Kecintaannya kepada dunia pendidikan awal kanak-kanak membuatkan ibu ini mengerah seluruh tenaga bagi memastikan anak-anaknya pintar dan cerdas.
Semenjak melahirkan anak pertama, Rania Qarissa Rizal, 3 tahun 5 bulan, Norhidawati Abdul Aziz, 31, sudah berazam untuk menjadi ibu yang baik dan bertanggungjawab.
Salah satu cara dia melunaskan tanggungjawab tersebut adalah dengan menyediakan pakej ilmu kepada anak semenjak dia masih di dalam perut lagi.
Keazaman mendidik anak menjadi seorang genius muncul apabila melihat anak sulung kakaknya, Dania,yang baru berusia bawah enam tahun sangat bijak dan petah berkata-kata.
Menurut kakaknya, Dania suka menonton rancangan kartun di saluran Disney. Dia percaya anaknya banyak belajar daripada rancangan itu.
“Semenjak itu saya terfikir, jika kanak-kanak sekecil itu boleh petah bercakap tanpa ada sesiapa yang mengajarnya, apatah lagi jika ibu bapa banyak memberi tunjuk ajar. Sudah pasti hasilnya bertambah baik dan mengagumkan.
Sejak itu saya berazam di dalam hati untuk memastikan jika ada anak (masa itu belum mengandung), saya akan latih anak menjadi kanak-kanak yang bijak daripada awal lagi,dengan cara yang menyeronokkan dan bukan paksaan.
Alhamdulillah, selepas mempunyai anak sendiri, wanita berhati waja ini mengaku telah mempraktikkan beberapa amalan sejak bayi dalam kandungan lagi demi memastikan misi menjadikan anak genius tercapai.
“Sebenarnya sejak awal usia kandungan lagi, saya telah mempraktikkan beberapa perkara biasa yang dilakukan oleh ibu bapa lain seperti berborak dengan bayi dalam kandungan, mengusap perut, membaca al-Quran, berdoa kepada Allah SWT agar semuanya dipermudahkan untuk saya dan semoga anak yang saya kandung menjadi anak yang bijak.”
Stimulasi Bermula
Apabila kandungan berusia tujuh bulan, ibu yang mesra dengan panggilan Watie ini mencari bahan di Pesta Buku Antarabangsa untuk proses pembelajaran anak yang bakal lahir nanti.
“Mungkin orang kata saya ini ‘over’ dan terlalu awal, tetapi tidak bagi saya kerana saya percaya bayi di dalam kandungan boleh tahu apa yang berlaku di persekitaran mereka.
Akhirnya saya bertemu satu program yang saya rasakan sangat menarik dan memenuhi ciri-ciri yang saya cari selama ini. Program ini mengandungi kad imbas, buku nyanyian, buku mewarna, buku aktiviti dan VCD lagu-lagu. Ia program lengkap untuk anak berusia 0 hingga 7 tahun.
Anak pertama yang manja dengan panggilan Qarissa lahir pada 26 Jun 2008. Sebaik keluar daripada hospital, Wati memulakan eksperimennya yang pertama.
Sebaik berada di rumah, setiap malam Wati akan membuka CD audio program tersebut sebelum tidur hinggalah keesokan paginya. Sebagai orang dewasa, dia mengaku berasa bosan menonton cerita yang sama setiap masa sepanjang berpantang.
Tetapi dia cekalkan hati dan berkata, “inilah pengorbanan (telinga) yang saya lakukan untuk anak.” Tambahan pula apabila teringat salah satu ayat yang dibaca daripada buku keibubapaan yang menyebut kanak-kanak tidak pernah berasa bosan.
“Apabila mereka sukakan sesuatu, mereka akan tekun melihatnya berkali-kali tanpa sedikit pun rasa muak dan ia terbukti apabila melihat sendiri Qarissa menonton VCD lagu dan cerita itu tanpa berkelip sedikit pun,” terang Wati sambil tertawa.
Bacaan Pertama Qarissa
Sepanjang 10 bulan pertama kehidupannya, Qarissa membesar sebagai anak yang aktif dan cerdas. Ketika itu Wati masih lagi tidak fokus mengajar anaknya membaca sehinggalah dia melihat video di laman Youtube, seorang kanak-kanak berusia setahun boleh membaca dengan menggunakan satu program khas.
Sebaik menonton video itu, semangatnya terus membara untuk mengajar Qarissa membaca pula. Ketika itu usia Qarissa baru 11 bulan dan azamnya hendak menjadikan Qarissa pandai membaca pada usia lebih awal daripada kanak-kanak tersebut.
“Saya nekad membeli program yang berharga beribu ringgit itu walaupun awalnya berbelah bahagi sama ada hendak beli atau tidak. Bila sudah beli, saya berniat dalam masa sebulan Qarissa mesti boleh membaca.
Alhamdulillah Tuhan makbulkan doa saya apabila sehari sebelum ulang tahun pertama Qarissa, saya sempat rekodkan kebolehannya membaca menggunakan program tersebut.
Sebagai ibu, sudah tentu saya gembira dan bangga dengan pencapaian anak dan saya kongsikan kegembiraan itu dengan memuat turun video dalam blog saya serta laman Youtube. Saya sekadar hendak kongsi pengalaman dan kegembiraan,” ujarnya yang selepas itu terus membuat kajian lanjut bagaimana bayi boleh membaca.
Hasil perkongsian tersebut membuatkan ramai kenalan dan pengunjung blognya meminta dia membuat kelas khas untuk mengajar kanak-kanak membaca.
Eksperimen Bayi Kedua
Semakin banyak kajian dan penyelidikan yang dilakukan terhadap perkembangan otak kanak-kanak dan keupayaan bayi membaca semakin kuat tekad Wati untuk mengaplikasikan kepada anaknya terutama sejak dalam kandungan.
Justeru, dia nekad untuk mengandung anak kedua bagi membolehkan dia melakukan eksperimen membentuk anak genius sejak dari dalam kandungan.
Sebaik disahkan mengandung anak kedua, Wati mula mengaplikasikan segala amalan positif mendapat anak genius. Selain daripada stimulasi biasa dilakukan sepanjang mengandung, Wati turut banyak membuat latihan Matematik, bermain permainan Sudoku dan lain-lain permainan kepintaran otak, mendengarkan bayi lagu-lagu klasik dan turut melakukan apa sahaja aktiviti yang dilakukan Qarissa seperti melompat, berlari, menyanyi dan sebagainya.
“Saya benar-benar melalui kehamilan kedua ini dengan pelbagai aktiviti. Kebetulan saya tidak bekerja, jadi sepanjang hari saya habiskan masa bersama Qarissa dengan menonton pelbagai VCD lagu-lagu nursery dan rancangan pendidikan awal kanak-kanak. Saya hafal semua lagu nursery yang baharu dan lama. Rumah juga sudah seperti tadika,” ceritanya berkongsi pengalaman.
Berbual dengan bayi dalam kandungan menjadi rutin harian Wati. Bahkan dia turut mencuba uji kaji membezakan suasana gelap dan terang oleh bayi semasa dalam perut ibu.
“Wati ambil lampu tidur dan tunjukkan pada perut, bila terang, bayi menendang dan bila gelap saya beritahu, masa untuk tidur dan bayi tidak menendang,” ujarnya yang memang kagum dengan kebolehan bayi dalam kandungan.
Stimulasi Wati tidak berhenti sepanjang hamil sahaja kerana sebaik Rania Quzayra Rizal lahir pada 7 April 2010, dia terus membuat stimulasi.
Biarpun anaknya lahir sebagai anak istimewa iaitu bayi tanpa tulang di tangan kanan atau nama saintifiknya Symbrachydactyly, yang berlaku dalam 1 : 32,000 kelahiran, keyakinannya terhadap pendidikan awal kanak-kanak semakin tinggi.
Wati tidak menunggu lama untuk menstimulasi Quzayra. Sejurus selepas kelahirannya, stimulasi dilakukan sehingga kini. Hasil stimulasi yang berterusan dengan kad imbas, Quzayra pandai ‘membaca’ seawal usia lima bulan! Dia sangat aktif dan bijak berbanding kakaknya ketika usia yang sama.
Awalnya, Wati ingin Quzayra yang tidak sempurna mampu berdikari. Menakjubkan, Quzayra membesar sebagai anak yang bijak. Dalam usianya kini baru 17 bulan, dia sudah boleh bercakap, membaca perkataan, faham arahan dan sangat berdikari.
Keinginan untuk berkongsi,permintaan daripada kenalan dan pengikut blognya, serta rezeki kurniaan Ilahi, membuatkan Wati menubuhkan perniagaan pusat sehenti dan aktiviti pendidikan untuk bayi dan kanak-kanak, Genius Baby On Board.

0 comments:
Post a Comment