Friday, 27 January 2012

6 tip rancang percutian keluarga

Minggu depan dah mula bercuti. Saya jadikan hujung tahun masa percutian aktiviti keluarga. Bagus untuk tenangkan fikiran dan menggembirakan hati anak-anak. Ini semua akan jadi kenangan menarik pada anak-anak bila besar kelak. Aha, ini sebenarnya apa saya alami ketika kecil. Ibu ayah saya sering bawa melancong. Kenangan ini saya lakukan pula untuk anak-anak saya.:p
Rancang percutian agar ianya menarik dan tidak pula membebankan atau merosakan mood percutian.
1. Tetapkan tarikh ingin melancong. Buat perancangan sebaiknya 6 bulan awal. tentukan berapa hari ingin berada di sana. Sebaiknya bukan masa sibuk. Namun dengan anak yang bersekolah, biasa sukar nak elak waktu sibuk.
2. Tempat ingin dituju. Rancang apa aktiviti nak dibuat, jadi bila sampai, masa terisi. Jika sampai sana baru nak rancang mungkin akan buang masa kerana tercari-cari apa nak dilakukan. Boleh surf dalam internet mengenai tempat berkenaan.
3. Buat tempahan bilik hotel/apartmen untuk pastikan ada tempat penginapan terutama semasa musim cuti umum atau cuti persekolahan. Saya pernah pergi ke Kuala Terengganu dan petang terpaksa berpatah balik ke Kerteh kerana bilik penuh. Mujur rumah keluarga saya di Kerteh. Ramai yang tiada saudara mara bermalam di masjid atau surau atau tidur dalam kereta.
4. Kenderaan samada kenderaan sendiri atau awam. Tiket kapal terbang tambang murah jika ditempah awal, harganya amat murah. Berbaloi.;) Harga akan dinaikkan bila semakin dekat tempoh perjalanan
5. kewangan, aha ini paling penting pun. belanja makan, beli barang dan cenderamata. Namun jika buat perancangan awal, ada beberapa perkara boleh dijimatkan. Jika dah rancang 6 bulan awal, pastikan simpan duit. Ada duit lebih, baru seronok sikit nak berbelanja.B) Tapi jangan sampai membazir pula.
6. rancang perjalanan. Buat persiapan beberapa hari sebelum berjalan. Kemas pakaian dan barangan yang ingin dibawa. Jika ada anak kecil, perjalanan lebih mencabar. Pastikan keperluan anak-anak tersedia. Saya selalu rancang perjalanan ketika waktu tidur anak. Sediakan makanan ringan, mungkin sepanjang perjalanan sukar cari.

Related post



0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More