S : Saya baru melahirkan anak secara caesarean kerana serviks sukar buka. Menurut doktor masalah ini disebabkan kedudukan bayi tidak betul iaitu kepala bayi mendongak ke atas dan bukan ke bawah. Apakah puncanya sedangkan sehari sebelum bersalin, doktor sudah membuat ujian imbasan dan didapati kedudukannya normal. Saya harap doktor dapat terangkan dengan terperinci supaya saya lebih bersedia untuk kelahiran anak kedua kelak.
Julia, Balakong, Selangor.
J : Kedudukan kepala bayi yang mendongak ke atas dikenali sebagai posisi OP. Ada kajian yang mengatakan hanya 25% bayi dalam posisi begini yang lahir normal. Selainnya, lahir dengan bantuan forsep, vakum atau pembedahan LSCS.
Posisi OP ini berlaku secara spontan. Tidak ada apa yang ibu atau bayi boleh lakukan bagi mengelakkan masalah ini. Walaupun kedudukan bayi dikatakan normal melalui ujian ultrasound sebelumya, namun di hari puan merasa sakit kontraksi, ada kemungkinan bayi puan berpusing mendongak ke posisi OP pula!
Bagi kelahiran anak kedua, puan hendaklah berehat sekurang-kurangnya 18 bulan. Walau pun tidak ada doktor yang boleh menjanjikan bahawa masalah ini tidak akan berulang lagi, puan hendaklah bersikap positif dan optimistik. Pada pendapat saya, yang penting adalah kedua-dua ibu dan anak dilahirkan sihat dan selamat. Puan juga digalakkan supaya mencuba bersalin secara normal bagi kandungan seterusnya. Saya doakan puan berjaya.

0 comments:
Post a Comment