Saturday 24 March 2012

Seluar Mempengaruhi Gaya Penampilan lelaki??

Semalam saja-saja aku temankan member aku pergi cari seluar jeans..yela kan.dah nak raya ni,mesti dah mula cari baju raya..seluar raya ..ye dak?
Semua benda nak raya je..memang demam raya betol lah..dan satu perkara pelik berlaku iaitu size seluar aku berubah…OMG!..OMG!.hehehe
Berubah kearah makin mengecil atau makin membesar rasanya tak payah bagitahula,tapi yang pasti aku kena banyakan senaman lepas ni..atau mungkin diet?..bulan puasa memang aku diet pun,sebelah siang jela..
Nak taip apa pun aku dah tak tahu dah,tapi sajalah aku nak share sikit pasal lelaki ni…”pasal apa plak ko nak share ni?”..ada perempuan cun tanya.,..
Yela,dah nama pun aku cakap aku teman member aku beli seluar,mestilah nak share pasal seluar..jom-jom,benda ni penting agaknya untuk kaum wanita nak tahu lelaki tu jenis macam mana..kita tengok pada seluar dia..laaayaan…
Seluar Baggy
Lelaki yang meminati gaya seluar ini agak keperempuanan, mengikuti perkembangan semasa, lembab kerana ragu2 dalam mengambil keputusan, lemah lembut.
Seluar Gantung / Hanger
Lelaki yang sering menggayakan fesyen seluar gantung adalah lelaki yg misteri, seleranya sukar diramal serta serba rahsia.
Seluar Jeans
Lelaki yang menggemari seluar jeans adalah seorang yang optimis & tenang, gaya tersendiri, amat mengasihi org yang disayangi, sanggup berkorban apa saja tapi sering tersilap mengambil keputusan.
Seluar Warna Terang
Lelaki yang lebih suka memakai seluar yang berwarna terang dikatakan tegas, luas pandangan dan berfikiran matang bila selesaikan masalah.
Seluar Ketat
Lelaki yang menyukai seluar ketat dikaitkan sebagai suka mencari perhatian, ego tinggi tapi baik.

Related post



0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More