Sebaik disahkan hamil, bakal ibu perlu menjalani pemeriksaan antenatal untuk memastikan keselamatan dan kesihatan kandungan.
Jalani Pemeriksaan Demi Kesihatan Anak Dan Ibu
Pemeriksaan antenatal penting untuk setiap ibu hamil. Jangan ada yang culas atau sengaja melengah-lengahkan hingga ke minggu terakhir.
Pemeriksaan antenatal bermaksud pemeriksaan kehamilan sebelum proses kelahiran. Pemeriksaan ini mesti dilakukan untuk mengurangkan risiko semasa hamil dan bersalin. Bagi ibu yang mengalami masalah kesihatan seperti darah tinggi, kencing manis dan lain-lain mesti menjalani pemeriksaan kerap untuk memastikan kesihatannya stabil.
Menurut Dr. Norleen, pemeriksaan ini wajib dijalani setiap bakal ibu bermula dari trimester pertama, kedua dan ketiga supaya doktor dapat melihat kesihatan ibu dan perkembangan bayi secara menyeluruh.
Lazimnya pemeriksaan dilakukan sebulan sekali sehingga kandungan berusia 28 minggu. Manakala dua minggu sekali selepas 28 minggu hingga minggu ke-36 dan setiap minggu selepas minggu ke-36 sehingga bayi dilahirkan.
Ujian berikut mesti dilakukan untuk memastikan bayi dan ibu dalam keadaan selamat. Manakala sejarah kesihatan pesakit akan direkodkan untuk rujukan dan pemeriksaan fizikal. Ujian air kencing untuk protein dan glukosa, ujian darah untuk hemoglobin, hepatitis, VDRL dan HIV juga dijalankan. Berat badan diambil untuk memastikan berat ibu dalam kawalan dan tidak terlalu berat.
Manakala ujian imbasan adalah pemeriksaan yang dilakukan oleh pakar O&G. Ia bertujuan untuk melihat sama ada struktur anggota bayi normal atau sebaliknya, tumbesaran bayi, keadaan uri, air ketuban dan masalah ketumbuhan pada rahim.
Bahkan ujian ini untuk memantau tumbesaran bayi terutama bagi ibu yang mempunyai masalah kesihatan seperti kencing manis, darah tinggi, kandungan kembar dan sebagainya.
Pemeriksaan ini biasanya untuk mengesahkan kehamilan, memberitahu tarikh jangkaan bersalin (due date). Ketika ini juga akan diadakan beberapa ujian-ujian iaitu air kencing, tekanan darah, berat badan, ujian darah dan ultrasound.
Permasalahan Semasa Hamil
Setiap bakal ibu perlu menjalani pemeriksaan kesihatan kerana ada ibu yang menghidap penyakit darah tinggi, diabetes dan sebagainya semasa hamil. Oleh sebab itu ada yang perlu menjalani ujian khas untuk mengawal penyakit yang dihidapi.
Pesakit yang disahkan diabetes akan menjalani ujian ‘glucose tolerance’ di mana pesakit akan berpuasa pada malam sebelum ujian dijalankan.
Pada keesokannya, satu ujian darah untuk glukosa akan diambil. Ibu akan diberi minuman air glukosa (75 gm di dalam 200ml air suam). Air glukos perlu dihabiskan dalam masa 10 sehingga 15 minit dan ibu perlu duduk berehat tanpa melakukan aktiviti yang menggunakan tenaga. Selepas dua jam satu lagi ujian darah akan dilakukan.
Penyakit diabetes sewaktu hamil terbahagi dua iaitu sebelum hamil dan semasa hamil. Penyakit ini menyerang ibu disebabkan oleh pemakanan yang berlebihan terutama pengambilan karbohidrat dan lemak yang tinggi.
Bagaimana ia terjadi? Apabila seseorang wanita itu hamil, banyak hormon dikeluarkan oleh uri untuk menampung kandungan dan hormon-hormon seperti HCG, estrogen mengakibatkan kadar dalam darah boleh meningkat. Jika pengeluaran hormon insulin dari pankreas tidak cukup, ia boleh mengakibatkan kencing manis sewaktu hamil.
Kencing manis yang tidak dikawal pada awal kehamilan boleh mengakibatkan kecacatan kepada bayi yang dikandung seperti kecacatan otak, tulang belakang dan jantung. Bayi juga boleh meninggal di dalam kandungan tanpa disedari, air ketuban yang banyak dan seterusnya boleh bersalin awal, bayi kurang matang dan sebagainya.
Manakala bagi penyakit darah tinggi, ia perlu dikawal supaya tidak menjejaskan kandungan. Tanda-tanda awal penyakit ini ialah bengkak pada pergelangan kaki atau di kawasan lain seperti muka dan jari-jari atau pun sakit kepala.

0 comments:
Post a Comment