Thursday 10 May 2012

Ramai wanita rela dipukul pasangan




Masih ramai wanita menganggap mereka layak dipukul pasangan dengan satu daripada setiap lima, berasa mereka wajar menerima hukuman jika berpakaian mendedahkan.
Tinjauan mengejutkan itu juga mendapati, satu daripada tujuh wanita percaya keganasan dibolehkan jika mereka meleteri suami dan satu daripada 10 berasa mereka perlu ditampar jika berfoya-foya dengan lelaki lain.
Sumber Kementerian Dalam Negeri berkata, hasil paling mengejutkan tinjauan Ipsos Mori itu ialah tidak banyak perbezaan tingkah laku lelaki dan wanita.
Dibimbangi juga budaya berkumpulan dan rap mempromosikan anggapan memukul gadis adalah sesuatu yang wajar.
Setiausaha Dalam Negeri Britain, Jacqui Smith, kelmarin memberi amaran: “Keganasan terhadap wanita dan gadis tidak boleh diterima tidak kira apa sebabnya.” Saya mahu mengurangkan kebimbangan keganasan serius boleh menghalang wanita menjalani kehidupan mereka dengan bebas.”

Smith mempertimbangkan pendaftaran keganasan domestik yang boleh memberi amaran kepada wanita jika teman lelaki baru mereka pernah melakukan kesalahan itu pada masa lalu.
Polis boleh menyerahkan maklumat mengenai serangan terdahulu. Menteri turut meneliti arahan ‘menjauhkan diri’ apabila pasangan yang suka melakukan keganasan perlu meninggalkan keluarga selama dua minggu.
Dalam rundingan keganasan domestik yang dilancarkan kelmarin, menteri Kabinet akan menjelajah langkah untuk menghentikan serangan seksual ke atas gadis. Kempen ‘Strategi Menamatkan Keganasan Terhad Wanita dan Gadis’ bertujuan menangani semua bentuk keganasan ke atas golongan berkenaan.
Ia turut mempertimbangkan memberi kuasa lebih kepada polis dan mahkamah untuk mengawal pesalah ganas.
Sebagai langkah pertama, satu laman web akan dihasilkan bagi penduduk awam mengadu jika mereka berasa tidak selamat dan mengapa. Ia dibuat selepas seorang pekerja sosial, Camilla Batmanghelidjh, memberi amaran mengenai peningkatan menakutkan kejadian jenayah rogol berkumpulan.
Katanya, rogol dijadikan senjata menghukum gadis yang dilihat tidak menghormati anggota kumpulan. – Agensi


Related post



0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More