Wednesday 9 May 2012

Petua Menggoda Suami Di Usia 40an




  
ANGKA 40 membawa persepsi yang berbeza terhadap lelaki dan wanita. Bagi
lelaki usia 40 dianggap sebagai permulaan hidup baru, semangat baru, semakin
matang. Bagi wanita usia 40 dikaitkan dengan perkara-perkara negatif, dan selalu
dikaitkan dengan musim saham mula menurun.
Bukan berniat merendahkan orang perempuan, jauh sekali untuk memperlekeh
kaum wanita. Cuma saya ingin bercakap perkara yang betul di depan mata. Satu
hakikat perihal Adam dan Hawa.
Macam mana pun golongan pejuang wanita menegaskan tidak ada beza antara
lelaki dan perempuan, saya tetap berasa ada perbezaan yang jelas. Ini bukan
soal fizikal – yang memang jelas ada bezanya – tetapi ciri-ciri lain yang
menyebabkan Leha dan Leman tidak serupa.
Sebenarnya, awal-awal sudah berbeza. Dari segi tahap kematangan semua orang
mengakui perempuan lebih cepat dewasa berbanding lelaki. Anak perempuan
baligh lebih awal dari lelaki. Ada gadis yang mula haid seawal sembilan tahun.
Sebaliknya, ada lelaki yang sudah masuk usia 17 belum ada apa-apa.
Mereka yang mempunyai anak-anak lelaki dan perempuan boleh melihat hal yang
sama. Baru darjah enam anak perempuan sudah boleh diharap mengemas bilik
tidur, mencuci pinggan mangkuk, membancuh susu adik. Anak lelaki sudah
tingkatan tiga pun masih tidak tahu apa-apa.
Sebab itu orang putih kata, kehidupan seorang lelaki bermula pada usia 40 tahun.
Konon, pada usia ini lelaki menjadi lebih matang, tepat membuat keputusan,
bijak memberi cadangan, lebih penyayang, lebih prihatin, lebih itu, lebih ini.
Hanya satu yang tidak sedap, malah tidak adil: konon pada usia 40 inilah degree
kemiangan lelaki dikatakan semakin meningkat!
Miang, gatal, merenyam, gelenyar… banyak lagi istilah-istilah (maaf,
sesetengahnya tidak sesuai disiarkan sebab kedengaran kurang sopan) yang
seerti dengannya untuk menggambarkan perangai lelaki setelah melewati usia
empat puluhan.
Orang perempuan selalu memberi alasan yang serupa untuk menguatkan andaian
bahawa lelaki memang miang. Antaranya, yang paling biasa: suami mula
menjeling wanita lain, suami mula main kayu tiga, suami kahwin baru.
Bukanlah hendak menyebelah lelaki, tetapi pada hemat saya andaian seperti itu
adalah rambang, dan sekali gus tidak adil. Sebab, bilangan suami yang main kayu
tiga, atau membuka ‘cawangan’ baru adalah kecil, terlalu kecil. Mungkin yang
jeling-jeling wanita lain ramai, tetapi percayalah jelingan itu tidak membawa apaapa
mudarat. Lagi pun ada sebab suami menjeling wanita lain.
Maaf cakap, ketika suami mula ‘meriah habis’ pada usia 40, wanita pada usia
tersebut dikatakan mula mengendur dan ‘dingin’ dalam banyak hal. Sebenarnya,
ini diakui sendiri oleh ramai wanita, sebab itu mereka tidak suka usia empat
puluhan disebut.
Pendek kata, angka 40 membawa persepsi yang berbeza kepada lelaki dan
wanita. Bagi lelaki, usia tersebut dikaitkan dengan kematangan can kehebatan,
bagi perempuan, usia tersebut sering digambarkan sebagai peringkat saham
menurun.
Kalau ada suami yang mula menunjukkan tanda-tanda ‘keriangan’ luar biasa,
saya ada panduan untuk isteri menyekat suami main mata dengan orang lain.
Kaedah ini tidak ada dalam buku motivasi suami-isteri, tetapi boleh dicuba.
Pertama, layan suami seperti biasa. Hangatkan suasana dengan kata-kata yang
memberangsangkan. Contoh: “Fuhhh, misai abang sekarang tebal semacam, kita
tengok pun geram!” Atau: “Abang sejak minum kopi herba tu, kita rasa luar
biasa!”
cara-mengoda-suami
Kata-kata seperti ini boleh membangkitkan semangat, dan suami merasa
dihargai. Tetapi jangan cakap sahaja, isteri patut buktikan dengan perbuatan. Jika
hanya pandai memuji misai, tetapi di bilik tidur isteri rebah dan tidur macam
tunggul, pujian tentang misai itu tidak bererti langsung.
Tidak guna menyiapkan kopi dengan tujuh ramuan herba, sekiranya di katil isteri
berdengkur kuat seperti bom, tanpa sedikit pun menghiraukan perasaan suami
yang seperti gelora tsunami.
Masalahnya ialah wanita pada usia 40, lebih-lebih lagi yang sudah beranak ramai,
sudah mula dingin seks. Bukan putus haid, tetapi mula tidak berapa minat
mengadakan hubungan kelamin. Mungkin sebab kesibukan di pejabat, atau letih
melayan anak-anak sepanjang hari di rumah, isteri menjadi pasif di katil. Letak
sahaja kepala di bantal, terus berdengkur.
Pada hemat saya, tanpa mengira usia, isteri patut bijak melakukan reaksi-reaksi
hangat semasa berdua di kamar tidur. Mungkin boleh cuba urutan cakar harimau
yang popular itu. Sambil mencakar boleh bergurau senda, dan puji-puji tentang
misai.
Kalau cakaran harimau sudah mengena, suami yang letih menjadi segar semula.
Pasti suami akan membalas dengan cakaran kucing jantan.
Bayangkan apa akan terjadi apabila cakar berbalas cakar. Tentu harimau akan
mengaum.
Amaran: hati-hati sekiranya isteri berkuku panjang dan tajam, takut tersilap
cakar luka pula kulit belakang suami. Akibatnya, suami berasa kesakitan dan
mungkin menggunakan tendangan kambing gurun hingga isteri terpelanting
bawah katil!
Kedua, isteri mesti terus bergaya. Sebenarnya wanita pada usia 40-45, masih
cantik dan menawan. Masih anggun dan mempesona. Memanglah tidak ‘cunmelecun’
seperti gadis belasan tahun lagi ‘trang-tang-tang’. Tetapi sekiranya bijak
mendandan diri, suami pasti tidak menjeling pada orang lain.
Masalahnya ialah sesetengah isteri, terutama yang menjadi suri rumah sepenuh
masa, tidak menghiraukan soal keterampilan diri. Tidaklah selekeh, tetapi kurang
mesra alam. Rambut tidak disisir, menggerbang macam langsuir atau penunggu
pohon beringin dalam Misteri Nusantara. Dahi berkerut, bibir berkedut. Tanpa
bedak, tanpa gincu. Pipi pun berminyak semacam.
Sudahlah begitu, pakaian pun asyik kain batik lusuh dengan t-shirt Pagoda leher
bulat yang ketiaknya terkoyak sedikit. Ini sudah menjadi uniform tidak rasmi suri
rumah yang tidak berseni. Sesetengahnya langsung tidak berbaju, hanya
berkemban. Sudahlah berkemban, nampak bulu ketiak keriting, betul-betul
macam ibu si Tenggang.
Percayalah, kalau rupa seperti ini yang dilihat oleh suami setiap hari, belum
masuk usia 40 tahun pun suami sudah menjeling wanita lain. Jika hari-hari
melihat puntianak atau ibu si Tenggang, suami pun berasa muak juga. Suami pun
hendak melihat benda-benda indah.
Sebenarnya, mendandan diri bukan susah sangat. Lagi pun kebanyakan suami
tidak cerewet sangat. Suami tidak mengharapkan isteri menyambutnya dengan
pakaian berjenama antarabangsa, atau jari lentik dengan kuku berwarna, bibir
merah dan basah berkilat, rambut ikal mayang teknik rebonding, alis lentik bagai
penari Mak Yong.
Apa yang dikehendaki oleh kebanyakan suami ialah penampilan seorang isteri
yang kemas, sopan dan kelihatan manja. Jangan lentuk sangat, suami naik lemas
pula. Rambut perlu disisir kemas, pada hari-hari tertentu (petang Khamis
umpamanya!) boleh letak bunga ros di kepala. Tetapi, jangan pula terlebih hingga
pacak bunga manggar di kepala. Nanti suami ingat isteri sudah sewel.
mengoda-suami
Pipi patut dihias supaya tidak nampak berminyak macam mamak jual capati.
Kalau tidak mampu pakai bedak yang berjenama, bedak biasa pun boleh, asalkan
disapu dengan kemas. Jangan asyik lumur dengan bedak beras sejuk sehingga
wajah kelihatan seperti wayang China purba!
Tidak salah menyambut kepulangan suami dengan haruman. Semburlah pewangi
yang boleh membangkitkan semangat. Kalau tidak ada pewangi pun gunakanlah
haruman ash dari bunga cempaka, melur, kenanga atau lain-lain bunga wangi.
Kalau pun teruk memasak di dapur pastikan bau serbuk kari, sambal belacan,
budu, atau bau ikan pekasam goreng tidak melekat di tubuh. Amaran: jangan
sekali-sekali ada bau semburan ubat lipas atau kapur barus pada tubuh. Mati
selera suami.
Ketiga, mesti selalu senyum. Sambutlah suami dengan senyum paling manis.
Senyum yang ikhlas, dan bukan dibuat-buat. Ingat, orang lelaki dapat membaca
antara senyuman ikhlas dan senyum palsu. Tetapi, jangan tersengih tidak tentu
pasal, nanti suami ingat isteri tersampuk puntianak sundal malam.
Tidaklah diharapkan isteri mengurut-urut bahu atau dada suami sebaik masuk ke
rumah, lebih-lebih lagi di hadapan anak-anak. Memadailah isteri menegur, “Abang
nampak letih, boleh kita ambilkan air? Abang nak air sejuk atau air panas?”
Tetapi, jangan pula memberitahu suami benda-benda yang mungkin mematikan
semangatnya, seperti: “Tadi ada orang datang, dia kata abang dah tiga bulan tak
bayar ansuran kereta, betul ke?” Atau, “Orang sebelah tu beli TV 29 inci, boleh
tak kita beli yang 36 inci?”
Keempat, etika di bilik tidur. Ini paling penting, sebab bilik tidur adalah tempat
rehat bagi suami isteri. Tempat tidur mesti selalu kemas dan menarik.
Semburkan haruman supaya semerbak sepanjang malam. Sesekali taburkan
bunga-bunga wangi di atas tilam. Barulah bersemangat untuk cakaran harimau
atau cakaran kucing.
Malangnya, bagi isteri yang sudah melewati empat puluhan, bau haruman di
kamar beradu biasanya tidak dihiraukan lagi. Tidak ada bau minyak wangi,
seperti zaman baru-baru kahwin dulu. Apa yang memenuhi bilik tidur sekarang
hanyalah bau minyak angin.
Bilik tidur penuh dengan beraneka minyak angin. Penjuru katil ada minyak lenguh
sendi, tepi bantal ada minyak sengal tulang, atas tilam ada minyak pening kepala,
bawah katil pun ada minyak semput.
Walaupun sudah lenguh sana-sini, minyak-minyak itu bukan di kamar tidur
tempatnya. Kalau setiap malam hidung suami tersumbat bau minyak angin,
matilah seleranya untuk mencakar. Ini yang isteri kena faham.

Related post



0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More