S : Di sini saya ingin bertanyakan berkenaan takrif harta sepencarian serta bagaimana cara pembahagiannya.
Ummu Najah,
Setapak, Kuala Lumpur.
J : Harta sepencarian ialah harta yang diperoleh secara bersama sejak kedua-dua suami isteri bernikah. Harta sepencarian ada yang diperoleh secara langsung, iaitu kedua-dua suami isteri bekerja untuk mendapatkan harta tersebut. Contohnya rumah yang didiami di mana kedua-dua suami isteri berkongsi bayaran pendahuluannya dan bayaran bulanan kepada pihak bank daripada gaji masing-masing.
Harta sepencarian ada yang diperoleh secara tidak langsung, seperti hanya suami yang bekerja tetapi isteri turut membantu dengan cara memberi sokong moral, membuat kerja rumah dan mendidik anak sebagai suri rumah.
Isu harta sepencarian hanya timbul apabila berlaku perceraian di mana suami dan isteri sudah bercerai masing-masing mendakwa sekian-sekian harta adalah miliknya. Harta sepencarian ini tidak terhad kepada duit di dalam akaun bank atau rumah, tetapi meliputi pelbagai yang lain seperti meja makan, set sofa, karpet, kipas angin dan pinggan mangkuk.
Apa yang merumitkan, harta sepencarian bukanlah sesuatu yang memiliki dalil khusus di dalam al-Qur’an dan al-Sunnah serta ia juga tidak dikupas secara terperinci di dalam kitab-kitab fiqh yang muktabar. Ia merupakan ijtihad masa kini atas dasar kemaslahatan kepada suami dan isteri yang bercerai (maslahah al-mursalah). Oleh itu tidak ada panduan terperinci tentang pembahagian harta sepencarian yang adil lagi terbaik.
Atas dasar ini, hakimlah yang akan menentukan bahagian harta sepencarian yang berhak dimiliki oleh isteri dan yang berhak dimiliki oleh suami. Kerap kali pembahagian bergantung kepada kepetahan peguam dalam berhujah.
Kerap kali keputusan hakim tidak dipersetujui oleh suami dan isteri yang telah bercerai tersebut. Semua ini mengacu kepada satu pelajaran lain, bahawa perceraian bukanlah satu perkara yang mudah. Justeru jangan mudah menceraikan isteri, jangan mudah meminta cerai daripada suami. Ini kerana proses perceraian itu sendiri amat berat, rumit, menekan (stressful) dan menelan kos yang tinggi serta mengambil masa yang lama. Di akhir proses perceraian, tidak ada sesiapa yang menang.

0 comments:
Post a Comment