Monday 14 May 2012

Destinasi percutian:Pasir Salak Resort (PSR)


PASIR Salak Resort (PSR) di Kampung Gajah, Perak adalah destinasi percutian yang menjanjikan kedamaian kerana di kelilingi perkampungan Melayu sekali gus dapat memenuhi cita rasa pengunjung terutama yang mahu melarikan diri daripada suasana keriuhan kota.
Dengan moto ‘ketenangan anda keutamaan kami’ memberikan keyakinan kepada pengunjung kerana PSR bukan saja dilengkapi dengan pelbagai kemudahan riadah malah menyediakan bilik penginapan berhawa dingin.
“Kami mahu menjadikan PSR sebagai pusat pendidikan dan sosio-ekonomi penduduk luar bandar di samping resort itu menjadi pusat percutian dan tempat beristirahat,” katanya sambil mengharap komen membina diperoleh daripada mereka yang pernah menjadi tetamu di resort itu untuk membaiki kelemahan.
Beliau yang juga bekas Ketua Setiausaha, Kementerian Alam Sekitar dan Sumber Asli berkata, PSR memperkenalkan skim bantuan kepada penduduk melalui aktiviti menyediakan bekalan bahan mentah untuk keperluan resort.
Antaranya ayam kampung, ikan, ulam-ulaman segar, kuih tradisional dan nira nipah yang dijadikan minuman ringan untuk tetamu yang baru tiba di resort itu.
“Malah, kita menyediakan ruang pameran kraf tangan buatan tempatan seperti kraf daripada majalah dan surat khabar lama, labu tanah Kampung Tanjung Bidara.
“Semua produk kraf tangan yang dikeluarkan penduduk mempunyai mutu dan pembungkusan menarik untuk dijadikan cenderamata oleh pengunjung dan yang menginap di resort.
“Langkah ini antara ciri-ciri untuk mengembangkan skop PSR sekali gus mengangkat nama Pasir Salak sebagai destinasi pelancongan menarik dan mempunyai keistimewaan tersendiri,” katanya.
Dr Isahak berkata, pelancong yang berkunjung ke daerah Kampung Gajah tidak lengkap jika tidak menginap di PSR. Untuk keterangan lanjut boleh dilayari website : www.pasirsalakresort.com atau talian 05-6318999 dan faksimili 056318997.
FAKTA: Pasir Salak Resort
# Dibina oleh kerajaan negeri ketika Tan Sri Ramli Ngah Talib menjadi Menteri Besar Perak, kira-kira 10 tahun lalu.
# SPR mempunyai keluasan kira-kira lima hektar terletak di pinggir Sungai Perak.
# Kedudukan bersebelahan Kompleks Sejarah Pasir Salak (KSPS)
# Menyediakan 50 chalet mengandungi 100 bilik berhawa dingin.
Sumber berita : dari berita harian online

Related post



0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More