Saturday 24 March 2012

Gaya & selesa tanpa banyak belanja


RAMAI di kalangan kaum Adam yang menganggap pakaian yang direka khas pereka fesyen dan pakaian berjenama akan menampakkan gaya yang lebih menarik.
Tidak juga.
Selepas melungsuri banyak laman fesyen, dapat juga dirumuskan bahawa fesyen pakaian yang direka khas – dengan harga yang tinggi – tidak semestinya yang paling sesuai atau selesa dipakai. Di bawah ini disediakan beberapa tip fesyen yang praktikal, tetapi tidak semestinya memerlukan banyak belanja.
1) Selesa dipakai:
Perubahan paling dramatik yang boleh dibuat dalam gaya seseorang ialah memastikan semuanya selesa dipakai.
Ramai lelaki memakai pakaian yang terlalu besar. Pastikan anda mengenakan pakaian yang hampir menunjukkan bentuk tubuh, tetapi tidak terlalu ketat.
2) Biar simple:
Anda ingin almari anda kelihatan bergaya dengan fesyen menarik tetapi jangan keterlaluan. Contohnya, jangan gunakan pakaian yang mempunyai lebih daripada tiga jenis warna. Jangan gunakan pakaian seperti seorang bintang rok, melainkan anda anggota sebuah band rok. Jika ingin kelihatan bergaya, anda boleh mengenakan kemeja jalur hitam dengan jaket putih, sepasang seluar jeans berwarna gelap, tali pinggang putih, dan kasut kegemaran anda. Mungkin juga jam yang bergaya dapat ‘menyerikan’ keseluruhan keterampilan anda.

3) Ubah sikap anda terhadap kasual:
Kasual tidak semestinya membosankan. Anda boleh mengenakan kemeja berkolar, atau mungkin dapatkan sedikit inspirasi daripada mereka yang mempunyai tanggapan berlainan mengenai kasual.
4) Beri perhatian terhadap keperluan lain:
Contohnya baju kemeja. Ada yang agak ‘langsing’ tetapi ada juga yang terlalu besar. Sebaik-baiknya apa yang dikenakan pada bahagian atas tubuh perlu disesuaikan dengan seluar. Sekiranya anda mengenakan baju kemeja yang besar, pastikan anda mengenakan seluar yang kelihatan agak lasak. Jangan pakai baju yang terlalu besar dengan seluar ‘abang ofis’. Sebaliknya kenakan baju yang tidak kasual itu dengan seluar jenis kargo atau jeans.

5) Jangan percaya sepenuhnya pandangan penjual:
Anda tidak boleh mempercayai seseorang penjual 100 peratus. Sebabnya sebahagian mereka bergantung kepada komisen – lebih banyak pelanggan yang beli, lebih banyak komisen diterima mereka.

6) Pastikan anda setapak lebih atas daripada yang lain:
Kadangkala, lebih baik juga mengenakan pakaian yang agak keterlaluan. Sebenarnya apa yang perlu dipertimbangkan ialah ke mana dan dengan siapa anda akan bersama. Tetapi jangan pula kenakan pakaian yang kelihatan lebih bergaya daripada bos anda.

7) Jangan pandang rendah pada ciri-ciri tertentu:
Perkara terakhir yang biasa difikirkan biasanya perkara pertama yang dikesan seorang kaum Hawa. Justeru adalah lebih baik jika anda beri perhatian pada ciri-ciri lebih kecil – termasuk anak tudung, poket berbentuk empat segi, dan cara tali leher diikat.

8) Beli sepasang kasut yang baik:
Kasut merupakan pakaian utama yang diberi perhatian kaum Hawa terhadap kaum Adam, terutamanya kebersihan pada kasut yang dipakai itu. Mencuci dan menyeterika pakaian adalah mudah. Namun ramai kaum Adam mengabaikan kebersihan kasut mereka sehingga kelihatan berkeladak.

9) Kemeja ‘T’ berlogo:
Apabila anda memakai kemeja ‘T’ berlogo besar, anda mengambil ‘risiko’ besar. Anda kelihatan seperti papan iklan besar bergerak!

10) Usah beri perhatian pada trend:
Anda tidak sepatutnya memakai sesuatu pakaian semata-mata kerana trend. Kadangkala lebih elok dan sesuai bagi seorang Adam mengenakan pakaiannya tersendiri – yang mungkin lebih menjimatkan.

Related post



0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More