S : Anak saya baru berusia empat bulan tetapi dia selalu menangis walaupun sudah diberi minum susu. Rakan saya memberitahu bahawa bayi saya lapar dan menyuruh saya memberinya bijirin bayi yang dicampurkan bersama susu supaya kenyang. Berdasarkan pembacaan, saya tahu bijirin bayi hanya boleh diberikan kepada bayi yang berusia 6 bulan ke atas. Keadaan ini membuatkan saya keliru. Saya ingin tahu, apakah kesan pengambilan makanan tersebut kepada bayi saya?
Maria
Bayan Lepas, Pulau Pinang
J : Normal bagi bayi menangis sekurang-kurangnya satu hingga tiga jam sehari. Bayi menangis untuk menarik perhatian ibu bapa, mendapatkan keperluan seperti makanan dan juga untuk rasa selesa. Akan tetapi, sekiranya bayi menangis lebih daripada tiga jam sehari, tiga hari seminggu dan berlangsung selama tiga minggu, bayi tersebut mungkin mengalami kolik (infantile colic).
Kejadian kolik selalu berlaku di kalangan bayi. Kolik berbeza daripada tangisan yang normal kerana lebih kuat dan bernada lebih tinggi. Tangisan bayi kolik akan terdengar seolah-olah mereka dalam kesakitan atau berteriak. Bayi yang menangis kerana kolik lebih sukar ditenangkan dan tangisan mungkin akan berakhir selepas mereka mengeluarkan gas atau buang air besar.
Jika puan menyusukan anak dengan susu ibu, dinasihatkan supaya mengurangkan pengambilan makanan yang berisiko tinggi mendatangkan masalah penghadaman seperti kembung (susu, kekacang, telur, kopi, coklat dan gandum). Hal ini penting agar dapat mengurangkan kolik pada anak. Ayunan bayi dan mandian air suam adalah antara beberapa teknik yang boleh membantu mengurangkan tangisan bayi akibat kolik. Suplemen probiotik yang mengandungi L. reuteri juga boleh membantu dalam menangani masalah kolik pada bayi dengan memperbaiki pencernaan mereka serta mempertingkatkan sistem imun mereka.
Susu, terutamanya susu ibu memberikan semua nutrien yang diperlukan oleh seseorang bayi daripada lahir sehinggalah ke bulan ke-6. Atas sebab inilah ibu dinasihatkan untuk menyusukan bayi secara eksklusifnya dalam tempoh tersebut sebelum memperkenalkan makanan pejal. Selepas bayi mencapai usia 4 bulan, makanan separa pejal boleh diperkenalkan secara perlahan (sekiranya keadaan memerlukan). Pilihlah makanan yang sesuai dengan peringkat usia.
Makanan pejal tidak sesuai diperkenalkan pada usia yang terlalu muda memandangkan sistem pencernaan bayi belum bersedia untuk menghadamkan makanan pejal. Ketidaksediaan saluran pencernaan bayi terhadap makanan pejal memungkinkan masalah penghadaman termasuk sembelit, ketidakselesaan pada perut bayi, kembung dan risiko alahan.

0 comments:
Post a Comment