Friday, 27 January 2012

Ajar anak ke dapur










Memasak di kalangan kanak-kanak sebenarnya mampu memberi banyak pendidikan dan pelbagai pengalaman berharga kepada anak-anak anda.
Aktiviti ini merupakan kerja praktikal yang dapat mengajar tentang kehidupan asas kanak-kanak.
Ibu bapa boleh memberi pendidikan melalui aktiviti memasak kepada anak-anak mereka terutamannya pada waktu lapang atau pada hujung minggu.
Apakah kelebihan-kelebihan yang anak anda akan perolehi jika anda mendedahkan mereka dengan kemahiran memasak di rumah?
Memasak bersama anak-anak dan seluruh keluarga mampu mengeratkan silaturahim atau ikatan kekeluargaan kerana memasak juga memerlukan kerjasama .
Jadi apa salahnya jika anda membiarkan anak-anak yang kecil membuat kerja-kerja yang ringan dan mudah serta selamat seperti membasuh dan memukul telur atau menguli doh.
Ini akan membina semangat kerjasama di kalangan kanak-kanak agar mereka tidak kekok untuk menyemai sikap suka tolong menolong.
Memasak dapat meningkatkan juga keyakinan diri di kalangan kanak-kanak. Anda perlu menyokong anak anda dan benarkan mereka menolong anda memasak menyediakan hidangan untuk keluarga anda.
Dengan memasak akan membentuk rasa bertanggungjawab untuk menyediakan hidangan yang lazat untuk santapan keluarga.
Pujian kepada masakan yang dibantu atau yang dibuat oleh anak anda boleh meningkatkan keyakinan diri mereka. Ketika memasak juga kanak-kanak akan berimaginasi dengan masakan yang dibuatnya.
Imaginasi dalam menghasilkan sesuatu masakan dapat membentuk fikiran yang kreatif.
Jadi biarkan mereka mencuba mengadunkan pelbagai bahan dan rasa dalam masakan.
Proses eksperimen kepada sesuatu resipi yang baru ini akan menggalakkan nya untuk suka melakukan percubaan yang baru tanpa takut melakukan kesilapan.
Jiwa kanak-kanak kecil sangat sensitif dan peka kepada suatu perkara baru. Mereka selalunya bergantung kepada deria untuk belajar.
Oleh itu memasak memberi peluang kepada mereka ini untuk menggunakan deria penglihatan, sentuhan, rasa, bau dan dengar.
Dan secara tak langsung mereka dapat belajar untuk memperbaiki kepekaan deria-deria mereka ketika memasak.
Selain itu membaca resipi dan langkah-langkah penyediaan makanan juga dapat meningkatkan kemahiran membaca di kalangan kanak-kanak.
~ Utusan

Related post



0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More