S : Jahitan pada faraj sudah sembuh tetapi ada ketikanya sedikit sakit dan nyilu. Selepas 60 hari bersalin, keluar darah yang banyak. Adakah sakit yang saya alami di faraj menunjukkan luka belum sembuh sepenuhnya. Apabila suami mengajak bersama, saya menolak kerana trauma tetapi suami tidak mengerti. Bantulah saya.
Marina, Kapar, Selangor.
J : Masalah yang puan anjurkan merupakan masalah yang sering berlaku selepas melahirkan bayi tidak kira sama ada bersalin secara pembedahan atau secara normal melalui faraj. Puan mestilah berjumpa doktor untuk melakukan pemeriksaan faraj. Pastikan tidak ada luka atau parut yang menyebabkan kawasan faraj sakit atau ngilu. Dapatkan pendapat beberapa orang doktor jika puan rasakan perlu.
Sekiranya pemerikasaan faraj dan kawasan pelvik (termasuk pemeriksaan ultrasound) didapati normal, maka puan perlulah berfikir apakah faktor-faktor lain yang menyebabkan puan trauma? Di antara faktor yang boleh menyebabkan rasa sakit ketika melakukan hubungan seksual ialah:
♦ Kekurangan bendalir faraj. Kekurangan belaian suami adalah faktor utama dalam kekurangan bendalir faraj. Jika puan menyusukan bayi, ia juga boleh mengurangkan bendalir faraj.
♦ Jangkitan kuman di dalam faraj misalnya, jangkitan fungus candida yang menyebabkan faraj terasa pedih.
♦ Penggunaan kondom juga dikaitkan dengan kesakitan di faraj.
♦ Faktor minda/psikologi juga boleh menyebabkan “kesakitan” ketika melakukan hubungan dengan suami. Jika hubungan seksual sebelum bersalin memang bermasalah, maka ia akan berterusan setelah bayi dilahirkan.
Bagi wanita yang mempunyai masalah psikologi dan berasa takut untuk melakukan hubungan seksual atau tiada minat untuk “bersama” suami, saya sarankan wanita sebegini mendapatkan kauseling daripada Jabatan Psikologi atau Psikiatri.

0 comments:
Post a Comment