Friday 19 August 2011

Ibu Tunggal Perlu Buktikan Mereka Tidak Lemah


KOTA KINABALU – Golongan ibu tunggal mampu menangkis persepsi umum bahawa ibu tunggal adalah golongan yang lemah dan sangat bergantung kepada bantuan, kata Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah Datuk Azizah Mohd Dun pada Rabu.
Beliau berkata sebagai wanita yang menghadapi cabaran hidup bersendirian tanpa suami di sisi, golongan ibu tunggal sebenarnya adalah wanita positif dan berupaya memajukan diri.
“Sememangnya berdiri keseorangan menghadapi cabaran kehidupan sebagai ibu tunggal merupakan sesuatu yang sukar. Ibu-ibu tunggal perlu mengambil iktibar daripada pengalaman pahit masa lalu dan bangun untuk memajukan diri mereka baik daripada segi pendidikan, ekonomi mahupun sosial,” kata dalam ucapan perasmian Dialog Memperkasakan Ibu Tunggal di sini.
Teks ucapannya dibacakan Pembantu Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Herbert Timbun Lagadan.
Azizah berharap golongan itu membuang perasaan rendah diri, takut dan tidak yakin pada diri sendiri serta berazam untuk berjaya dalam hidup, terutama dalam menjaga kebajikan keluarga, dengan melibatkan diri dalam pelbagai program pembangunan yang disediakan untuk wanita. – BERNAMA

Related post



0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More