Thursday 18 August 2011

5 cara mengelakkan pertengkaran dalam rumah tangga


pertengkaraan rumah tanggaPertengkaran dalam  rumah tangga adalah merupakan lumrah bagi pasangan suami isteri. Ia sememangnya pasti tidak dapat dielakkan seratus peratus. Apa yang lebih penting adalah mengurangkan kekerapan pasangan untuk bertengkar. Antara tips yang mungkin pasangan boleh amalkan untuk mengelakkan pertengkaran adalah..
(1) Jangan naikkan suara- Apabila anda tidak bersetuju mengenai sesuatu perkara itu, cuba sampaikan terhadap pasangan dengan cara yang lembut. Jangan sesekali untuk mula menaikkan suara. Ini akan membuatkan pasangan akan berasa tercabar dan mereka juga akan turut menaikkan suara. Secara tidak langsung suatu perbincangan akan berubah menjadi pertengkaran dan ini akan memburukkan lagi situasi.
(2) Jadi pendengar yang baik- Apabila pasangan sedang meluahkan perasaan mereka, jadilah pendengar yang baik. Jangan sesekali mencelah terhadap apa yang sedang mereka cuba sampaikan kerana ia akan menaikkkan lagi kemarahan pasangan terhadap anda. Apabila perasaan marah telah wujud, pertengkaran mungkin akan berlaku.
(3) Mengaku kesalahan- Sekiranya anda sedar bahawa sesuatu masalah itu berpunca daripada anda, mengaku kesalahan yang telah dilakukan. Ini menunjukkan bahawa anda seorang yang bertanggungjawab terhadap segala tindakan. Selain itu, ia juga dapat mengurangkan sedikit perasaan marah pasangan terhadap diri anda.
(4) Faham situasi- Emosi wanita kadang kala berada di dalam keadaan yang tidak menentu terutamanya ketika mereka datang bulan. Lelaki perlu memahami situasi ini. Apabila wanita ada sahaja yang tidak kena pada waktu ini, adalah lebih baik anda melayan sahaja kerenah mereka kerana ia sememangnya lumrah bagi seorang wanita.
(5) Minta maaf- Ini adalah merupakan cara terbaik dan berkesan untuk anda mengelakkan pertengkaran didalam rumah tangga. Sekiranya anda merasakan sesuatu topik itu telah terlalu panjang dibincangkan, cara paling mudah untuk menghentikannya adalah dengan meminta maaf. Ia juga cara mudah untuk mengekalkan kebahagiaan rumah tangga.

Related post



0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More