Monday 14 May 2012

Kebaikan melancong bersama keluarga


Ada banyak kebaikan melancong bersama keluarga. Dengan cara melancong bersama keluarga, secara tidak langsung kita dapat meluangkan masa untuk berkongsi kegembiraan, berkongsi pengalaman baru dan sekaligus mengenali dan mempelajari kebudayaan dan cara hidup tentang negeri yang dilawati. Dengan demikian, kita boleh mengeratkan lagi perhubungan dengan ahli keluarga dan menenangkan fikiran daripada melakukan aktiviti seharian.

Melancong bersama keluarga merupakan satu cara kita boleh mengeratkan lagi perhubungan keluarga. Dengan cara ini ahli keluarga itu boleh mengambil kesempatan ini untuk berkumpul bersama keluarga. Cara ini bagus untuk ahli keluarga yang selalu sibuk bekerja dan sibuk dengan aktiviti seharian dan tidak ada masa untuk  bersama keluarga.

Bukan itu sahaja, semua ahli keluarga boleh mendapat pengalaman baru yang sama seperti mencuba sesuatu yang tidak boleh atau tidak pernah  dilakukan di negeri sendiri. Mendapatkan pengalaman yang sama secara bersama-sama bermaksud melakukan sesuatu yang sama secara bersama-sama. Dengan cara ini akan menambah keseronokan dan kegembiran yang dilalui bersama-sama semasa melancong.

Mereka juga dapat mengenali atau mempelajari tentang negeri yang dilawati. Jika kita mempelajari tentang negeri lain dengan lebih mendalam, pengetahuan dan wawasan kita juga bertambah. Dengan begitu kita  juga boleh berkongsi pengalaman dengan orang yang lain. Kita juga tidak akan ketinggalan jika kawan-kawan atua saudara-mara berbual-bual tentang negeri itu lebih-lebih lagi keistimewaannya. Kita bukan sahaja seperti katak dalam tempurung.

Selain itu, kita boleh merasakan suasana dan permandangan di negeri lain. Kita juga mendapat merasakan makanan tradisional mereka atau makanan yang digemari ramai. Bukan itu sahaja kita juga boleh melihat bagaimana adat dan kehidupan mereka yang mungkin sama atau berlainan dengan dengan cara kehidupan kita. Denga mengenali kehidupan bangsa lain kita akan dapat memahami mereka walaupun kita berbeza.

Akhir sekali, kebaikan melancong bersama keluarga, kita dapat menghilangkan tekanan dan menenangkan minda kita. Selain itu kita dapat merasakan kegembiraan bersama-sama keluarga dan mempererat tali silahturahim di antara ahli keluarga.  Dengan demikian terwujud keluarga yang harmoni dan bahagia.


Related post



5 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More