kursus pembuatan di Perlis, Rosilawati turut mengikuti kursus-kursus anjuran PPK di Kuala Lumpur dan Johor untuk memahirkan lagi diri.

Katanya, ketika musim perayaan dia memproses sehingga 500 kilogram pisang sebulan. Banyak tempahan yang diterima dari Perlis dan luar negeri terutama tempahan dari pengusaha inap desa dan peniaga makanan.

“Homestay Ujung Bukit kerap buat tempahan. Mereka jadikan kerepek saya sebagai hamper dan buah tangan kepada pelancong yang menginap di sana.

“Selain itu, pengusaha makanan dan individu turut membuat tempahan untuk dijadikan hidangan pada hari perayaan terutama Hari Raya Aidilfitri,” katanya.

Katanya, setiap musim perayaan dia menggaji empat pekerja yang terdiri dari penduduk kampung di situ.

Selain membantu perniagaannya, pekerja yang digaji itu juga memperoleh pendapatan untuk menyara keluarga masing-masing.

“Selalunya, pekerja di sini adalah pekerja yang tetap setiap tahun. Cuma saya hanya menggaji mereka pada musim-musim tertentu sekiranya tempahan meningkat,” katanya yang pernah dinobatkan sebagai pemasar terbanyak produk IKS Perlis pada 2007 yang lalu.

Rosilawati berkata, setiap wanita boleh berjaya sekiranya kreatif dan mempunyai daya usaha yang tinggi.

Selain kerepek, Rusilawati turut menghasilkan kuih-kuih tradisional, mengambil tempahan menjahit pakaian dan menjahit manik.

Ibu Tunggal: Semua Pihak Perlu Lebih Bertanggungjawab







Fenomena ibu tunggal bukanlah sesuatu yang baru dalam masyarakat kita. Tetapi, sejak beberapa tahun kebelakangan ini, ia menjadi satu topik yang mengundang perbincangan bila kita bercakap tentang wanita dan keluarga. Mungkin kerana persatuan ibu tunggal yang kini tumbuh seperti cendawan menyebabkan kesukaran yang dialami oleh golongan ini dapat diketengahkan dengan cara yang lebih berkesan. Tambah pula, cabaran masa kini yang begitu kuat menyebabkan masalah mereka menjadi semakin meruncing.
Baru-baru ini kita didedahkan kepada bilangan ibu tunggal yang begitu ramai. Walaupun kini angka tersebut diragui, yang nyata, bilangan ibu tunggal meningkat dari sehari ke sehari. Fenomena ibu tunggal ini tidak hanya memberi kesan kepada wanita yang berbabit, tetapi juga kepada anak-anak yang di bawah jagaannya. Oleh itu, sewajarnyalah keluarga ini dibantu untuk menghadapi segala cabaran yang melanda.
Ibu tunggal adalah wanita yang berseorangan tanpa suami dan bertanggungjawab mendidik anak-anak dengan menjalankan dwifungsi iaitu sebagai penyara dan pengurus keluarganya. Ia meliputi mereka yang mendapat anak tanpa pernikahan yang sah dan mendidiknya bersendirian, isteri yang telah berpisah dengan suami dan menjaga anak-anak setelah ditinggalkan dan isteri yang bercerai hidup atau mati dan tinggal dengan anak-anaknya bersendirian.
Ada ibu tunggal yang menyara dan menndidik keluarganya secara bersendirian. Malah, majoriti ibu tunggal membentuk corak keluarga yang sebegini, sama ada yang bergaji besar atau kecil. Bagi yang bergaji besar, mungkin mereka tidak mempunyai banyak masalah tetapi bagi yang bergaji kecil, berbagai masalah yang mereka alami. Ada juga ibu tunggal yang meninggalkan anak kepada ibubapa atau saudara-mara untuk dipelihara. Tujuannya ialah untuk memudahkannya keluar bekerja mencari nafkah untuk anak-anak. Namun, satu fenomena yang kurang mendapat perhatian dalam masyarakat kita ialah fenomena yang dikenali sebagai ibu atau bapa titular di mana seorang anak terpaksa memainkan peranan ibubapa kerana ibubapanya meninggal dunia atau bermasalah seperti kerap mabuk atau mengambil dadah. Ini kadangkala kita temui terutamanya dalam akhbar harian bila mana kedua ibubapa terkorban dalam kemalangan atau kedua ibubapa mengabaikan anak-anak tersebut. Walaupun ibu tunggal di Malaysia lebih kepada dua bentuk yang awal, fenomena ibu atau bapa titular ini juga memerlukan perhatian kita.
Seperti mana yang kita tahu, golongan ibu tunggal menghadapi berbagai masalah. Ia meliputi masalah stigma, konflik peranan, ekonomi, emosi, hubungan dengan anak-anak, dengan mahkamah dan bekas suami.
Stigma atau anggapan buruk masyarakat terhadap mereka yang bergelar janda merupakan hambatan mental yang terbesar untuk mereka bergerak bebas dalam masyarakat. Pengambilalihan tugas-tugas suami di samping melaksanakan tugas yang sedia ada sebagai ibu, seringkali menimbulkan konflik peranan kepada golongan ini, sedangkan sokongan bagi mereka, baik dari segi kewangan, mahupun emosi, amat sedikit sekali.
Masalah ekonomi merupakan cabaran utama golongan ibu tunggal. Bagi isteri yang selama ini merupakan suri rumahtangga, bukanlah sesuatu yang mudah untuk mereka memasuki pasaran buruh. Keadaan menjadi lebih buruk jika mereka tiada kelayakan yang sesuai. Sekiranya mereka mendapat kerja, siapa pula yang akan menjaga anak-anak mereka? Masalah penjagaan anak ini perlu diselesaikan, mungkin dengan menghantar mereka untuk dijaga oleh orang lain � yang juga memerlukan perbelanjaan. Makanya, untuk menyelesaikan masalah ini ramai ibu tunggal yang memilih untuk bekerja atau berniaga sendiri.
Sebagai pencari rezeki yang tunggal, majoriti ibu tunggal berpendapatan kecil. Sumber kewangan yang terhad menghadkan pilihan mereka. Ini tergambar dalam keadaan rumah yang sempit dan kurang selesa. Itu belum dikira keperluan lain seperti makanan dan pakaian. Ini menyebabkan golongan ini hanya mampu menikmati kualiti hidup yang rendah.
Dari segi emosi pula, bagi ibu tunggal yang kematian suami, mereka terpaksa menyesuaikan diri dengan kehilangan suami yang memberi maksud, kehilangan orang yang dicintai, tempat bergantung, teman suka dan duka. Bagi yang bercerai hidup, mereka juga terpaksa menerima �ketiadaan� itu. Dalam menghadapi kehilangan ini, mereka terpaksa memainkan peranan suami yang telah tiada. Stigma yang dikenakan kepada mereka pula memburukkan lagi keadaan.
Jika ibubapa dalam keluarga normal sering berhadapan dengan masalah dalam hubungan dengan anak-anak, ibu tunggal lebih-lebih lagi. Ibu tunggal yang merasa bersalah kerana perceraian yang berlaku menyebabkan anak-anaknya tidak mendapat kasih sayang dari bapa, mungkin memanjakan anak-anak dengan kemewahan sehingga akhirnya mereka tidak dapat dikawal lagi. Ibu tunggal yang terlalu marah dengan bekas suami pula, mungkin akan melepaskan kemarahan itu kepada anak-anaknya. Ada juga ibu tunggal yang terlalu mengawal anak-anaknya atau memberi mereka tanggungjawab-tanggungjawab yang tidak sesuai dengan umur mereka kerana mahu melahirkan anak-anak yang sempurna. Ada juga ibu tunggal yang mendera anak kerana tekanan yang dihadapi berpunca dari kesempitan hidup yang dialami. Semua ini memberi kesan yang buruk kepada anak-anak dan hubungan antara keduanya.
Anak-anak juga memiliki masalah mereka sendiri. Ada anak-anak yang merasa bersalah kerana menyangka diri mereka yang menyebabkan perceraian tersebut. Ramai juga di kalangan mereka yang mempunyai masalah tingkah laku dan emosi akibat kurangnya pengawasan. Ada juga yang mengalami masalah sahsiah kerana tiadanya role model dari jantina yang sama (biasanya anak lelaki bermasalah dalam menjalankan peranan lelaki kerana tiadanya bapa yang boleh dicontohi).
Bagi ibu tunggal akibat perceraian, tidak kurang yang menghadapi masalah dalam berurusan dengan Mahkamah Syariah. Mereka mengakui sering dipersendakan, tidak dilayan dengan adil, terpaksa berulang-alik ke Mahkamah untuk menyelesaikan kes dan seumpamanya. Pihak Mahkamah pula mengatakan wanita-wanita ini tidak tahu undang-undang serta prosedur mahkamah dan tidak tahu hak mereka. Majoriti dari mereka ini juga menghadapi masalah dengan bekas suami yang enggan bekerjasama terutamanya dalam hal memberi nafkah untuk anak-anak yang sebenarnya merupakan tanggungjawab mereka.
Memang benar, masalah-masalah ini juga melanda keluarga yang normal. Tetapi, berbeza dari keluarga normal di mana segala masalah dihadapi bersama antara ibu dan bapa, ibu tunggal menghadapinya bersendirian. Itulah sebabnya kita amat mengagumi ibu tunggal yang berjaya membina keluarga dan mendidik anak-anaknya sehingga berjaya.
Kesukaran yang dialami oleh golongan ibu tunggal ini mendapat simpati dari berbagai pihak, baik pihak kerajaan, mahupun swasta. Mereka telah memberi berbagai bantuan, baik dari segi kewangan mahupun sosial, bagi meringankan beban yang ditanggung oleh golongan ibu tunggal dan keluarga mereka.
Bantuan kewangan mungkin berbentuk wang atau barangan secara bulanan untuk memenuhi keperluan keluarga tersebut. Ia mungkin juga dalam bentuk modal bagi memulakan sesuatu perniagaan. Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) misalnya, membantu ramai ibu tunggal dari keluarga miskin dengan meminjamkan wang untuk dijadikan modal asas perniagaan.
Bantuan sosial juga berlaku dalam berbagai bentuk. Satu daripadanya ialah pemberian pengetahuan, latihan dan kemahiran bagi membolehkan ibu tunggal memulakan perniagaan mereka dan berdikari. Pengetahuan tentang selok-belok perniagaan, misalnya, boleh dimanfaatkan oleh mereka. Kemahiran kerja tangan, memasak, menggubah dan mengandam pula boleh dijadikan aset untuk mereka memulakan perniagaan. Bagi mengatasi masalah penjagaan anak bila ibu keluar bekerja, ibu tunggal boleh diberi pendedahan, pengetahuan dan kemahiran dalam menggunakan komputer agar mereka boleh memulakan perniagaan atau bekerja sendiri dengan konsep Small Office Home Office (SOHO). Konsep perniagaan yang semakin terkenal ini membolehkan wanita mengendalikan perniagaan dari rumah dengan memberikan khidmat seperti menaip, penyajian makanan, mengedar kuih-muih dan seumpamanya.
Termasuk juga dalam bantuan sosial ini pendedahan dan kesedaran undang-undang demi mendapatkan hak mereka terutamanya dalam kes perceraian yang tertangguh atau untuk mendapatkan nafkah anak. Selain itu, kemahiran keibubapaan dan sokongan moral juga diberi untuk menguatkan semangat mereka menghadapi segala cabaran yang mendatang.
Banyak badan-badan yang memberi tumpuan kepada bantuan sosial seperti ini misalnya Pusat Khidmat Wanita, Sekretariat PINTAS, persatuan ibu tunggal dan sebagainya dan ramai ibu tunggal yang telah mendapat manfaat dari bantuan-bantuan ini. Namun, saya merasakan selain bantuan kewangan dan sosial, ibu tunggal juga memerlukan bantuan lain seperti kekuatan dalaman untuk mengharungi cabaran, sokongan dari keluarga, kefahaman tentang realiti ibu tunggal dari pihak mahkamah dan bantuan dari ahli masyarakat keseluruhannya.
Apa yang saya maksudkan dengan kekuatan dalaman ialah semangat yang kental dan tabah dalam menghadapi cabaran sebagai ibu tunggal. Yang paling utama ialah menerima qadha dan qadar Allah dengan penuh yakin bahawa jodoh pertemuan, ajal maut adalah di tangan Allah. Dengan cara ini, kita dapat menerima takdir dengan hati yang terbuka dan bukannya menganggap diri sebagai mangsa. Kedua, ingat janji Allah bahawa Allah tidak akan membebani kita lebih dari apa yang mampu kita tanggung. Jadi, percayalah, akan ada yang membantu dan jangan putus harap dengan rahmat Allah.
Ketiga, ingatkan kesukaran dan kesusahan ibu-ibu tunggal yang terdahulu dan belajar dari kecekalan dan ketabahan mereka. Siti Hajar misalnya, ditinggalkan bersendirian dengan anak kecil di gurun yang tandus dan tidak berpenghuni. Siti Maryam terpaksa menjawab kepada kaumnya tentang kandungan yang wujud tanpa suami dan bersendirian melalui proses mengandung dan melahirkan, kemudian membawa pulang anak itu dan menghadapi cemuhan kaumnya. Siti Aminah pula kehilangan suami ketika anaknya masih dalam kandungan. Wanita-wanita ini redha dan pasrah dan tidak pernah menjadikan takdir yang menimpa itu sebagai halangan untuk mereka membesarkan anak-anak tadi. Malah, anak-anak itu membesar menjadi Nabi-nabi agung kepada umat manusia. Jika kisah-kisah ini tidak cukup kuat untuk memberi semangat kerana adanya campurtangan Tuhan, belajarlah dari ketabahan dan pengorbanan ibu-ibu mithali di Malaysia sendiri yang kebanyakannya membesarkan anak bersendirian.
Akhir sekali, yang tidak kurang pentingnya dalam hal kekuatan dalaman ini ialah janji Tuhan bahawa Ia tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri mengubahnya. Jadi, usaha itu amat penting. Kini, berbagai kemudahan ada di luar sana, manfaatkanlah segala bantuan ini demi masa depan keluarga anda.
Berkaitan dengan kekuatan dalaman juga ialah kekuatan untuk menghadapi anggapan buruk masyarakat. Untuk mengelakkan diri dari dicemuh, ibu tunggal perlu memastikan mereka tidak seperti yang dianggapkan itu. Untuk itu, ibu tunggal perlu berusaha lebih kuat untuk menjaga kehormatan dirinya dan menjauhi fitnah dan umpat keji masyarakat. Sebenarnya, inilah yang dituntut oleh Islam dari semua penganutnya (al-Mukminun: 1 - 10) tetapi oleh kerana cabaran begitu kuat terhadap ibu tunggal, merekalah yang lebih perlu lagi melaksanakannya.
Berkaitan dengan bantuan kepada ibu tunggal ini, amat kurang sekali disebut tentang peranan keluarga sedangkan keluarga memainkan peranan utama untuk memastikan kesejahteraan ahlinya. Dalam bersedekah pun, kita digalakkan untuk bersedekah kepada keluarga dahulu diikuti dengan kaum kerabat, dan kemudiannya di luar ruang lingkup keluarga itu yakni masyarakat. Tetapi dalam hal ibu tunggal ini seolah-olah orang luar yang lebih dahulu menghulurkan bantuan berbanding keluarga sendiri. Apa sebenarnya yang berlaku?
Keluarga yang saya maksudkan termasuklah bekas suami (bapa kepada anak-anak tersebut), keluarga asal ibu tunggal itu dan keluarga asal bekas suami. Kesemua yang terlibat ini merupakan orang-orang yang wajib bertanggungjawab terhadap ibu tunggal dan anak-anaknya. Apa yang berlaku dalam masyarakat kini ialah keluarga seolah-olah tidak memperdulikan tanggungjawab ini. Jika masalahnya ialah wang ringgit, ibu tunggal dan anak-anaknya memerlukan bukan sahaja wang ringgit, tetapi yang lebih penting lagi ialah sokongan non-material. Jadi, apa lagi alasan yang ingin diberikan?
Dalam konteks keluarga, beberapa bentuk pembelaan terhadap ibu tunggal telah dituntut oleh Islam. Yang paling utama ialah tuntutan bahawa nafkah anak di dalam peliharaan ibu adalah tanggungjawab suami sehingga anak itu dewasa. Bagi yang kematian suami, waris suami perlu menanggung tanggungjawab tersebut. Ini jelas disebutkan dalam ayat 233, Surah al-Baqarah. Jadi, sebenarnya ibu tunggal tidak perlu bersusah-payah mencari nafkah untuk membesarkan anak-anaknya kerana itu adalah tangungjawab bekas suami atau keluarganya. Malah, disebutkan dalam ayat tersebut, ��janganlah menjadikan seseorang ibu itu menderita kerana anaknya �� Tidakkah larangan ini menakutkan kita? Kalau sekadar untuk menanggung hidup sendiri, ibu tunggal tidak perlu bersusah payah seperti yang dialami oleh kebanyakan ibu tunggal dewasa ini.
Oleh itu, perlu ditanamkan kesedaran yang mendalam pada diri para suami tentang tanggungjawab ini bila berlaku perceraian. Kesedaran ini perlu begitu mendalam seperti dalamnya fahaman mereka bahawa mereka perlu memberhentikan kereta apabila lampu merah bernyala. Penalti yang dikenakan apabila engkar memberi nafkah hendaklah dilaksanakan dengan berkesan. Dan sepatutnya, bila lelaki ini memohon untuk berkahwin dengan perempuan lain, pastikan dahulu tanggungjawab mereka terhadap tanggungjawab yang sedia ada telah dilaksanakan dengan sempurna. Patutkah mereka dibenarkan berkahwin baru (dengan segala tanggungjawab baru) sedangkan tanggungjawab sedia ada tidak mampu dilaksanakan?
Selain itu, para balu berhak mewarisi harta peninggalan suami (4:12). Anak-anak pula ada bahagian mereka sendiri yang boleh digunakan untuk keperluan membesarkan mereka (4:11). Jika tiada harta yang ditinggalkan, menjadi tanggungjawab waris si suami untuk menanggung nafkah anak-anaknya (2:233). Tidakkah ini diamalkan dalam keluarga ibu tunggal di negara ini?
Dalam konteks keluarga juga, Islam menggalakkan amalan hubungan kekerabatan dalam keluarga meluas (extended family). Anjuran ini jika dilaksanakan dapat meringankan beban yang ditanggung oleh ibu tunggal ini. Dengan ikatan kekeluargaan yang kuat, ibu tunggal boleh kembali ke pangkuan keluarga asal bagi mendapatkan bantuan, baik dalam bentuk sokongan moral, tempat tinggal, bantuan kewangan mahupun perlindungan. Keluarga ini juga dapat membantu ibu tunggal menjaga anak mereka semasa mereka keluar bekerja. Selain itu, keluarga juga dapat membantu mendisiplinkan anak dan mengurangkan masalah hubungan antara keduanya. Kehadiran lelaki dewasa lain dalam keluarga meluas itu memberikan anak-anak lelaki role model lelaki dewasa untuk dicontohi.
Konsep keluarga meluas ini memang boleh membantu ibu tunggal dan ia terbukti dalam sejarah. Sejarah hidup Rasulullah s.a.w. sendiri mengajar kita bagaimana pentingnya hubungan keluarga meluas dalam berhadapan dengan isu ibu tunggal ini. Ikatan kekeluargaan yang kuat di zaman jahiliyyah menyebabkan isu ibu tunggal bukanlah satu masalah bagi mereka. Bonda Rasulullah s.a.w. sendiri, Siti Aminah, yang menjadi balu semasa mengandungkan Baginda, kembali kepada keluarganya dan merekalah yang memenuhi segala keperluan emosi dan fizikalnya. Begitu juga bila Rasulullah s.a.w. menjadi yatim piatu tidak lama selepas itu, Baginda dipelihara oleh pakciknya (sebelah bapa) dengan begitu bertanggungjawab sekali.
Ternyata keluarga bekas suami juga ada peranan yang boleh dimainkan dan bukannya hanya berdiam diri seolah-olah hubungan itu terputus dengan terlerainya ikatan perkahwinan itu. Jikapun tidak dapat membantu secara kewangan dan fizikal, sekurang-kurangnya mengingatkan anak lelaki mereka tentang tanggungjawab memberi nafkah.
Dalam konteks masyarakat pula, poligami digalakkan untuk memelihara nasib para balu dan janda serta anak-anak mereka. Ahli masyarakat juga digalakkan menghulurkan bantuan kepada golongan ini. Baitulmal mungkin boleh memikirkan bentuk-bentuk bantuan yang mungkin diberi � terutamanya untuk membantu mereka memulakan hidup baru seperti memulakan perniagaan misalnya, dan bukan untuk menanggung mereka sepanjang hayat. Anak-anak yatim pula berhak mendapat zakat. Ini adalah saluran-saluran dalam masyarakat yang dapat mengurangkan beban ibu tunggal dan keluarganya.
Dalam sejarah Islam sendiri kita dapati masyarakat digerakkan untuk membantu ibu tunggal di ketika itu. Misalnya, untuk mengatasi masalah ibu tunggal selepas peperangan, poligami digalakkan oleh Rasulullah. Begitu juga sedekah amat digalakkan kepada para janda dan anak yatim di samping memberikan layanan yang baik kepada mereka.
Tidak bolehkah penyelesaian Islam ini kita gunakan di masa sekarang untuk mengurangkan beban golongan ibu tunggal ini? Bukankah dengan mengurangkan beban orang lain, Allah akan mengurangkan beban kita di akhirat kelak?
Pihak mahkamah pula diharap dapat memahami realiti yang dihadapi oleh ibu tunggal. Bukankah soal nafkah ini penting dan perlu diselesaikan segera? Kalau keputusan tentangnya boleh ditangguh (atas apa sebab sekalipun), bolehkah seorang ibu itu menangguhkan menyuap makanan untuk anak-anaknya? Dalam bandar besar seperti Kuala Lumpur, mencukupikah nafkah RM50 sebulan untuk seorang anak? Jika suami mengatakan itu sahaja yang mampu diberinya kerana ada anak lain dengan isteri baru, cukupkah penjelasan itu bagi pihak mahkamah untuk berpuashati dengan jumlah tersebut? Bukankah kalau lebih tanggungjawab, seorang bapa itu perlu lebih berusaha? Ataukah pihak Mahkamah, berpegang kepada ayat �� janganlah menjadikan seseorang bapa itu menderita kerana anaknya�� ? Maka, atas dasar itu, bapa boleh melahirkan seramai mana anak yang dia mahu, tetapi dari segi nafkah, mana yang mampu sahaja diberikan? Apakah itu mesej yang ingin disampaikan oleh mahkamah kepada sekalian ahli masyarakat? Jadi, di samping memikirkan `kesusahan seorang lelaki tanpa isteri�, pihak mahkamah perlu juga memahami penderitaan ibu tunggal yang bukan sahaja tiada suami, tetapi juga terpaksa menyara anak-anaknya.
Banci di Amerika Syarikat menunjukkan pada tahun 1960 hanya 9 peratus sahaja anak-anak yang di bawah umur 18 tahun tinggal bersama ibu atau bapa tunggal. Tetapi peratusan ini meningkat kepada 25 peratus dalam tahun 1990. Peningkatan sebanyak 14 peratus dalam masa 30 tahun ini amat membimbangkan. Dalam tempoh yang sama, peratusan anak yang tinggal dengan ibu tunggal yang tidak pernah berkahwin meningkat dari 4 peratus kepada 31 peratus. Melihat kepada perkembangan masyarakat di sana, pengkaji masyarakatnya menjangkakan peratusan ini tidak akan berkurang di masa yang akan datang.
Apakah kita mahu keadaan yang sama berlaku di Malaysia? Memang, jodoh pertemuan ajal maut adalah di tangan Tuhan, tetapi apakah tidak mungkin, sekiranya kita meletakkan rasa tanggungjawab yang lebih dalam diri semua pihak, baik para suami dan isteri, keluarga mereka dan masyarakat, keadaan tidak menjadi seburuk ini. Sekiranya perceraian berlaku sekalipun, para suami yang menyedari tentang tanggungjawabnya, tidak akan mengabaikan anak-anaknya. Dengan rasa tanggungjawab ini juga, keluarga suami pula boleh memastikan anak lelaki mereka itu bertanggungjawab ke atas anak-anaknya dengan bekas isteri tersebut. Jadi, tiadalah suami yang lebih bersemangat untuk membina keluarga baru, dengan segala tangungjawab baru dan tidaklah keluarga suami mengambil sikap lepas tangan dalam hal ini. Keluarga asal isteri pula, tidaklah seperti `enau yang melepaskan pucuk masing-masing� manakala masyarakat pula tidak hanya `menabur garam ke atas luka�.
Dalam usaha kita untuk mengurangkan bilangan keluarga ibu tunggal, ada gerakan dalam masyarakat Malaysia sejak akhir-akhir ini yang menuntut dihapuskan diskriminasi terhadap wanita yang mempunyai anak di luar nikah. Menurut mereka, seseorang wanita itu tidak perlu didiskriminasikan hanya kerana dia melahirkan anak di luar nikah. Perkembangan seperti ini perlu merisaukan kita kerana ia boleh menyumbang kepada peningkatan bilangan keluarga ibu tunggal. Ya, saya juga tidak bersetuju jika mereka dihina dan dianggap sebagai sampah masyarakat, tetapi gerakan ke arah mempunyai sikap yang lebih liberal terhadap fenomena seumpama ini, bagi saya tidak sihat untuk perkembangan masyarakat kita. Biarlah kita dengan sikap konservatif kita dalam mempertahan nilai dan budaya masyarakat setempat daripada bersikap liberal sehingga memberikan mesej yang salah kepada ahli masyarakat di luar sana.
Golongan ibu tunggal memang patut dibantu tetapi di masa yang sama, segala usaha hendaklah diambil supaya orang-orang yang bertanggungjawab terhadap mereka melaksanakan tanggungjawab tersebut. Begitu juga, tumpuan hendaklah diberikan kepada usaha ke arah mengurangkan bilangan keluarga ibu tunggal dan bukan sebaliknya. Namun, saya terfikir, mungkinkah dengan adanya sedemikian banyak agensi sokongan ini nanti membuatkan wanita lebih berani menjadi ibu tunggal daripada membaiki perkahwinan mereka? Begitu juga, mungkinkah dengan adanya agensi sokongan ini kaum lelaki lebih ramai bersikap lepas tangan dari melaksanakan tanggungjawab mereka? Sama-samalah kita fikirkan kedua-dua soalan ini.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More