Oleh: Dr. Tengku Asmadi bin Tengku Mohamad, Ph.D PERHATIAN: Hakcipta dituntut oleh MAP Training and Consultancy Sdn. Bhd. Anda tidak boleh mencetak atau mengedar bahan-bahan dari laman-map ini sebelum terlebih dahulu mendapat kebenaran dari kami. Bahan-bahan ini adalah untuk tatapan anda sebagai satu sumber ilmu pengetahuan. Sebarang pertanyaan atau permohonan untuk mendapat kebenaran boleh dibuat melalui emel. |
Dalam membesarkan anak-anak perkembangan EQ (emosional qualities) sama pentingnya dengan perkembangan IQ. Kalau IQ merujuk kepada kepintaran anak-anak, EQ pula merujuk kepada kebolehan anak-anak menangani konflik emosi mereka. Tahap IQ seseorang boleh diukur melalui ujian-ujian tertentu tetapi EQ sebaliknya tidak mampu diukur. Sehingga sekarang takrif yang tepat tentang EQ masih dicari. Salovey dan Mayer mendefininisikan EQ sebagai, suatu subset dari kecerdasan sosial yang merujuk kepada kebolehan seseorang meneliti emosi atau perasaan dirinya atau orang lain, membezakan emosi ini dan menggunakannya sebagai panduan membentuk suatu cara fikir dan tindakan.Dalam meniti kecemerlangan hidup, ramai pakar percaya bahawa 80% bergantung kepada kekuatan EQ dan hanya 20% sahaja berdasarkan ketinggian IQ. Para pekerja pada awalnya mungkin diambil bekerja kerana kebolehan IQ mereka tetapi hanya yang mempunyai EQ yang tinggi sahaja kelak yang cepat dinaikkan pangkat. EQ lebih merujuk kepada ciri-ciri diri seperti:
Kajian menunjukkan bahawa terdapat tiga pendekatan utama yang sering diambil oleh ibu bapa dalam mendidik anak-anak iaitu sama ada secara keras, lembut atau sederhana. Rasulullah s.a.w sendiri menyarankan agar kita mengambil jalan tengah atau bersederhana dalam mendidik anak-anak. Apa yang Rasulullah s.a.w sarankan ini kini telah dibuktikan benar oleh masyarakat barat yang membuat kajian tentang pendidikan EQ ini. Ada ketikanya kita perlu keras dengan anak-anak dan ada ketikanya pula kita perlu lebih memahami dan bertolak ansur. Dalam artikel kali ini dan siri-siri seterusnya, saya akan bincangkan bila ibu bapa perlu berkeras dan bagaimana mendisiplinkan anak. Saya juga akan membincangkan bagaimana untuk ibu bapa memahami perasaan anak. Bagaimana untuk mengambil peluang mendekati anak dan mendapatkan kepercayaan mereka apabila mereka dalam keadaan tertekan, bermasalah, runsing dan sebagainya. Apabila ibu bapa bersikap empati dan membantu anak-anak memahami dan mengatasi setiap perasaan negatif mereka (seperti marah, sedih, cemburu, memberontak, takut, malu dan sebagainya), ibu bapa sebenarnya telah membina kepercayaan dan kasih sayang dalam diri anak-anak terhadap mereka. Kepercayaan dan rasa kasih yang berputik ini perlu disuburkan dan dibajai kerana ia sebagai penyebab untuk anak mendengar nasihat dan menghormati kita sebagai ibu dan bapa. Ibu bapa perlu faham, keibubapaan yang baik memerlukan lebih daripada pendekatan intelek. Kita memerlukan pendekatan emosi. Sebagai manusia, anak-anak (malah kita sendiri) membuat satu-satu keputusan itu berdasarkan alasan-alasan emosi. Hanya sedikit sahaja boleh disandarkan atas alasan logik. Misalnya, kita membeli kereta kerana memerlukan kenderaan untuk bergerak sama ada dihari panas atau hujan. Kalau begitu kenapa tidak beli kereta yang ala kadar sahaja. Kenapa mereka yang mampu akan membeli kereta yang lebih mahal, lebih besar dan berprestij? Ini disebabkan kita mempunyai alasan emosi yang jauh lebih besar dari alasan lojik. Sebagai manusia, anak-anak juga seperti kita. Mereka akan mudah membuat keputusan atas alasan emosi. Sebab itu ada pepatah yang mengatakan "cinta itu buta". Sebab apabila seseorang dibawah pengaruh emosi maka daya inteleknya akan kurang dimanfaatkan. Atas sandaran inilah maka ibu bapa perlu belajar bagaimana untuk menggunakan pengaruh emosi ini bagi membentuk, membimbing dan mendidik anak-anak mereka. Keibubapaan yang menggunakan pendekatan emosi biasanya melibatkan lima langkah utama iaitu:
Ibu bapa juga perlu faham, pendekatan bijak emosi bukanlah bermakna anak-anak tidak perlu didisiplinkan lagi. Sebaliknya apabila ibu bapa dan anak saling percaya mempercayai maka bermakna telah terbentuk satu pengaruh yang kuat. Ketika ini anda boleh gunakan pendekatan keras, apabila kekerasan diperlukan. Apabila anak anda melanggar peraturan, bersikap kasar dan sebagainya anda perlu menegurnya. Anda letakkan batas-batas tertentu tanpa ragu-ragu. Anda tidak bimbang untuk menyatakan akan kekecewaan aanda dan anda tahu yang anak anda boleh lakukan lebih baik. Disebabkan anda sentiasa gunakan pendekatan bijak emosi maka sekali anda bertegas, ketegasan dan kata-kata anda akan memberi kesan. Anak-anak akan memahami kenapa anda berkelakuan demikian malah lebih menghormati anda. Begitu juga anda boleh menjadi cukup penyayang apabila pendekatan memujuk secara lembut pula diperlukan. Dengan pendekatan bijak emosi ini anak-anak Pengalamanlah yang akan mengajar anda pendekatan mana yang lebih sesuai dalam keadaan-keadaan tertentu. Beberapa perkara dibawah boleh dijadikan panduan:
Sekian. |
0 comments:
Post a Comment