Sunday 13 May 2012

Percutian Berkualiti Meningkatkan Produktiviti


Setelah beberapa kali mengalami keadaan yang sama, akhirnya Saya benar-benar yakin bahawa Saya dan mungkin ramai juga diluar sana mengalami masalah yang sama iaitu penurunan kadar produktivi sebaik sahaja pulang daripada bercuti.

Semuanya berpunca daripada aktiviti semasa percutian yang tidak diselaras dan disusun dengan baik. Benar cuti itu perlu dan bagus untuk mengurangkan tekanan dan sebagainya tetapi tanpa pengisian serta aktiviti yang betul, tentunya ia akan menjadi sesuatu yangmenghalang peningkatan produktiviti. Disitulah paradoxnya.


Sehingga kini Saya pun masih lagi tercari-cari komposisi yang tepat dalam memastikan cuti dapat dijadikan sebagai pemangkin kepada peningkatan produktiviti. Mungkin tiada formula khusus untuk mendapatkannya tetapi jika langkah-langkah ini diikuti, berkemungkinan akanmeningkatkan kualiti percutian:

Merancang Dengan Baik

Buat persiapan dengan baik terutamanya destinasi yang dipilih, pilihan tempat penginapanmengenal pasti aktiviti serta tempat menarik yang perlu dilawati dan merancang berdasarkan peruntukan yang telah ditetapkan. Jika memamdu sendiri, pastikan kenderaan telahdiselenggara dengan baik dan mengkaji laluan yang bakal digunakan.

Bercuti Seringkas Mungkin

Bawa pakaian serta kelengkapan lain yang perlu sahaja. Dengan meminimumkan barangan yang dibawa tentu meringankan beg yang bakal dibawa. Lebih ringan dan ringkas tentunya lebih mudah untuk bergerak.

Datang Dengan Fikiran Terbuka

Percutian itu sendiri adalah aktiviti yang sangat mencabar. Banyak perkara yang perlu diteroka terutama melibatkan perkara-perkara yang tidak ditemui dalam kehidupan seharianBersedia dari segi mental dan fizikal untuk mencuba sesuatu yang baru. Banyakkan bersabarserta mencuba untuk menikmati percutian itu sama ada baik atau buruk.

Daripada ketiga-tiganya, Saya lebih menumpukan kepada langkah pertama iaitu "Merancang Dengan Baik"  dimana komponen utamanya ialah mengenal pasti aktiviti bersesuaian.

Berikut adalah situasi biasa bagi mereka yang berkeluarga apabila bercuti didalam negeri : 

Untuk ke sesuatu destinasi, kita berkemungkinan perlu membuat pemanduan jarak jauh. Biasanya pemandunya adalah ketua keluarga itu sendiri...

Jika pemandu tidak mendapat rehat yang secukupnya tentunya ia akan menjejaskan kualiti percutian itu. Jadi tidak hairanlah percutian yang sepatutnya menjadi pemangkin kepada peningkatan produktiviti boleh jadi sebaliknyaJadi didalam merancang aktiviti ketika bercuti, perlu mengambil kira faktor ini.  

Selain itu, pemandu (ketua keluarga) tidak boleh seronok sangat ketika bercuti sebab tanggung jawab menjaga keselamatan ahli keluarga terletak dibahu mereka.

Akhir kata, percutian yang berkualiti tentunya akan membantu meningkatkan produktiviti.


Untuk Maklumat Lebih Lanjut: Percutian Berkualiti Meningkatkan Produktiviti http://www.mdanif.com/2012/01/percutian-berkualiti-meningkatkan.html#ixzz1uowUKOYB
Under Creative Commons License: Attribution Non-Commercial

Related post



0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More